Thursday, 27 August 2015

12 Cara Untuk Melegakan Mabuk Hamil

Rasa loya atau sakit adalah perkara biasa pada minggu-minggu awal kehamilan. Jom kita lihat tips-tips utama untuk membantu anda menangani masalah mabuk hamil.


1) Makan sedikit tetapi dengan kerap

Perut yang kosong boleh membuatkan mabuk hamil lebih teruk. Makan sedikit dan dengan kerap boleh membantu mengekalkan tahap gula yang stabil. Bawa bersama snek tawar untuk dicuit-cuit sepanjang hari.


2) Makan makanan berprotein tinggi

Makan makanan protein tinggi, dan yang kaya dengan vitamin B, seperti kekacang. Cuba elakkan makanan lazat-lazat yang terlalu pedas, berasid atau lemak, dan makanan goreng. Semuanya mungkin mencetuskan loya.Atau anda boleh mengambil Esp Shaklee.Kaya dengan protein soya BUKAN GMO.Bagus untuk hilangkan mabuk atau alahan semasa hamil.


3) Hidangan sejuk mungkin lebih baik daripada makanan panas.

Bau masakan boleh membawa perasaan loya. Anda mungkin lebih berpegang kepada makanan sejuk sehingga mabuk hamil anda habis.


4) Sarapan Di Atas Katil

Bangun terus dengan perut kosong boleh menyebabkan anda bergegas ke bilik air! Makan snek seperti sekeping roti bakar kering, di atas katil, dan makan perlahan-lahan sebelum turun dari katil.


5) Gunakan Diari Mabuk Hamil

Menjejak bila mabuk hamil anda memuncak, dan bila anda rasa lebih baik, boleh membantu anda untuk mencari masa-masa dalam sehari yang terbaik untuk makan dan minum.


6) Minum di antara waktu makan

Jika anda mendapati sukar untuk menelan cairan, hadkan minuman semasa makan. Jangan lupa untuk minum banyak sepanjang hari, kerana mengekalkan hidrasi adalah penting semasa mengandung.Nak lagi best minum Perfomance Drink Shaklee ! Memang kekal bertenaga,elak badan terhidrat tau.💪💪


7) Banyakkan berehat

Stress dan kelesuan boleh menyebabkan mabuk hamil yang lebih teruk. Pastikan anda banyak berehat dan bersantai apabila anda boleh.Dan anda boleh mengambil B-Complex Shaklee yang mana sangat bagus untuk mengawal emosi ibu ketika hamil dan ianya adalah anti stress ! 😊


8) Bau lemon!

Bau lemon yang dipotong boleh membantu untuk mengurangkan loya anda. Anda juga boleh menambah hirisan lemon kepada teh ais atau air berkilauan dan hirup apabila anda mampu.Bestnya !


9) Minum teh halia

Jika digunakan secara sederhana, halia boleh membantu untuk meringankan loya. Anda boleh membuat teh halia dengan halia yang diparut dan dikupas, atau cuba sirap halia, atau halia dalam bentuk kapsul atau tablet.Nak senang telan je Peppermint Ginger Plus Shaklee.Memang "bestfriend" Eyda tika hamil sebab bukan sahaja bantu ibu hamil hilang dari rasa loya dan perut sebu,malah bagus untuk keluarkan segala jenis angin "kus-kus" dalam badan.


10) Makan multivitamin kehamilan

Mengambil multivitamin kehamilan mungkin membantu mengurangkan perasaan anda loya, walaupun terdapat sedikit bukti untuk menyokongnya. Jika ia tidak berfungsi, sekurang-kurangnya mengambil vitamin ini akan memastikan anda mendapat dos harian asid folik dan nutrien penting lain yang disyorkan.Jika anda mengambil 2biji Vitalea Shaklee ianya mampu memenuhi keperluan nutrisi lengkap untuk tubuh badan anda semasa hamil ! Juga amat bagus untuk elakkan dari masalah Anemia (HB Rendah) & elakkan kelahiran pramatang .


11) Cuba terapi pelengkap

Beberapa terapi pelengkap, seperti urut dan aromaterapi, mungkin boleh membantu anda untuk menangani mabuk hamil. Pastikan anda pilih ahli terapi yang berkelayakan dan berpengalaman dalam merawat wanita hamil.


12) Bersembang dengan kawan-kawan yang memahami.

Kadang-kadang hanya berkongsi bagaimana anda rasa dengan kawan-kawan rapat atau keluarga yang boleh menawarkan simpati dan sokongan mereka, boleh membantu.


Selamat Mencuba dan semoga berjaya menempuhi fasa kehamilan ! 😊 Sekiranya anda berminat untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee boleh hubungi Eyda seperti yang tertera di bawah okey ! 😘



Continue Reading

Wednesday, 26 August 2015

B-Complex Shaklee Bantu Tingkatkan Tahap Kesuburan Anda

Bismillah..Assalamualaikum.Ini merupakan entry kedua Eyda.Yang first buat entah kemana hilangnya .Tak apalah..Ujian kesabaran buat Eyda .





