Showing posts with label Alfalfa Complex. Show all posts
Showing posts with label Alfalfa Complex. Show all posts

Thursday, 17 September 2015

7 Tips Kempiskan Perut Selepas Bersalin



Setiap wanita yang bersalin akan mengalami perubahan bentuk badan termasuk bahagian perut, dulu kempis sekarang buncit. Bukan semua orang bertuah memiliki tubuh badan yang tidak bermasalah kerana ada yang terpaksa berusaha untuk mendapatkan kembali badan yang langsing seperti sebelum bersalin. Just like me, Eyda memang berusaha sedaya upaya untuk mengempiskan perut yang buncit dan menggeleber. Hehe. Dan alhamdulillah memang berjaya kempiskan perut selepas melahirkan anak-anak dengan bantuan SET KURUS SHAKLEE dan juga menyusukan anak :)



1. Menyusukan anak anda


Penyusuan susu ibu adalah azimat terbaik untuk kempiskan perut. Setiap kali mommies menyusukan anak, ia boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari. Best kan? Oleh itu, susukan anak sebaik sahaja selepas bersalin sehingga si kecil berusia 2 tahun untuk penyusuan secara eksklusif. Sudah tentu, anak kita mendapat khasiat susu ibu dan kita pun mendapat manfaat untuk badan kita. Perjalanan penyusuan secara eksklusif ini bukanlah semudah ABC tetapi jika mommies sudah berniat, try your best dan lengkapkan diri anda dengan ilmu penyusuan.


Jom tengok tips ibu ini yang berjaya menurunkan berat badan sebanyak 20kg! Banyak tu (jelesnya)








2. Pemakaian bengkung


Pentingnya pemakaian bengkung selepas bersalin bagi mengelakkan
perut buncit dan menggeleber


Semasa dalam tempoh berpantang, anda boleh lakukan pelbagai perkara untuk memastikan tubuh badan sihat termasuk berbengkung untuk kempiskan perut. Bagi yang bersalin normal, boleh terus berbengkung manakala ibu yang bersalin secara cesarean boleh memakainya setelah seminggu atau dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk memastikan luka pembedahan dalam keadaan normal.
Mungkin ada segelintir ibu rimas, tidak selesa apabila berbengkung selepas bersalin. Hakikatnya, berbengkung mempunyai kebaikan tersendiri seperti mengembalikan bentuk badan asal termasuk perut. Namun begitu, pastikan mommies tahu cara pemakaian bengkung yang betul untuk mengelakkan kesan negatif yang tidak diingini.



3. Bertungku / bertangas / sauna


Pelbagai jenis tungku



Bertungku bertujuan untuk memecahkan lemak, darah beku dan mengurangkan bengkak dalam perut atau rahim. Manakala, bertangas dan bersauna membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan. Mommies boleh menjemput ‘mak bidan’ untuk datang kerumah sekurang-kurangnya tiga sehari selepas bersalin normal dan at least, dua minggu selepas bersalin untuk cesarean. Tetapi bahagian luka pembedahan tidak dibenarkan ditungku.



4. Pemakanan sihat





Selepas bersalin, badan mommies lemah dan letih. Oleh itu, mommies perlu makan makanan berkhasiat untuk menambah tenaga dalam badan dan memastikan penyusuan susu ibu dapat dilakukan dengan baik. Pada bulan-bulan pertama, bayi memerlukan susu ibu yang berkhasiat, seimbang dan kalori yang mencukupi. Dalam tempoh berpantang, mommies pilih makanan yang sesuai serta elakkan pengambilan lemak dan minyak tetapi lebihkan makanan yang membantu proses bakar lemak seperti oat, kekacang, salmon, madu dan bayam.



