Showing posts with label VITA C SUSTAINED RELEASED 500MG. Show all posts
Showing posts with label VITA C SUSTAINED RELEASED 500MG. Show all posts

Monday, 24 August 2015

Merawat Panau Dengan Set Panau Shaklee

Panau merupakan masalah biasa terjadi di kalangan remaja. Tetapi masih boleh terjadi pada orang dewasa juga. Bila ada panau ia melibatkan keyakinan diri, lebih-lebih lagi perempuan. Kalau di badan tu memang boleh cover, tapi kalau di muka? Mana nak sorokkan peta putih dimuka?

Dengan Shaklee , masalah panau boleh di atasi .In shaa Allah :) . Panau kerap berlaku pada mereka yang kekurangan zat nutrisi, mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunisuppressant dan mereka yang berpenyakit peluh berlebihan (hyperhidrosis). Kawasan tropika dengan suhu dan kelembapan tinggi turut mendorong gejala panau.


Rupanya dengan Shaklee pun, masalah panau boleh di atasi ye. Panau kerap berlaku pada mereka yang kekurangan zat nutrisi, mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunisuppressant dan mereka yang berpenyakit peluh berlebihan (hyperhidrosis). Kawasan tropika dengan suhu dan kelembapan tinggi turut mendorong gejala panau.


Panau ialah tompok-tompok putih yang tumbuh disekitar bahagian tubuh yang aktif berpeluh seperti pipi, kulit kepala, belakang leher dan belakang badan. Ia lebih ketara kelihatan jika penghidap berkulit gelap. Panau bukan hanya menganggu penampilan diri malah ia menimbulkan gatal-gatal pada bahagian tersebut terutamanya ketika berpeluh.

Panau disebabkan jangkitan sejenis kulat yang dipanggil Malassezia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak membahayakan tetapi tindakbalas kimianya menyebabkan warna pigmentasi kulit berubah. Sebab itulah kesan tompok-tompok putih terhasil. Terdapat juga panau yang berwarna pink, kemerahan dan perang bergantung pada individu





Banyak juga kaedah merawat panau seperti mendapatkan rawatan dari doktor atau secara tradisional. Namun, anda juga boleh mengamalkan supplement berikut untuk merawat serta mencegah panau dari berulang kembali.


1. Garlic Complex: merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.



2. Alfalfa Complex: bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan serta anti radang.




3. Vitamin C Shaklee: membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat.

InsyaAllah vitamin-vitamin ini selamat & membantu mengatasi masalah jangkitan kulat pada kulit. Apa kata anda cuba ikhtiar dengan Shaklee, insyaAllah bukan setakat masalah panau dapat di atasi, tetapi dapat pula bonus kulit lebih sihat dan berseri.:)


Sekiranya anda ingin mencuba Set Panau ni,boleh direct contact Eyda okey :)

Eyda Sukiman
SID 892528
SMS/Whatsapp 01112909545
IG : @Setkurusbyeyda
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com


Continue Reading

Friday, 14 August 2015

Vita C Shaklee Rahsia Kulit Cantik dan Mulus tanpa Jerawat

Assalamualaikum.Selamat Pagi semua .Apa khabar para readers semua?
Harini Eyda nak cerita mengenai Manfaat & Kelebihan serta mengapa kita memerlukan Vita C sebagai sumber harian badan kita.




MANFAAT UTAMAN VITAMIN C
• Membentuk Collagen
√ Dengan kehadiran Vitamin C, ia merangsang pembentukan kolagen.
√ Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot  dari menjadi lembik

• Memperbaiki Simptom Pendarahan
√ Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
√ Kerana sifatnya inilah, ia sangat sesuai digunakan dalam Set Berpantang.

• Meningkatkan Imun Sistem
√ Dengan kehadiran Vitamin C, ia membantu pembinaan sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan daya tahan terhadap allergy hidung dan kulit, asthma.
√ Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.

• Membantu Memerangi kanser
√ Ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

• Mencantikkan Kulit
√ Pengambilan Vitamin C setiap haridapat membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

• Memperbaiki Insomnia
√ Ia memperbaiki insomnia, serta masalah yang berkaitan dengan mental seperti stress dan keresahan.