Okey untuk entry kali ni,Eyda nak kongsikan tentang kebaikan Bcomplex dan Asid Folik dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan.Ramai sedia maklum, kehamilan dan kesuburan saling berkait rapat di mana bahagian dalaman menjadi tahap pengukur kesihatan seseorang.






Formula Bcomplex Shaklee didatangkan khas di mana ia juga adalah kombinasi bersama Asid Folic. Hebat bukan ? Vitamin adalah sangat penting bagi mereka yg merancang untuk hamil dan untuk yang sedang hamil. Sebelum hamil,vitamin ini bertindak untuk melancarkan hormon dan pengaliran darah, disamping meningkatkan lagi tahap kesuburan yang lebih optimum. Bagi yang sedang hamil pula, kekurangan ASID FOLIK boleh menyebabkan kecacatan kepada janin yg dikandung seperti Spina Bifida.Jadi, dengan vitamin BComplex Shaklee, anda-anda yang sedang TTC (Trying To Conceive) dicadangkan untuk mengambil sebiji sehari seawal 6 bulan dalam tempoh merancang kehamilan. In shaa Allah. 



Sebagai hamba Allah, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara dan seterusnya meletakkan pergantungan dan bertawakal kepada Allah.


" Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"
- Surah At-Talaq. Ayat 2-3


Belum cuba belum tahu bukan? Lagi rugi kalau kita tidak mencuba kerana kita TIDAK BERUSAHA.





Kerana itu juga, di dalam Set Kesuburan Shaklee, selain vitamin B-complex adalah penting diambil bersama-sama dgn Gla Complex, Esp, Alfalfa Complex, Vita E Complex, Vitalea (Multivitamin), Vita C & Zinc Complex.Selain vitamin B-complex, vitamin lain yang perlu diambil juga mempunyai fungi dan keperluan masing-masing yang mana ianya saling melengkapi untuk satu sama lain untuk memenuhi keperluan tubuh badan anda .

Gabungan beberapa vitamin penting ini berfungsi untuk menambahkan tahap kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.






1) Vitalea (Multivitamin)
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan.Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum.





2) Esp Soy Protein
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain.





3) Vita C
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan.





4) B-Complex
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan.

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.





5) Vita E Complex dengan Selenium
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.





6) Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.






7) Alfalfa Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).





8) Gla Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.





Berdasarkan kepada fungsi-fungsi supplemen yang Eyda senaraikan diatas nampak tak bahawa setiap vitamin di atas memainkan peranannya yang unik untuk membantu melonjakkan tahap kesuburan kita?
Ramai yang telah menghubungi Eyda, menyatakan hasrat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini kerana bukan sahaja semata-mata  untuk kesuburan malah membantu dari punca masalah kesihatan yang membantutkan kesuburan itu sendiri.Kiranya ia membantu dari puncanya.
Lagi sekali Eyda ingin cadangkan agar kedua-kedua suami isteri perlu mengambil supplemen tambahan ini kerana lelaki juga mungkin menjadi punca utama mengapa wanita iaitu si isteri tadi sukar mengandung. Apabila kedua-dua berada ditahap yang optimum barulah lebih mudah kehamilan terjadi. Apa-apa pun tidak salah kita berikhtiar dan berusaha.
Dan bagi pasangan yang dah cuba pelbagai cara dan produk lain namun belum berhasil, Eyda sarankan agar anda mengambil Set Kesuburan Lengkap Shaklee. Lebih menyeluruh dan lengkap. Mungkin badan kita sendiri kekurangan vitamin lain yang tidak kurang pentingnya yang ada dalam multivitamin Vita-lea, dan Vita-C.
Jangan pernah putus harap dan teruskan berusaha, mana tahu dengan ikhtiar ini, doa dan izinNya anda juga akan mendapat cahaya mata comel yang diidam-idamkan. 

Jika sudah positif nanti, boleh mula ambil Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung dan Set Berpantang Shaklee selepas bersalin.Lagipula, kebanyakkan produk dalamnya pun lebih kurang sama saja jadi hanya tambah apa yang kurang.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, bolehla hubungi Eyda seperti yang tertera di atas .In shaa Allah kita akan cadangkan dan guide yang terbaik untuk anda mengikut keperluan dan masalah anda .
Continue Reading

Monday, 24 August 2015

Merawat Panau Dengan Set Panau Shaklee

Panau merupakan masalah biasa terjadi di kalangan remaja. Tetapi masih boleh terjadi pada orang dewasa juga. Bila ada panau ia melibatkan keyakinan diri, lebih-lebih lagi perempuan. Kalau di badan tu memang boleh cover, tapi kalau di muka? Mana nak sorokkan peta putih dimuka?

Dengan Shaklee , masalah panau boleh di atasi .In shaa Allah :) . Panau kerap berlaku pada mereka yang kekurangan zat nutrisi, mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunisuppressant dan mereka yang berpenyakit peluh berlebihan (hyperhidrosis). Kawasan tropika dengan suhu dan kelembapan tinggi turut mendorong gejala panau.