5. Lakukan aktiviti kecergasan

Senaman kardiovaskular dan abdominal boleh membantu ibu mengempiskan perut. Antara aktiviti fizikal yang boleh dilakukan adalah berjalan kaki, berbasikal dan berenang. Lebih menarik, bukan perut anda sahaja yang kempis tetapi dapat membina otot. Perlu ingat, perut yang ‘cantik’ bukan kerja mudah kerana anda perlu sabar dan lakukan senaman secara konsisten demi merealisasikan impian perut kempis.



6. Perbaiki postur tubuh

Postur tubuh juga memainkan peranan yang penting. Cara jalan, cara duduk dan apa sahaja pergerakan memberi kesan kepada bentuk badan kita. Sebagai contoh, anda perlu pastikan anda duduk dalam keadaan tegak, berjalan dengan postur badan tegak / tidak membengkok. So, mulai hari ini pastikan tubuh badan anda dalam keadaan yang betul.



7. Detox toksin dalam badan

Tahukan anda bahawa lebihan toksin dalam badan kebanyakkannya terkumpul di bahagian perut? Situasi ini menyebabkan mommies mengalami masalah penghadaman seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. So, lakukan detoksifikasi dari semasa ke semasa bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut. Pengambilan suplemen untuk nyahkan toksin boleh membantu.




Jom detox secara semulajadi dengan Alfalfa Complex dan Herblax. Kenapa perlu pilih produk ini? Sebab tiada perasa tiruan, pemanis, perwarna dan pengawet tiruan. Selamat digunakan.



Kombinasi meletops perut kempis



Fungsi Set Detox Shaklee :


Set Detox Shaklee terdiri daripada :

1. Alfalfa  Complex – Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot. Selain itu, Alfalfa membantu memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit. Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolestrol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Ini kerana Alfalfa mengandungi saponin yang seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolestrol.

2. Herb-Lax – Herblax membantu membersihkan najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Di samping itu, ia merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut dan membantu masalah sembelit.


Beberapa Testimoni Mereka Yang Consume SET DETOX SHAKLEE





















Pastikan semangat anda hendakkan perut yang cantik bukan hangat-hangat tahi ayam sahaja ya. Jaga pemakanan dan lakukan senaman secara konsisten. Of course, detoks pun perlu untuk membantu membuang bahan buangan dari badan. Jangan biarkan toksin-toksin membelenggu dan mengawal hidup anda! Bertindak sekarang sebelum terlambat supaya kita tidak terdedah dengan penyakit-penyakit kronik.



Kalau ingin dapatkan kesan yang optimum untuk kempiskan perut dan kuruskan badan sekali, mommies boleh ambil Set Kurus Shaklee khas untuk ibu menyusu (sekiranya breastfeeding). So, cepat-cepatlah dapatkan Alfalfa dan Herblax hari ini. Lagi lama tunggu, lambatlah perut itu kempis. Harga pun sangat berpatutan dan berbaloi.
Semoga perkongsian ini membantu mommies semua !

Boleh klik image di bawah sekiranya anda berminat untuk order online SET KURUS IBU MENYUSU okay ! 



 SET KURUS IBU MENYUSU


atau

hubungi Eyda seperti tertera di bawah ! :) 
TIPS & KONSULTASI KHAS UNTUK ANDA !





Continue Reading

Friday, 11 September 2015

Set Menyusu Shaklee Yang Mana Sesuai Dengan Anda

Antara Testimoni Pengguna Set Menyusu Shaklee

Alhamdulillah, Set Menyusu Shaklee semakin mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini.

Terdapat 4 jenis cadangan set menyusu yang boleh disesuaikan mengikut pilihan dan bajet anda, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, Eyda akan cuba perincikan untuk anda ya :)


1) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 1)





VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea) dan Alfalfa Complex

 >> Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan

>> Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu

>> Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu

>> Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan Alfalfa.Kesan yang dialami berbeza mengikut sistem badan masing-masing.




2) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 2)




B-COMPLEX
VITA C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium.

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS) .

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.




3) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 3)





VITA-C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


>> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea), kalsium (Ostematrix) dan Alfalfa Complex

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium Shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walaupun kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta membantu pembentukan gigi si kecil.

>> Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan .

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu .

>> Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana Alfalfa Complex dan Kalsium(Ostematrix) bertindak sebagai milkbooster.


4) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 4)





ESP (Energizing Soy Protein)
ALFALFA COMPLEX
B-COMPLEX
VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
OSTEMATRIX



>> Mengandungi SET 2, kalsium (Ostematrix) dan ESP.

>> Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan .

>> Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit,atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak .

>> Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat .

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang Eyda bagi, insyaAllah boleh :) .




Penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu haruslah kuat berusaha dan ada keinginan untuk menyusukan bayi anda .


Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.


Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat?


Keperluan Nutrisi Ibu Hamil,Menyusu


Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada pandangan Eyda supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.


Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?


Disini Eyda sertakan ayat yang dipetik dalam sebuah hadis, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..



 Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya.




MasyaAllah..bertuah kita orang perempuan ni kan?Allahuakbar..Maka tiada alasan lagi kalau ada ibu-ibu diluar sana yang memang sengaja taknak menyusu badan baby anda.Sesungguhnya anda adalah golongan yang rugi ! Ayuh kita hidupkan misi menyusu baby secara eksklusif !


Sekiranya anda berminat nak dapatkan mana-mana Set Menyusu Shaklee mengikut bajet dan keperluan anda boleh hubungi Eyda okey !


Continue Reading

Monday, 7 September 2015

Testimoni Alfalfa Complex Untuk Masalah Keputihan


Apakah Alfalfa ?


• Diberi jolokan Raja Segala Tumbuhan kerana khasiatnya yang sangat banyak untuk tubuh badan.


• Sejenis tumbuhan/herba yang tidak dijumpai di Malaysia.Akar tunjangnya tumbuh sedalam 6 meter ke dalam tanah membuatkan ia mampu menyerap pelbagai jenis zat & mineral.


• Digunakan sejak sekian lama oleh native American sebagai penawar semulajadi.



Apakah yang terkandung di dalam Alfalfa ?

√ Vitamin A
√ Vitamin E
√ Vitamin B6
√ Vitamin K
√ Vitamin D
√ Kalsium
√ Zat besi
√ Kalium
√ Fosforus
√ Klorin (klorida)
√ Sodium
√ Silikon magnesium
√ Kaya dengan protein –> 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur.


Sebab itulah Alfalfa ni dipanggil Raja Segala Tumbuhan. Lihat saja lah betapa banyak zat mineral yang terkandung di dalamnya. Oopss mesti ada yang terfikir alaaa perempuan je boleh makan Alfalfa ni kan ? Salah tu..sepertimana produk-produk Shaklee yang lain, Alfalfa juga boleh diamalkan oleh wanita mahupun lelaki.

 


Sekarang jom kita tengok testimoni-testimoni Alfalfa Complex untuk MASALAH KEPUTIHAN.


TESTIMONI 1



TESTIMONI 2



TESTIMONI 3



TESTIMONI 4



TESTIMONI 5



TESTIMONI 6



TESTIMONI 7



TESTIMONI 8



TESTIMONI 9



TESTIMONI 10



Alfalfa Complex Shaklee ni ada 2 size tau.Satu size SMALL (330Tablets) dan satu lagi size LARGE (700Tablets).

Kalau anda nak cuba boleh hubungi Eyda okey !



Continue Reading

Thursday, 3 September 2015

Testimoni Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum..Alhamdulillah baru berkesempatan bersiaran setelah seharian kesana kemari.Macam biasa Eyda memang agak busy di siang hari.Malam baru free sikit.hehe

Harini Eyda nak share testimoni customer Eyda yang berjaya hamil setelah berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee/Set Ikhtiar Hamil Shaklee. (Dengan izin Allah jua,Shaklee hanyalah ASBAB)

Syukur..syukur..Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan rasa syukur yang teramat sangat !




Seorang customer Eyda ni,dia telah lama berkahwin,namun masih belum dikurniakan cahaya mata.Ditambah pula beliau mempunyai masalah RETROVERTED UTERUS ataupun lebih dikenali sebagai RAHIM TERBALIK.

Terkejut juga Eyda dengar.Peluang untuk beliau hamil sangat TIPIS kata doktor yang memeriksa masalah beliau ini.

Namun kuasa Allah tiada tandingan,beliau tetap berusaha dengan mencuba Set Kesuburan Shaklee iaitu ESP,GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX.










Alhamdulillah setelah konsisten selama beberapa bulan,beliau telah disahkan hamil !


Alhamdulillah syukur atas kurniaan ini.Akhirnya berjaya hamil juga.Dan sekarang beliau mula consume Set Hamil Shaklee pula.

Doakan semoga beliau sihat & kandungannya juga membesar dengan baik ya ! :):) Ameen.




 

Dan ini pula,testimoni senior Eyda.Beliau telah lama berkahwin namun belum juga dikurniakan rezeki.

Masalahnya beliau mempunyai aturan period yg tidak stabil,maka Eyda cadangkan beliau untuk mengambil GLA COMPLEX untuk menstabilkan periodnya dan ZINC COMPLEX untuk meningkatkan kualiti sperma suaminya .

Dan Alhamdulillah after 2bulan mencuba GLA COMPLEX & ZINC COMPLEX ini,beliau telah hamil !

Maha Besar kuasa Allah,tiada apa yang dapat menghalang kuasaNya :)

Alhamdulillah syukur,Eyda memang happy sangat sebaik mendengar berita darinya.Mana tidaknya,dapat membantu orang yang betul-betul yang menginginkan zuriat.Allahuakbar..


Bagi anda yang mempunyai masalah ketidaksuburan,masalah period tidak normal,hormon yang tidak stabil dan belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata,apakata anda BERIKHTIAR dengan mencuba Set Ikhtiar Hamil ini.


In shaa Allah,mana tahu ada rezeki buat anda,kan?Eyda sedia membantu anda dan Eyda memang suka membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Segala tips akan kita beri mengikut masalah anda . Apa yang penting kepuasan dan kegembiraan anda 

Andaikata ada yang nak mencuba,boleh hubungi Eyda untuk info lebih lanjut .

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com


Continue Reading

Sunday, 30 August 2015

Tips Elak Sembelit Ketika Pantang

Assalmualaikum semua ! Selamat Berhujung Minggu 😊😊

Harini Eyda nak story mengenai cara ataupun tips nak elak dari terkena sembelit ketika berpantang.

Wuuu ngerikan kalau terkena sembelit ? Eyda pernah kena masa bersalinkan anak 1st dulu.Adoi memang tak boleh nak story lah..Berdrama air mata dalam toilet tau.Sanggup tu tak makan dulu sebab taknak membuang sebab takut sembelit.Alih-alih kena jugak 😂😂.


Sembelit dengan ibu berpantang memang tak dapat dipisahkan.Ibarat irama dan lagu.Ececehh haha takde kena mengena pun 😝😝.Tapi itulah nak diceritakan,siapalah yang tak pernah kena tu,memang untunglah kamu.


Okey so sekarang Eyda nak share dengan korang semua tips untuk mengelakkan terkena sembelit ketika berpantang.


#1 MINUM AIR KOSONG/PUTIH BANYAK-BANYAK


Kalau ikut petua orang-orang dulu atau orang tua-tua ,memang tak kasi kita minum banyak air sebab takut luka kat bawah tu lambat kering.

Tapi anda tahu tak, kita sangat perlukan air yang banyak ketika pantang supaya najis kita lembut dan tak sembelit semasa pantang kerana badan kita kekurangan nutrisi yang mana boleh menyebabkan terjadinya sembelit.

So lepasni WAJIB MINUM AIR KOSONG/MASAK banyak-banyak ketika berpantang okey !


#2 MAKAN BUAH - BUAHAN/SUMBER FIBER

Salah satu terjadinya sembelit ketika pantang ni,adalah akibat kekurangan FIBER/SERAT.

So untuk mengelakkan sembelit,anda boleh mengambil buah-buahan,tapi tak semua sesuai untuk ibu berpantangkan.Kena pilih jugaklah.

Antaranya ialah PISANG,EPAL, dan lain-lain.

Selain tu boleh cuba juga BUAH LIMAU @ Sunkist.Selain bagus untuk melawaskan,ianya juga bagus untuk mempercepatkan luka pulih.Jadi anda boleh cuba mengambil buah oren ketika sedang berpantang sekiranya anda terkena sembelit.

Tapi janganlah terlebih ambil pula 😂 Nanti tak larat nak ke tandas & kesian baby terkena sekali hehe.


#3 AMBIL ALFALFA COMPLEX & OSTEMATRIX

Gandingan terbaik 2 vitamin ni.Memang HIGHLY RECOMMENDED untuk ibu berpantang tau.

Alfalfa Complex selain mempercepatkan kecutan rahim selepas bersalin,ianya juga amat bagus dalam melawaskan sistem pencernaan.Maknanya takdelah kita rasa sebu je perut sebab tak membuangkan.

Ostematrix pula, berperanan sebagai melembutkan najis.Memang sangat best si Ostematrix ni.Senyum lebar je nak masuk toilet kalau nak membuang.Smooth & steady ja.Haha

Ini realitu tau,sebab Eyda sendiri rasai masa bersalinkan anak ke2 & ke3..Anak pertama memang tak sempatlah.Tak kenal Shaklee lagi time tu.Hehe


Selain tu,Alfalfa Complex juga bagus untuk masalah keputihan.Kalau dulu Eyda ada masalah keputihan teruk tau,but since konsisten makan Alfalfa lepas bersalinkan anak ke2 & ke3 memang keputihan dah takde.Sangat-sangat selesa.

Ostematrix pula bagus untuk kita after berpantang dan menyusu baby,ia menghilangkan lenguh-lenguh badan,sengal-sengal tulang tau.Bangun malam nak menyusu baby pun tidaklah rasa penat,sakit-sakit badan memang takdelah.

Oh 1 lagi lupa nak story,masa pantang anak ke2 & ke3 tu,alhamdulillah badan takde rasa berangin/masuk angin.Sebab konsisten makan Alfalfa Complex.Alfalfa Complex ni dia singkir segala kotoran,angin dalam badan ni.Selain tu,ianya juga berfungsi sebagai MILKBOOSTER tau.Tak sabar nak bersalin yang ke4 ni pula 😊 Kali ke3 berpantang dengan Set Berpantang Shaklee 😊

Jadi kepada ibu-ibu diluar sana yang sedang menunggu masa nak bersalin tu,memang Eyda highly recommended lah ambil Alfalfa Complex & Ostematrix ni yang mana ada dalam Set Berpantang/Bersalin Shaklee ni.

Dijamin memang akan berpuas hati
Macam biasa kalau nak order boleh hubungi Eyda ya ! :)



Continue Reading

Wednesday, 26 August 2015

B-Complex Shaklee Bantu Tingkatkan Tahap Kesuburan Anda

Bismillah..Assalamualaikum.Ini merupakan entry kedua Eyda.Yang first buat entah kemana hilangnya .Tak apalah..Ujian kesabaran buat Eyda .





Okey untuk entry kali ni,Eyda nak kongsikan tentang kebaikan Bcomplex dan Asid Folik dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan.Ramai sedia maklum, kehamilan dan kesuburan saling berkait rapat di mana bahagian dalaman menjadi tahap pengukur kesihatan seseorang.