• Mengekalkan Kolesterol Sihat
√ Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Kadang-kadang kita fikir, cukuplah sekadar kita mengambil buah-buahan segar, tak perlu lagi mengambil Supplement Vitamin C lagi,kan?.Tetapi adakah itu sudah memadai untuk bekalan Vitamin C dalam badan kita seharian? Haa cuba fikir .
 

Adakah Vitamin C dari dalam buah sudah mencukupi untuk tubuh badan kita?
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu masak ranum.
Jadi, buah yang kurang ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C buah pula akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan termusnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Vitamin C Dalam Badan Akan Musnah Apabila :

√ Seseorang itu merokok. Sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.
√ Kita resah sebab keresahan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.
√ Kita mengambil pil perancang dan pil penahan sakit. Ini akan mengurangkan Vitamin C dengan begitu banyak sekali.

Pengambilan Vitamin C yang terlebih dos pula (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan cirit-birit.

Keistimewaan Vita C Shaklee (Sustained Released) :






Sustained Release Vitamin C dari Shaklee ini dirumus khas untuk menjadikannya istimewa berbanding Vitamin C yang lain.

• Sebiji Tablet Sustained Release Vitamin C ini bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren
• Ia juga mengandungi bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya ke dalam badan dan memelihara Vitamin C dari teroksida.
• Ia adalah NATURAL, TIADA PERASA dan PENGAWET TIRUAN
• Ia bersifat sustained release iaitu ia akan melepaskan 100mg Vitamin C ke dalam badan kita setiap jam, selama 5 jam tanpa henti.Maka tiadalah pembaziran lebihan Vita C yang mana biasanya berakhir di urin kita .Itulah istimewanya Vita C Shaklee ini.100% diserap dalam tubuh badan kita.


Sekiranya anda nak bertukar kepada sesuatu yang semulajadi, Sustained Release Vitamin C dari Shaklee lah jawapannya. Sebotol Vitamin C ini mengandungi 180 biji (RM 92). Dan ia mampu bertahan selama 6 bulan. Jimat ke jimat?


SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Instagram : @setkurusbyeyda

Continue Reading

Tuesday, 15 April 2014

Cadangan Supplement Untuk Masalah Keguguran Kandungan (Miscarriage)

Assalamualaikum dan selamat pagi..Harini entry Eyda berkenaan dengan keguguran yang sering berlaku dikalangan wanita yang hamil peringkat awal.



Apa Itu Keguguran ?

  • Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.

Sebab-Sebab Terjadi Keguguran

1) Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.


2) Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.


3) Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.


4) Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.


Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tanda-Tanda Keguguran

  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  • Pendarahan semasa mengandung.
  • Perut mengecil secara tiba-tiba.
  • Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan

  • Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Cadangan Supplement Keguguran Shaklee.
  • Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  • Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  • Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  • Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tips

  • Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Masalah Keguguran :

  1. B-Complex (With Acid Folic)
  2. Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)
  3. Vita C Sustained Released 500mg
  4. Zinc Complex
  5. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  6. Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)
ADD ON : Gla Complex / Alfalfa Complex

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



1) B-Complex (With Acid Folic)


  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.



2) Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)

  • Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.




3) Vita C Sustained Released 500mg

  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.




4) Zinc Complex

  • Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.




5) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  • ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.



6) Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)

  • Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

========================================================================


Kesimpulannya Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.


In shaa Allah kita sebagai manusia tidak salah untuk berusaha dan berikhtiar..Selebihnya kita serahkan pada YANG MAHA ESA..In shaa Allah pasti akan ada rezeki buat ibu-ibu diluar sana..Aminn

Sebarang pertanyaan/order/info boleh hubungi Eyda di :