Rupanya dengan Shaklee pun, masalah panau boleh di atasi ye. Panau kerap berlaku pada mereka yang kekurangan zat nutrisi, mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunisuppressant dan mereka yang berpenyakit peluh berlebihan (hyperhidrosis). Kawasan tropika dengan suhu dan kelembapan tinggi turut mendorong gejala panau.


Panau ialah tompok-tompok putih yang tumbuh disekitar bahagian tubuh yang aktif berpeluh seperti pipi, kulit kepala, belakang leher dan belakang badan. Ia lebih ketara kelihatan jika penghidap berkulit gelap. Panau bukan hanya menganggu penampilan diri malah ia menimbulkan gatal-gatal pada bahagian tersebut terutamanya ketika berpeluh.

Panau disebabkan jangkitan sejenis kulat yang dipanggil Malassezia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak membahayakan tetapi tindakbalas kimianya menyebabkan warna pigmentasi kulit berubah. Sebab itulah kesan tompok-tompok putih terhasil. Terdapat juga panau yang berwarna pink, kemerahan dan perang bergantung pada individu





Banyak juga kaedah merawat panau seperti mendapatkan rawatan dari doktor atau secara tradisional. Namun, anda juga boleh mengamalkan supplement berikut untuk merawat serta mencegah panau dari berulang kembali.


1. Garlic Complex: merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.



2. Alfalfa Complex: bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan serta anti radang.




3. Vitamin C Shaklee: membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat.

InsyaAllah vitamin-vitamin ini selamat & membantu mengatasi masalah jangkitan kulat pada kulit. Apa kata anda cuba ikhtiar dengan Shaklee, insyaAllah bukan setakat masalah panau dapat di atasi, tetapi dapat pula bonus kulit lebih sihat dan berseri.:)


Sekiranya anda ingin mencuba Set Panau ni,boleh direct contact Eyda okey :)

Eyda Sukiman
SID 892528
SMS/Whatsapp 01112909545
IG : @Setkurusbyeyda
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com


Continue Reading

Sunday, 23 August 2015

ESP Shaklee Non Gmo

Esp Shaklee

Assalamualaikum semua..

Seringkali Eyda diajukan persoalan,

"soya ok ke?" ,

"Bolehke ambil soya?" ,

"Bukanke tak elok ambil soya?" atau

"soya bukan memudaratkan ke?".

Sabar...sabar ye semua. Cuba selidiki dahulu apakah yang dikatakan soya yang tidak baik dan soya yang baik untuk kesihatan.

Soya sebenarnya mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan. Yang penting adalah cara penghasilan soya tersebut. Soya yang bagus adalah soya yang tidak di expose kan kepada haba kerana ini boleh mematikan sehingga 50% nutrisi asal soya tersebut. Ini merupakan salah satu ciri soya yang terbaik.


Persoalannya : Adakah soya baik untuk kesihatan??


Tahukah Anda?


Namun anda haruslah pandai memilih dan bezakan sumber soya yang mana bagus untuk kesihatan anda dan mana yang tak bagus :) Dan anda perlu memastikan anda memilih soya yang berkualiti agar khasiatnya dapat kita nikmati. Ada7 kriteria yang anda perlu pertimbangkan apabila mencari makanan / minuman / supplement yang berasaskan soya.

✔ Kacang soya tersebut perlulahtumbuh secara semulajadi dan organik

✔ Kacang soya tidak dihasilkan secara genetik (non-GMO)

✔ Soya protein tersebut mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan

✔ Semasa proses penghasilan soya isolate, soyflakes yang terdapat pada soya perlulah dibersihkan dengan air, dan bukan alkohol kerana alkohol membunuh kandungan isoflavones sehingga 88%

✔ Bahan anti-thyroid dan anti-growth perlulah disingkirkan

✔ Proses penghasilan soy protein sebaiknya tidak melibatkan pemanasan kerana suhu tinggi memusnahkan 50 % asid amino

✔ Soy isolate itu perlu ditambah dengan unsur kalsium untuk meneutralkan kembali serbuk soya tersebut.




Bagaimana ESP Shaklee dikatakan semulajadi?

✔ Kacang soya tumbuh secarasemulajadi dan organic

✔ Kacang soya tidak dihasilkan secara genetik (Non-GMO)

✔ Esp Shaklee mengandungi kesemua 9 asid amino yang diperlukan

✔ Soyflakes yang terdapat pada soya dibersihkan dengan menggunakan air dan bukan alkohol kerana alkohol membunuh kandungan isoflavones sehingga 88 %

✔ Bahan anti-thyroid dan anti-growth telah disingkirkan

✔ Soya protein ini dihasilkan tanpa melibatkan pemanasan kerana suhu tinggi memusnahkan 50% asid amino

✔ Soya isolate ditambahkan dengan kalsium untuk meneutralkan kembali serbuk soya.

 

Seeloknya pilihlah sumber soya yang BUKAN GMO (Non-Gmo Soy). Dan sudah semestinya Esp Shaklee merupakan Non-Gmo Soy !




Dilengkapi Asid Amino

Istimewanya Esp Shaklee kerana ia merupakan sumber protein soya terbaik.Perbezaan mengambil Esp Shaklee dan protein dari sumber makanan adalah Esp Shaklee sendirinya membolehkan tubuh mensintesis protein tersebut kerana dilengkapi semua asid amino, manakala sumber protein dari daging dan lain-lain perlu digabungkan dengan sayuran dan kekacang untuk mendapatkan asid amino perlu dan tak perlu serta boleh ubah.


Esp Shaklee menyediakan 14 gram protein soya Non-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.


Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP Shaklee :

√ Rendah  lemak 
√ Bebas laktosa
√ Tanpa kolesterol
√ Mengandungi 5  vitamin B penting
√ Separuh daripada keperluan kalsium harian
√ Soya isoflavones. 


Jika dibandingkan dengan jenama lain di pasaran, boleh kata produk soy protein yang berkualiti tinggi sahaja yang memasukkan asid amino dalam formula soy protein mereka.
 




The Only Non-GMO 

Apa yang Eyda nak bagitahu disini ialah soya yang digunakan oleh Shaklee tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO). Produk GMO biasanya telah diubahsuai secara genetik dengan memasukkan DNA asing termasuk haiwan dan tumbuhan yang menjadikan ia tak stabil. Protein soya Non-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari  proses menanam hinggalah saat pemprosesannya. 

Program ini memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya,terbukti bahawa Shaklee sangat mementingkan keaslian dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

So, apa kelebihan Shaklee ni Non-GMO? Sini ramai yang tak tahu.Eyda nak ceritakan kenapa harus memilih produk Non-Gmo berbanding produk GMO.Produk-produk GMO ini boleh menyebabkan alergy, toxic, potensi kanser, masalah ketidak suburan dan bermacam-macam lagi !





Here are six of the dangers that have been discovered by consuming genetically modified foods… 

1. Food Allergy Symptoms Increase Dramatically
According to scientific research, it has been shown that those who eat genetically modified foods tend to see an increase in their allergic reactions to the types of foods they are already allergic too. By eating these genitically modified foods people also form allergies to foods which they were never allergic to before. 

2. Bodily Toxicity Increases
  
As individuals ingest more and more genetically modified foods and organisms into their body it has been shown that the bodies toxicity increases which leads to a ton of other potentially serious health problems. As stated by NaturalNews.com it has been shown that there is a definite link between Obesity, Cancer and Toxicity. 

3. Negative Reproductive Effects

In lab tests done on animals there were cases where once the animals ingested genetically modified food they became completely sterile in a matter of weeks. What was interesting in fact was that in some cases these animals were force fed the food because they didn’t want to eat it themselves naturally. 

4. Negative Effects To Digestive System

They are finding that GMO’s are a breeding ground for bacteria and virus’s and since the digestive system is where the body is exposed when ingesting these harmful foods, reversing the damaging effects of these foods is nearly impossible. In other cases on mice and rats, there is documented proof that the digestive system grows bigger for some strange reason. 

5. Unknown Genetic Effects On Humans

The jury is still out on all of the known causes about how Genetically Modified Organisms will negatively affect the greater human race, so it would be best to avoid them at all costs knowing the long term health risks of ingesting these foods on a regular basis. 

6. Death

In some cases death has also been a challenge in working with GMO foods where rats and mice die in a matter of weeks by eating genetically modified food.
As everything adds up over time, and the more these genetically modified foods are pushed on us as Americans, knowing the dangers going in and actively speaking out against it may save more lives now and in the future






 

Zaman sekarang ni.. produk-produk GMO memang dah makin banyak di pasaran sebab tu macam-macampenyakit sekarang..Antara contoh yang paling popular adalah penyakit berkaitan kanser dan allergic.Sebab tu orang barat ramai allergic dengan soya. So soya komersil yang ada di Malaysia juga terdiri dari sebahagian 98% soya GMO yang ada di dunia kerana permintaan soya yang tinggi untuk pelbagai tujuan komersil.

Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya.




Sekilas Lalu

Tahukah anda,penghasilan satu canister ESP memerlukan 30kg soya non-GMO tau. Jadi tak hairanlah Esp Shaklee sangat berkesan kerana ia dihasilkan dari bahan bermutu tinggi.

Esp Shaklee  juga rendah index glisemik iaitu pelepasan tenaga perlahan-lahan berkadaran dengan masa.Kerana itu ramai bagi feedback rasa bertenaga sepanjang hari bila ambil Esp Shaklee ni tau.

Jadi kini anda semua dah tahu keunikan Esp Shaklee berbanding jenama lain di pasaran. 😊




Eyda Sukiman
SID 892528
SMS/Whatsapp 01112909545
IG : @Setkurusbyeyda
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com


Continue Reading

Friday, 21 August 2015

Kenapa Perlu Detox Badan Anda

Kenapa Perlu Detox

Assalamualaikum.😊 Malam ni entry Eyda adalah mengenai : Kenapa perlu detox badan kita?

Jemput baca ya.

Apa Itu Detox?


