Sunday 12 April 2020

6 CABARAN KETIKA HAMIL

DISAHKAN hamil tentunya menjadi berita paling ditunggu-tunggu setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tiada kata-kata dapat menggambarkan kesyukuran dan kegembiraan dirasai apabila menerima rezeki yang sangat diharapkan. Namun hakikatnya kehamilan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai dugaan perlu dilalui si ibu sepanjang sembilan bulan membawa kandungan.



Lain kehamilan lain ragamnya, ada bakal ibu yang berdepan masalah kesihatan juga fizikal seperti kenaikan berat badan. Ada juga yang berdepan dengan perubahan emosi menakutkan ketika hamil.Sesetengah ibu hamil mengalami tekanan perasaan melampau dan sering berasa muram hinggakan perkara remeh boleh menyebabkan emosi terganggu dengan mudah.

Situasi berkenaan bagaimanapun adalah normal kerana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon dalam badan si ibu. Ramai pakar perubatan berpendapat, perubahan emosi itu berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan. Ia akan berkurangan apabila memasuki trimester kedua sebelum semakin hilang begitu saja ketika usia kandungan semakin menghampiri tempoh kelahiran.

So disini suka Kekda nak share dengan anda semua antara cabaran-cabaran yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu yang hamil. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan ibu-ibu semasa hamil.


Antara cabaran yang selalu ibu-ibu akan hadapi semasa hamil adalah, kekejangan kaki. Ini memang situasi atau keadaan yang normal bagi ibu-ibu mengalami masalah ini ketika hamil. Biasanya permasalahan ini berlaku pada waktu malam dan pada kehamilan yang hampir kepada due untuk melahirkan anak. 


1) KEKEJANGAN KAKI




Situasi ini berlaku biasanya disebabkan oleh berat badan yang berlebihan ketika hamil , kekurangan sumber nutrisi yang diperlukan badan ketika hamil contohnya seperti kalsium & magnesium. Selain itu juga ibu-ibu akan mengalami masalah ini sekiranya ibu-ibu terlalu aktif dalam seharian melakukan aktiviti harian atau kerja berat.

Ibu-ibu jangan risau, boleh apply tips dibawah untuk mengurangkan masalah ini ketika hamil. Antaranya adalah :

Berjalan perlahan-lahan dan lakukan aktiviti ringan di rumah.
• Elak memanjakan diri dengan tidur sepanjang hari kerana ia menyebabkan peredaran darah tidak lancar.
• Lakukan senaman regangan kaki yang ringan.
• Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
• Minum air secukupnya sekurang-kurangnya dua liter sehari atau lebih bagi memastikan pengaliran darah berlaku dengan lancar.
• Rendam kaki dalam air suam atau menggunakan alat tuaman panas bagi mengurangkan kesakitan dan otot lebih rilaks.
• Tinggikan hujung kaki ketika tidur dengan gunakan bantal tambahan yang diletakkan di bawah kaki.
• Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang baik.
• Ketika duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh.
• Pakai stoking bertekanan yang mampu mencegah kaki daripada kejang.

Selain itu, pastikan minum air kosong secukupnya kerana kekurangan air menyebabkan ibu-ibu mudah mendapat kejang kaki terutama pada betis. Ibu-ibu juga boleh mengambil sumber kalsium & magnesium yang mencukupi semasa kehamilan seperti OSTEMATRIX SHAKLEE yang mengandungi kadar kalsium dan magnesium serta nutrisi lain yang penting untuk ibu-ibu semasa hamil.



2) BERAT BADAN BERLEBIHAN




Ini juga antara masalah yg sering dihadapi ibu ketika hamil. Walaupun ketika hamil, ibu-ibu mempunyai selera makan yang tinggi, ibu-ibu juga harus mengambil berat akan berat semasa ibu-ibu semasa hamil. Kerana ianya akan memberikan effect kepada Ibu dan juga bayi didalam kandungan . 

Sebenarnya berapa berat yang perlu kita tambah waktu mengandung? Ianya bergantung kepada berat dan BMI sebelum mengandung. Disini Kekda kongsikan jadual khas buat anda ibu-ibu yang sedang hamil akan berat yang sepatutnya ketika hamil. 




Berikut beberapa tip mudah untuk mengawal berat bdan ibu sepanjang tempoh kehamilan.

  • MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL
  • PASTIKAN MINUM AIR SECUKUPNYA
  • HADKAN/KURANGKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS
  • REHAT YANG MENCUKUPI
  • BANYAKKAN BERGERAK
  • JANGAN TERLALU MENYIKSA DIRI
  • TULIS APA YANG ANDA MAKAN
  • Wanita mengandung hanya perlu tambah extra kalori sebanyak 300 kalori sahaja.

3. KEGUGURAN RAMBUT 




Ada perubahan yang positif seperti seri kehamilan dan banyak juga perubahan yang kurang digemari semasa hamil, antaranya adalah perubahan pada rambut.

Rambut merupakan mahkota bagi wanita, justeru sudah pasti ibu hamil akan memberikan perhatian khusus pada penjagaan rambut mereka. Beruntung bagi sesetengah wanita yang mengalami perubahan rambut lebat semasa hamil. Ini kerana, hormon tambahan yang mengalir pada tubuh ibu hamil akan beralih ke kitaran rambut menjadikan rambut ibu bertumbuh dengan lebih cepat dan kurang gugur.