Formula Bcomplex Shaklee didatangkan khas di mana ia juga adalah kombinasi bersama Asid Folic. Hebat bukan ? Vitamin adalah sangat penting bagi mereka yg merancang untuk hamil dan untuk yang sedang hamil. Sebelum hamil,vitamin ini bertindak untuk melancarkan hormon dan pengaliran darah, disamping meningkatkan lagi tahap kesuburan yang lebih optimum. Bagi yang sedang hamil pula, kekurangan ASID FOLIK boleh menyebabkan kecacatan kepada janin yg dikandung seperti Spina Bifida.Jadi, dengan vitamin BComplex Shaklee, anda-anda yang sedang TTC (Trying To Conceive) dicadangkan untuk mengambil sebiji sehari seawal 6 bulan dalam tempoh merancang kehamilan. In shaa Allah. 



Sebagai hamba Allah, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara dan seterusnya meletakkan pergantungan dan bertawakal kepada Allah.


" Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"
- Surah At-Talaq. Ayat 2-3


Belum cuba belum tahu bukan? Lagi rugi kalau kita tidak mencuba kerana kita TIDAK BERUSAHA.





Kerana itu juga, di dalam Set Kesuburan Shaklee, selain vitamin B-complex adalah penting diambil bersama-sama dgn Gla Complex, Esp, Alfalfa Complex, Vita E Complex, Vitalea (Multivitamin), Vita C & Zinc Complex.Selain vitamin B-complex, vitamin lain yang perlu diambil juga mempunyai fungi dan keperluan masing-masing yang mana ianya saling melengkapi untuk satu sama lain untuk memenuhi keperluan tubuh badan anda .

Gabungan beberapa vitamin penting ini berfungsi untuk menambahkan tahap kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.






1) Vitalea (Multivitamin)
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan.Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum.





2) Esp Soy Protein
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain.





3) Vita C
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan.





4) B-Complex
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan.

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.





5) Vita E Complex dengan Selenium
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.





6) Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.






7) Alfalfa Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).





8) Gla Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.





Berdasarkan kepada fungsi-fungsi supplemen yang Eyda senaraikan diatas nampak tak bahawa setiap vitamin di atas memainkan peranannya yang unik untuk membantu melonjakkan tahap kesuburan kita?
Ramai yang telah menghubungi Eyda, menyatakan hasrat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini kerana bukan sahaja semata-mata  untuk kesuburan malah membantu dari punca masalah kesihatan yang membantutkan kesuburan itu sendiri.Kiranya ia membantu dari puncanya.
Lagi sekali Eyda ingin cadangkan agar kedua-kedua suami isteri perlu mengambil supplemen tambahan ini kerana lelaki juga mungkin menjadi punca utama mengapa wanita iaitu si isteri tadi sukar mengandung. Apabila kedua-dua berada ditahap yang optimum barulah lebih mudah kehamilan terjadi. Apa-apa pun tidak salah kita berikhtiar dan berusaha.
Dan bagi pasangan yang dah cuba pelbagai cara dan produk lain namun belum berhasil, Eyda sarankan agar anda mengambil Set Kesuburan Lengkap Shaklee. Lebih menyeluruh dan lengkap. Mungkin badan kita sendiri kekurangan vitamin lain yang tidak kurang pentingnya yang ada dalam multivitamin Vita-lea, dan Vita-C.
Jangan pernah putus harap dan teruskan berusaha, mana tahu dengan ikhtiar ini, doa dan izinNya anda juga akan mendapat cahaya mata comel yang diidam-idamkan. 

Jika sudah positif nanti, boleh mula ambil Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung dan Set Berpantang Shaklee selepas bersalin.Lagipula, kebanyakkan produk dalamnya pun lebih kurang sama saja jadi hanya tambah apa yang kurang.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, bolehla hubungi Eyda seperti yang tertera di atas .In shaa Allah kita akan cadangkan dan guide yang terbaik untuk anda mengikut keperluan dan masalah anda .
Continue Reading