Detoksifikasi merupakan satu proses secara psikologi dan perubatan untruk mencuci toksid dalam mikroorganisma hidup, termasuklah tubuh badan manusia. Dari segi perubatan, ia bermakna proses mengeluarkan bendasing dalam badan yang boleh menyebabkan perubahan tidak baik yang berlaku pada tubuh seseorang. Proses detoksifikasi membantu mengeluarkan toksin, memberikan khasiat dan nutrisi untuk tubuh, dan membantu mengelakkan dari jangkitan kuman serta meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk mengekalkan kesihatan.








10 Sebab Kenapa Perlu Detox


1. Keluarkan toksin

Kehidupan kita zaman kini banyak terdedah kepada toksin seperti bahan kimia, pengawet dalam makanan dan pencemaran air serta udara. Toksin ini tersimpan dalam tisu-tisu badan dan setiap sel, termasuk OTAK! Toksin juga punca kulit jadi kusam dan tidak bermaya serta berjerawat.


2. Mengelakkan penyakit kronik

Toksin dan pencemaran merupakan punca utama berlakunya berbagai penyakit kronik seperti kanser, masalah otak, jantung, strok dan sebagainya. Setiap hari kita terdedah kepada berbagai toksin dan menyebabkan berlakunya kerosakan dan perubahan pada proses pembahagian sel. Detoksikifasi membantu melancarkan semula sistem badan untuk mengelakkan sebarang jangkitan dan mencegah penyakit..


3. Menguatkan sistem imun

Semakin banyak pencemaran dan toksin dalam badan, sistem imun kita akan semakin lemah. Detoks secara kerap dapat memperbaiki semula tahap kekuatan sistem imun dan mengawal jangkitan.


4. Mengurangkan berat badan

Toksin menyebabkan keupayaan untuk badan membakar lemak semakin berkurangan. Ini seterusnya akan menyebabkan berat badan mudah bertambah dan mula mengundang berbagai penyakit seperti diabetes, masalah jantung dan darah tinggi. Detoksifikasi membantu mengurangkan toksin dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh badan.


5. Melambatkan kesan penuaan

Detoksifikasi akan menghalang radikal bebas dan berbagai logam  dan toksin dari merosakkan sel-sel tubuh. Ia juga meningkatkan keupayaan tubuh badan untuk menyerap nutrien, antioksida dan vitamin yang dapat membantu melawan oksidasi pada sel.


6. Meningkatkan kualiti hidup

Tubuh kita semakin hari semakin stress dan rosak akibat berbagai toksin dan pencemaran yang merbahaya. Buktinya kesihatan kita seringkali terganggu seperti mengalami masalah sakit-sakit sendi, sakit kepala, masalah penghadaman, sukar tidur dan keletihan. Detoksifikasi akan membantu mengurangkan tekanan pada tubuh badan dan juga kembali menguatkan memori kita.


7. Tingkatkan tenaga

Detoksifikasi akan meningkatkan semula tahap tenaga kerana pencemaran dan logam yang meingkatkan stress tubuh semakin berkurangan. Kita akan berasa lebih semangat secara mental, fizikal dan mampu mengawal emosi dengan baik. Masalah tidur juga semakin berkurangan serta tidak perlukan tidur yang lama untukl kembali bertenaga.


8. Membaiki tahap kesihatan kulit

Pemakanan dan keadaan persekitaran merupakan faktor penting dalam menjaga kesihatan kulit dari dalam. Detoksifikasi akan membantu menyerikan kulit, mengurangkan masalah jerawat di samping menguatkan kuku dan rambut.


9. Menyihatkan minda dan emosi

Apabila sistem tubuh badan berjalan dengan lancar, perubahan emosi dan mental akan bertambah baik. Kita dapat menjalankan tugas dengan lebih waras, mudah berbincang dan dapat mengawal perasaan dengan baik serta mampu menganalisa sesuatu dengan tangkas.


10. Memperbetulkan semula sistem tubuh

Sistem pencernaan, saraf dan hormon saling berkaitan dalam mengekalkan tahap kesihatan tubuh. Namun, apabila toksin menganggu sistem tersebut, badan kita tidak dapat melakukan tugasan dengan sempurna dan seimbang. Ini menyebabkan badan mudah sakit dan terkena jangkitan. Detoksifikasi akan membetulkan semula sistem badan kita agar dapat menjalankan fungsi dengan sempurna semula.


Detox semulajadi dengan Shaklee








1. Alfalfa Complex


Mencuci darah, hati dan usus. Alfalfa ini sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan tubuh badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.


2. Herb-lax


Mencuci perut dan usus – Membersihkan najis yang tersekat dan meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersimpan lama atau tersekat. Sangat disyorkan pada mereka yang mudah sembelit.


3. DTX Complex


Tahukah anda bahawa hati merupakan PEMBERSIH RACUN dalam tubuh kita?

Kerana itu ia perlu diservis setiap hari untuk membuang toksik dan racun dari badan kita.

DTX Complex bertindak sebagai detoksifikasi untuk menyahtoksik bahan beracun dari hati seperti dadah dan bahan bernitrogen bagi memastikan seluruh organ berfungsi secara normal. Apabila fungsi hati terganggu, timbunan toksik dalam badan akan menyerang organ yang lain.