Tahukah Anda?

Nutrisi dan vitamin kehamilan boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru


Walau bagaimanapun, bukan semua wanita hamil bernasib baik mendapat rambut yang diimpikan semasa hamil. Tidak mustahil juga ibu hamil akan mengalami masalah rambut gugur dan rambut kering. Oleh itu, penjagaan rambut yang betul adalah perlu bagi memastikan ibu menjalani alam kehamilan yang lancar. Selain dari itu ibu hamil juga perlu mengambil vitamin kehamilan/prenatal yang penting contohnya seperti protein (ESP), zat besi (VITALEA), biotin, Vitamin B (BCOMPLEX) dan Vitamin C (SUSTAINED RELEASED VITA C)

4. PERUBAHAN EMOSI




Perubahan emosi waktu hamil boleh disebabkan oleh perubahan hormon, keletihan dan tekanan perasaan. Perlu diingatkan, bahawa kesihatan mental dan emosi adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal sewaktu mengandung.

TIPS MENGURUS EMOSI TIDAK STABIL KETIKA HAMIL :

1. Sering ingatkan diri bahawa kehamilan adalah rezeki dan amanah daripada Allah. Sebagai bakal ibu, anda perlu belajar menerimanya dengan tangan terbuka.
2. Rehatkan diri dan fikiran dengan sepenuhnya. Jangan bebankan diri dengan tugasan tertentu sebelum saat kelahiran.
3. Perasaan runsing juga pasti berkurangan jika hubungan dengan pasangan lebih intim. Hubungan itu umpama jaminan pasangan ada untuk anda dan anda juga tidak berseorangan ketika menghadapi cabaran mengandung.
4. Wujudkan sistem sokongan sebelum dan selepas bayi dilahirkan. Ada juga ibu hamil tanpa suami di sisi, jadi dekati keluarga dan rakan rapat yang setia mendampingi.
5. Tidak salah jika lakukan sesuatu yang boleh membuatkan rasa gembira misalnya menghabiskan waktu berkualiti bersama pasangan atau waktu bersendiri seperti menikmati urutan dan menonton wayang bersama teman baik.
6. Kongsi masalah atau sebarang kebimbangan bersama teman baik. Ia bukan saja meringankan beban masalah malah dapat menghilangkan seketika tekanan.
7. Pengurusan tekanan juga penting daripada membiarkan ia membebankan perasaan dan emosi.
8. Selain itu, pastikan mendapat waktu tidur yang cukup, makan teratur serta melakukan senaman ringan untuk mengeluarkan peluh.
9. Ambil vitamin kehamilan seperti Vitamin B, Zat Besi, dan Asid Lemak.

5. JISIM TULANG BERKURANGAN



Bayi anda memerlukan kalsium untuk membentuk tulangnya, dan sebagai ibu anda perlu menyediakan semua nutrien yang diperlukannya untuk membesar melalui diet anda. Jika anda tidak mendapat kalsium yang secukupnya dalam diet, bayi anda akan menyerapnya dari tulang anda sendiri. Akibatnya, tulang anda akan kekurangan kalsium. 

Anda perlu membawa bayi di dalam rahim buat beberapa bulan dan ini boleh meletakkan beban pada tulang belakang anda. Namun, wanita mengandung turut menghasilkan lebih estrogen iaitu sejenis hormon yang dapat melindungi tulang. Hasilnya, apa juga kehilangan jisim tulang ketika mengandung biasanya pulih setelah bersalin. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh mengabaikan tulang anda. Menjaga kesihatan tulang tetap penting untuk kesejahteraan anda dan bayi anda.

Tips :
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Jangan merokok dan minum minuman beralkohol
  • Lakukan senaman ringan
  • Dapatkan pengambilan kalsium dan mineral penting

6. MABUK HAMIL



Tempoh kehamilan selalunya memberi banyak pengalaman yang menyeronokkan. Bermula saat mengetahui diri berbadan dua, melalui perubahan hormon, mabuk hamil, perut membesar, hinggalah kepada tendangan kecil dan pergerakan aktif bayi. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui proses kehamilan yang sama.
Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Namun ada juga wanita hamil yang terlepas daripada melalui saat memenatkan ini.

Tips :
  • Makan sedikit dan kerap
  • Jika muntah pastikan air mencukupi
  • Cuba teh pudina halia
  • Ambil vitamin pranatal terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu kurangkan mabuk hamil anda

Apapun, jangan stress ketika hamil, enjoy your pregnancy journey in shaa Allah sepanjang journey kehamilan kita pasti dipermudahkan. Jangan lupa juga banyyak beribadat, dekatkan diri dengan ALLAH SWT agar kita sentiasa dikurniakan ketenangan sepanjang kehamilan dan dijauhi dari segala perkara-perkara yang tidak baik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan info untuk SET KEHAMILAN SHAKLEE, boleh terus whatsapp Kekda okay. In shaa Allah Kekda akan cuba bantu anda ❤️.

Kekda,
Your Trusted Shaklee Consumer since 2013
012-8989545
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment