Wednesday 26 August 2015

B-Complex Shaklee Bantu Tingkatkan Tahap Kesuburan Anda

Bismillah..Assalamualaikum.Ini merupakan entry kedua Eyda.Yang first buat entah kemana hilangnya .Tak apalah..Ujian kesabaran buat Eyda .





Okey untuk entry kali ni,Eyda nak kongsikan tentang kebaikan Bcomplex dan Asid Folik dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan.Ramai sedia maklum, kehamilan dan kesuburan saling berkait rapat di mana bahagian dalaman menjadi tahap pengukur kesihatan seseorang.






Formula Bcomplex Shaklee didatangkan khas di mana ia juga adalah kombinasi bersama Asid Folic. Hebat bukan ? Vitamin adalah sangat penting bagi mereka yg merancang untuk hamil dan untuk yang sedang hamil. Sebelum hamil,vitamin ini bertindak untuk melancarkan hormon dan pengaliran darah, disamping meningkatkan lagi tahap kesuburan yang lebih optimum. Bagi yang sedang hamil pula, kekurangan ASID FOLIK boleh menyebabkan kecacatan kepada janin yg dikandung seperti Spina Bifida.Jadi, dengan vitamin BComplex Shaklee, anda-anda yang sedang TTC (Trying To Conceive) dicadangkan untuk mengambil sebiji sehari seawal 6 bulan dalam tempoh merancang kehamilan. In shaa Allah. 



Sebagai hamba Allah, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara dan seterusnya meletakkan pergantungan dan bertawakal kepada Allah.


" Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"
- Surah At-Talaq. Ayat 2-3


Belum cuba belum tahu bukan? Lagi rugi kalau kita tidak mencuba kerana kita TIDAK BERUSAHA.





Kerana itu juga, di dalam Set Kesuburan Shaklee, selain vitamin B-complex adalah penting diambil bersama-sama dgn Gla Complex, Esp, Alfalfa Complex, Vita E Complex, Vitalea (Multivitamin), Vita C & Zinc Complex.Selain vitamin B-complex, vitamin lain yang perlu diambil juga mempunyai fungi dan keperluan masing-masing yang mana ianya saling melengkapi untuk satu sama lain untuk memenuhi keperluan tubuh badan anda .

Gabungan beberapa vitamin penting ini berfungsi untuk menambahkan tahap kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.






1) Vitalea (Multivitamin)
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan.Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum.





2) Esp Soy Protein
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain.





3) Vita C
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan.





4) B-Complex
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan.

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.





5) Vita E Complex dengan Selenium
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.





6) Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.






7) Alfalfa Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).





8) Gla Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.





Berdasarkan kepada fungsi-fungsi supplemen yang Eyda senaraikan diatas nampak tak bahawa setiap vitamin di atas memainkan peranannya yang unik untuk membantu melonjakkan tahap kesuburan kita?
Ramai yang telah menghubungi Eyda, menyatakan hasrat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini kerana bukan sahaja semata-mata  untuk kesuburan malah membantu dari punca masalah kesihatan yang membantutkan kesuburan itu sendiri.Kiranya ia membantu dari puncanya.
Lagi sekali Eyda ingin cadangkan agar kedua-kedua suami isteri perlu mengambil supplemen tambahan ini kerana lelaki juga mungkin menjadi punca utama mengapa wanita iaitu si isteri tadi sukar mengandung. Apabila kedua-dua berada ditahap yang optimum barulah lebih mudah kehamilan terjadi. Apa-apa pun tidak salah kita berikhtiar dan berusaha.
Dan bagi pasangan yang dah cuba pelbagai cara dan produk lain namun belum berhasil, Eyda sarankan agar anda mengambil Set Kesuburan Lengkap Shaklee. Lebih menyeluruh dan lengkap. Mungkin badan kita sendiri kekurangan vitamin lain yang tidak kurang pentingnya yang ada dalam multivitamin Vita-lea, dan Vita-C.
Jangan pernah putus harap dan teruskan berusaha, mana tahu dengan ikhtiar ini, doa dan izinNya anda juga akan mendapat cahaya mata comel yang diidam-idamkan. 

Jika sudah positif nanti, boleh mula ambil Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung dan Set Berpantang Shaklee selepas bersalin.Lagipula, kebanyakkan produk dalamnya pun lebih kurang sama saja jadi hanya tambah apa yang kurang.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, bolehla hubungi Eyda seperti yang tertera di atas .In shaa Allah kita akan cadangkan dan guide yang terbaik untuk anda mengikut keperluan dan masalah anda .

2 comments:

  1. kadang2 org ikhtiar nak zuriat cuba macam2 teknik moden, tapi terlupa untuk improvekan kesihatan diri (kesihatan dalaman kita tak nampak kan) dengan suplemen, dan doa kepada Yang Maha Berkuasa. :)

    tq for the info! :)

    ReplyDelete
  2. Betul tu Doc Ain ! Sebab itu pentingnya untuk menjaga kesihatan dalaman. 😊
    Sama-sama Doc Ain. semoga ramai yang mendapat manfaat dengan apa yang dikongsikan.

    ReplyDelete