 4. Vivix

Membantu meningkatkan tahap tenaga di dalam badan dan melancarkan perdaran darah.Bertindak secara 4 peringkat.


5. Phytocol ST


Membantu mengelak tempelan lemak dan kolestrol di dalam saluran darah.



6. Peppermint Ginger Plus.

Menyingkirkan angin di dalam badan.Membantu melegakan ketidakselesaan perut.Membantu melancarkan sistem penghadaman serta mencuci usus.


Sekiranya anda berminat untuk mencuba mana-mana produk Shaklee boleh contact Eyda okey.


Eyda Sukiman
Sms/Whatsapp 01112909545
IG : @setkurusbyeyda
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com


Continue Reading

Thursday, 20 August 2015

Vitalea For Children Shaklee - Multivitamin Terbaik Untuk Anak Anda !

Assalamualaikum semua .Malam ni nak bercerita mengenai vitamin favourite anak-anak Eyda .Vitalea For Children.




Vita-Lea For Children pernah lebih setahun tiada dalam pasaran. Namun kini muncul balik buat come back yang memang kebabom pada awal tahun 2015.Multivitamin berperisa anggur terbaik dengan formula yang dipertingkatkan dan ditambah baik dari Shaklee untuk diberikan pada anak-anak kita semua .





Kajian terbaru menunjukkan 25% sumber kalori kebanyakan anak-anak ialah dari makanan ringan. Kentang goreng merupakan sumber sayuran no 1 mereka.

Kajian tersebut turut menyatakan kekurangan nutrisi yang berpunca dari pemakanan yang tidak sihat menjejaskan prestasi anak-anak disekolah, mempengaruhi sistem imun, tumbesaran tulang dan perkembangan fizikal mereka.





Dinegara kite sendiri, 9/10 kanak membesar dengan kekurangan nutrisi penting seperti vitamin A, D, kalsium dan zat besi. Tidak dapat dinafikan yang anak-anak kite termasuk dalam nisbah ini. Atau memang benar anak kita salah seorang dari 9 kanak-kanak yang kekurangan diet yang seimbang.





Terdapat 7 keistimewaan Vita-Lea For Children sehingga amat rugi jika ada anak-anak yang sedang membesar kite tak bekalkan dengan multivitamin ni. Tablet sebesar syiling 10sen ini juga mampu memenuhi lompong-lompong nutrient yang penting untuk tubuh badan anak-anak kita. Berikut ialah kelebihan Vita-Lea For Children Shaklee :



1. Mengandungi
18 jenis vitamin dan mineral perlu.100% vitamin A, C, D dan E serta kesemua 8 vitamin B.Kalsium, magnesium, zinc, copper dan pelbagai mineral lain. 

2. Formula yang diperbaharui berbanding yang lama.

3. Menggunakan pemanis semulajadi xylitolyang tidak akan menyebabkan kerosakan gigi.

4. Tidak mengandungi perasa, pemanis dan pengawet tiruan.

5. Bebas gluten, datang dalam perisa anggur yang sangat sedap, anak-anak pasti sukakannya!

6. Multivitamin kanak-kanak terbaik dipasaran, jumlah nutrient lengkap dan memenuhi keperluan tumbesaran anak-anak, penyerapan mudah dan pantas.

7. Sangat sesuai diambil kanak-kanak berusia 4  hingga 12 tahun terutama yang tidak suka makan sayur dan picky eater.





Bayangkan kite bagi anak-anak kite makan semua ni dalam masa sehari ? Mesti sakit perut muntah 3 hari anak kita. Dah jadi masalah lain. Hanya 2 bijiVita-Lea For Children / sehari,anak-anak
kite sudah mendapat bekalan nutrient bagi melengkapkan keperluan nutrisi harian selain daripada makanan yang dimakan setiap hari.





Jom ! Rebut peluang dapatkan Vita-Lea For Children dengan harga yang lebih ekonomi, kerana sehingga bulan Oktober 2015 Shaklee menawarkan promosi Vita-Lea For Chilrden Beli 3 Percuma 1. Memang berbaloi-baloi dan super jimat.
Hubungi Eyda sekarang sekiranya anda berminat untuk mencuba Vitalea For Children untuk si manja anda .Konsultasi penuh dan cara pengambilan yang betul akan diberikan khas untuk anda .


Eyda Sukiman
Sms/Whatsapp 01112909545
IG : @setkurusbyeyda
mummyhealthyvitastore.blogspot.com
Continue Reading

Sunday, 16 August 2015

Merawat Masalah Keputihan

Keputihan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh ramai wanita, terutamanya yang sedang melalui fasa kehamilan dan baru lepas bersalin. Sebelum saya kongsikan penyebab keputihan dan cara-cara terbaik dan berkesan untuk merawatnya, tahukah anda apa itu sebenarnya ‘keputihan’?








APA ITU KEPUTIHAN?