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Continue Reading

Thursday, 28 March 2013

SUSTAINED RELEASE VITA C 500MG SHAKLEE

Assalamualaikum semua..mommies2 semua dah masak ??Eyda br lepas siap masak, kemas rumah semua..Alhamdulillah harini anak2 tak meragam walaupun mereka kurang sihat sikit :)..Okey back to the topic, harini entry eyda tentang HOT ITEM SHAKLEE yang sememangnya panas macam pisang goreng! Hehe iaitu VITA C SUSTAINED RELEASED 500MG ..Stok VITA C alhamdulillah sekarang sudah ada stok ya..So jangan lepaskan peluang untuk dapatkan VITA C paling hot ini.Okay sepertimana yg kita tahu, Vita c ni sememangnya terkenal dgn khasiat utk kulit kitakan.So jom luangkan masa anda utk mngetahui apakah kelebihan & kebaikan VITA C ini .






Mengapa Kita Perlukan Vitamin C 
-------------------------------------------

♥ Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.


♥ Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anda yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik.


♥ Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.









Kebaikan VITA C SUSTAINED RELEASED 500MG

♥Memberi efek kulit yg sekata, cerah, lembap.

♥Sesuai untuk ibu mengandung.

♥Sesuai untuk merawat jerawat di wajah & badan.

♥Bagi yg menghadapi masalah resdung amat sesuai diamalkan.

♥Diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu,fungsi kelenjar adrenal, dan juga mendapatkan gusi& gigi yang sihat.

♥Melindungi sel tubuh daripada kesan-kesan pencemaran melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti.

♥Membantu untuk mengurangkan tahap kolesterol,tekanan darah tinggi, dan mencegah aterosklerosis.

♥Melindungi daripada pembekuan darah, lebam,menggalakkan penyembuhan luka, dan pengeluaran hormon antistress.

♥Penting untuk penyuburan sel darah putih dan jugabertindak sebagai antihistamin semulajadi yang amat berguna untuk mengurangkan hidung bengkak semasa selesema, dan mengurangkan gejala-gejala lain alergi.

♥Memainkan peranan penting dalam pengeluarankolagen, yang membantu mencegah penuaan pra-matang.

♥Membunuh bakteria patogenik, yang bertindak sebagai antibiotik yang tidak berbahaya.

♥Melindungi sel-sel otak dan saraf tunjang, yang sering dirosakkan oleh radikal bebas.

♥Membantu tubuh menyerap zat besi yang lebih –>berguna dalam rawatan anemia.

♥Ia memainkan peranan penting dalam penghasilan hemoglobin dan sel darah merah.

♥Merawat jangkitan saluran kencing.

♥Diperlukan untuk metabolisme asid folik dan vitamin lain.

♥Utk kanak2 memadai dgn mngambil sepruh, krn jumlah vit c yg diperlukan oleh kanak2 hnya 250mg sehari.

♥Vitamin C ini adalah jenis sustained released atau pelepasan perlahan-lahan, dalam masa 12 jam. Oleh itu, ia memastikan tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang berterusan.





Apakah kelebihan VITAMIN C SHAKLEE berbanding dengan produk lain??
-----------------------------------------------------------------------------------

Shaklee Sustained Released Vitamin C 500mg berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya.Vitamin C merupakan bahan antioksida yang berkeupayaan tinggi yang juga turut dikenali sebagai nutrisi yg berupaya melakukan semua perkara.Sustained Released Vita C mengandungi :


●Kandungan Vitamin C yg tinggi.

●Sistem perlepasan yg berkekalan dalam menyalurkan Vitamin C yg menyamai kandungan satu setengah biji buah oren untuk setiap jam selama lima jam.

●Formulasi yg membantu mengekalkan pertahanan antioksida secara semulajadi, kekuatan sel, kesihatan mata,gigi, gusi, tulang dan otot serta salur darah.

●Popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan & kecantikan kulit.

======================================================================

So kepada yg masih ragu-ragu ingin cuba VITAMIN C SHAKLEE ni, bolehla mencubanya sekarang.Tak salah rasanya berbelanja utk kecantikan dan kesihatan diri kan??Anda mungkin memerlukannya :-)

Macamna nk dptkn Sustained Release VITA C Shaklee ni? Anda boleh contact distributor anda @ boleh hubungi Eyda di :

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545


Continue Reading