Keputihan merupakan cairan lendir yang keluar daripada faraj dan berwarna keputih-putihan dengan sifat-sifat yang pelbagai, bergantung kepada punca masalah tersebut.



JENIS-JENIS KEPUTIHAN & TANDA KEPUTIHAN


1) PUTIH : Lelehan pekat,putih dan tidak menyebabkan kegatalan.Tapi jika sebaliknya itu menandakan jangkitan kulat.


2) JERNIH : Ia petanda kamu sedang ''subur''.


3) JERNIH SERTA CAIR : Ia boleh berlaku pada waktu berbeza dalam kitar kesuburan,dan mungkin keluar lebih banyak selepas senaman berat.


4) KUNING ATAU HIJAU : Ia mungkin petanda jangkitan terutama jika ia pekat dan agak berketul seperti keju,selain berbau busuk.Elok lah berjumpa doktor segera untuk rawatan lanjut.


5) MERAH KEHITAMAN : Boleh berlaku selepas haid,ia mungkin sisa darah haid.


6) ''SPOTTING''/ LELEHAN MERAH : Ia mungkin berlaku disaat kamu sedang subur,ketika peringkat awal kehamilan,atau ketika kamu sedang dalam haid.Jika ia berlaku sepatutnya kamu haid-tapi ia tidak berlaku,maka kamu sebaiknya menjalani ujian kehamilan.

Bagi anda yang mengalami masalah keputihan ini,mesti rasa tidak selesakan?Tambahan pula dengan encik suami.Alahai..menangis tak berlagu lah jawabnya !



Eyda dulu pun pernah ada masalah ini.Memang sangat merimaskan.Alhamdulillah..selepas konsisten mengambil Alfalfa Complex & Garlic Complex,masalah keputihan beransur hilang dan sekarang tiada lagi masalah ini :).





Jom kita lihat fungsi setiap vitamin.


1) ALFALFA COMPLEX

Alfalfa bertindak sebagai agen antikulat yang kuat untuk membunuh kulat candida yang merupakan punca utama keputihan.


2) GARLIC COMPLEX

Garlic secara tradisi terkenal dengan sifat anti-oksida dan antikulat yang hebat. Selain daripada itu, ianya membantu meningkatkan imun sistem badan untuk melawan jangkitan kuman.



Antara Perkongsian Pengguna Set Merawat Keputihan Shaklee :



Testimoni #1




Saya alami keputihan yang agak dahsyat sebab terlalu penat dan stress. Kawan saya syorkan Alfalfa.

Alhamdulillah sekarang keputihan dah kurang sangat.







Testimoni #2



Testimoni customer saya. Beliau mengalami keputihan dan bila period, mesti sakit teruk.

Saya cadangkan ambil Alfalfa dan Vitamin E. Alhamdulillah sekarang keputihan hilang, senggugut period pun tiada.







Testimoni #3



Alfalfa menghilangkan keputihan – memang completely hilang, takde kesan sampai sekarang.









Anda juga boleh mengambil GLA COMPLEX untuk masalah keputihan kerana fungsinya adalah untuk menghalang kulat dari merebak :).

Sekiranya anda berminat untuk mencuba Cadangan Set Merawat Keputihan ini boleh hubungi Eyda ya !



Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com


Continue Reading

Friday, 14 August 2015

Kurus Dengan Selamat & Cepat - Set Shape Up Shaklee

Assalamualaikum semua readers 😊. Apa khabar anda?Harapnya sihatlah sentiasa ya !
Harini nak berceloteh mengenai set yang paling hangat & laku keras sekarang ni iaitu Set Kurus Shaklee @ Set Shape Up.



Sekarang ni,Eyda perhatikan RAMAI yang mudah terpengaruh @ terpedaya dengan iklan-iklan produk kurus seperti :

"KURUS DALAM MASA 3HARI !"
"HILANG 10KG DALAM 5HARI"
"KURUS SEAWAL 1 HARI"


Dan bermacam-macam lagi ! Haishlaa..kita tengok pun dah seriau.Ape kandungan dalam tu pun tak tau kan?Entah-entah bukan hilang berat je,dengan tuan-tuan sekali "hilang".


Mereka hanya ingin kurus dengan cepat, dan tidak cuba memahami konsep atau cara yang betul untuk turunkan berat badan.Terlalu taksub dengan pengaruh iklan yang entah apa-apa.Sudahlah tidak diketahui apa kandungannya.Lulus KKM ke tidak pun tak tahukan?


Seeloknya elakkanlah dari membeli produk-produk sebegini.Tiada UJIAN KLINIKAL,PENGGUNAAN BAHAN KIMIA BERBAHAYA,SINTETIK dan sebagainya ! .Risau takut nanti nyawa anda melayang.

Dahtu pula,bila dah terrrrambil produk tu berat tak turun-turun,makin naik lah,itulah inilah.Macam macam !
Ini antara komen-komen yang biasa kita dengar …

“Saya pun ambil produk XYZ tapi tak kurus-kurus pun?”"Kenapa  saya nak amik produk ni, produk XYZ boleh kurus 10kg dalam 1 minggu la...“Kalau saya boleh kurus dengan diet (tidak makan) sendiri, buat apa saya nak ambil produk ini?”


Dah pulak !   Macam-macam ragam manusia sekarang.Hehe
Okey sini Eyda nak bagitahu,sekiranya hendak turunkan berat badan dengan cara yang betul,anda haruslah mengetahui beberapa perkara  :

1) Faham apakah sebenarnya yang menyebabkan badan kita naik atau kurus dengan cepat.
2) Pengambilan makanan berlemak sebenarnya bukan faktor utama yang menyumbang kepada kegemukan.
3) Faktor terpenting adalah – ketidakseimbangan penggunaan kalori.


Apa maksud keseimbangan pengambilan kalori ?


Jumlah kalori yang diambil harus seimbang dengan kalori yang digunakan. Berat badan akan kekal bila kalori masuk sama dengan kalori keluar.


(Weight Maintain if Calories In = Calories Out).


Sekiranya kita mengambil makanan atau kalori lebih daripada yang digunakan, ia akan disimpan di dalam badan sebagai lemak simpanan.

Lemak simpananlah yang menjadikan berat kita naik. Di sebaliknya bila kita kurangkan pengambilan kalori atau menambahkan aktiviti fizikal, berat badan kita akan berkurangan. 

Secara ringkasnya, jika anda membakar (burn) lebih banyak daripada yang anda makan, anda akan kehilangan berat badan.Jika anda makan lebih daripada membakar (burn), berat badan anda akan naik.

Oleh itu, jangan sesekali anggap sesuatu program diet atau produk pelangsingan itu magik sebab Ia hanyalah sesuatu cara untuk kita kuruskan badan.

Kenapa ada yang gagal berdiet?
*Kurang nutrisi kerana kurang makan.
*Kadar metabolisma menjadi rendah.
*Otot mengecut dan rosak.

Kenapa ade yang gagal juga walaupun dah mencuba pelbagai produk kurus?


*Tidak dapat mengikuti cara khusus yang ditetapkan.
*Tidak memahami konsep sebenar untuk mengurangkan berat badan.
*Tidak sabar menunggu hasil.
*Kandungan produk yang tidak selamat.


Berat badan mungkin akan menurun sekejap bila kita kehilangan jisim otot.
Jisim otot ‘mengecut’ akan menyebabkan berat badan seolah-olah cepat turun kerana otot lebih berat dan padat daripada lemak.

Kehilangan jisim otot akan menyebabkan pembakaran lemak lebih lambat, dan merendahkan metabolisma.

Kesannya, bila kita dah berhenti mengikuti program diet tersebut, kita mungkin akan mula makan seperti biasa tetapi badan kita sudah tidak membakar kalori seperti dulu. Akhirnya, kita akan lebih gemuk dari sebelumnya!




Justeru itu, cara betul yang akan menurunkan berat badan dengan cepat adalah:

Stabilkan CALORIE IN = CALORIE OUT.

Kurangkan makanan kalori tinggi, makan makanan yang sihat dan bernutrisi dan perbanyakkan bersenam atau melakukan aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.


KURUS SECARA SELAMAT & BERKESAN dengan SET SHAPE UP SHAKLEE.




1) Cinch Shake Mix
- Membantu anda sentiasa merasa kenyang.
- Mengawal lapar & Meningkatkan tenaga.
- Mengandungi LEUCINE untuk melindungi otot ketika pembakaran lemak berlaku.
- Menganjalkan mana-mana bahagian yang kendur.
- Meningkatkan metabolisme dalam badan anda.

2) Cinch Tea Mix
- Meningkatkan metabolisma.
- Penggalakan Tenaga.
- Membantutkan pembinaan sel-sel lemak.
- Mengurangkan rasa lapar.

3) Herb-Lax
- Mengempiskan perut.
- Merangsang usus untuk proses pembersihan secara lembut.
- Membantu dalam proses penyingkiran toksin/kotoran dalam badan.
- Membersihkan usus,salurah darah,hati dan badan.

4) Lecithin
- Pengemulsi lemak dan kolestrol.
- Menghalang Obesiti
- Membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak.
- Mengaktifkan sel metabolisma.
- Menghalang mendapan lemak.

ADD ON :

5) Alfalfa Complex
- Menyingkirkan lemak & air berlebihan dalam badan.
- Bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol dalam badan.
- Membantu menyelesaikan masalah pencernaan dan penghadaman.
- Menyingkirkan kotoran dalam badan.


6) Omega Guard
- Mengawal rasa lapar.
- Meningkatkan tenaga.
- Membakar lemak-lemak degil.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Menghalang pembentukan lemak.


Kini anda tak perlu risau lagi :) Kerana dengan SET SHAPE UP Shaklee anda pasti berjaya mengurangkan berat badan anda dengan selamat dan berkesan tanpa ada kesan sampingan :).


Tips Khas & Konsultasi Cara untuk mengurangkan berat badan khas untuk customer Eyda :):)


Berminat nak cuba?
Jangan lupa hubungi Eyda ya !


Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
IG : @Setkurusbyeyda
Continue Reading