Showing posts with label Vita-lea. Show all posts
Showing posts with label Vita-lea. Show all posts

Sunday, 15 November 2015

Sejarah Vitalea Shaklee

Assalamualaikum semua :)





Tahu kah anda bahawa Supplement Shaklee yang tertua adalah Vitalea? Sebelum ini dikenali sebagai Vitalized Minerals semasa ia baru dibuat oleh Dr. Shaklee. And masa tu Dr. Shaklee baru sahaja berumur 21 tahun!

Vitalized Minerals dicipta pada tahun 1915, tahun ini adalah ulangtahun ke 100 tahun! Sebab itulah Shaklee berikan ia secara percuma kepada ahli baru yang berdaftar dari bulan April sehingga Oct 2015 :)

Bagaimana timbulnya idea Dr. Shaklee untuk menghasilkan Vitalized Minerals ini?
Konsep yang beliau cuba terapkan semasa membuat produk ini ialah seperti kita memberi baja, air dan cahaya secukupnya kepada tumbuhan kerana beliau juga adalah seorang petani sebelum menceburi dalam bidang kesihatan. Tubuh manusia juga memerlukan nutrien dan vitamin yang secukupnya kerana apa yang kita makan masih tidak mencukupi jika disukat.



Continue Reading

Friday, 11 September 2015

Set Menyusu Shaklee Yang Mana Sesuai Dengan Anda

Antara Testimoni Pengguna Set Menyusu Shaklee

Alhamdulillah, Set Menyusu Shaklee semakin mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini.

Terdapat 4 jenis cadangan set menyusu yang boleh disesuaikan mengikut pilihan dan bajet anda, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, Eyda akan cuba perincikan untuk anda ya :)


1) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 1)





VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea) dan Alfalfa Complex

 >> Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan

>> Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu

>> Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu

>> Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan Alfalfa.Kesan yang dialami berbeza mengikut sistem badan masing-masing.




2) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 2)




B-COMPLEX
VITA C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium.

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS) .

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.




3) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 3)





VITA-C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


>> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea), kalsium (Ostematrix) dan Alfalfa Complex

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium Shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walaupun kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta membantu pembentukan gigi si kecil.

>> Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan .

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu .

>> Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana Alfalfa Complex dan Kalsium(Ostematrix) bertindak sebagai milkbooster.


4) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 4)





ESP (Energizing Soy Protein)
ALFALFA COMPLEX
B-COMPLEX
VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
OSTEMATRIX



>> Mengandungi SET 2, kalsium (Ostematrix) dan ESP.

>> Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan .

>> Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit,atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak .

>> Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat .

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang Eyda bagi, insyaAllah boleh :) .




Penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu haruslah kuat berusaha dan ada keinginan untuk menyusukan bayi anda .


Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.


Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat?


Keperluan Nutrisi Ibu Hamil,Menyusu


Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada pandangan Eyda supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.


Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?


Disini Eyda sertakan ayat yang dipetik dalam sebuah hadis, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..



 Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya.




MasyaAllah..bertuah kita orang perempuan ni kan?Allahuakbar..Maka tiada alasan lagi kalau ada ibu-ibu diluar sana yang memang sengaja taknak menyusu badan baby anda.Sesungguhnya anda adalah golongan yang rugi ! Ayuh kita hidupkan misi menyusu baby secara eksklusif !


Sekiranya anda berminat nak dapatkan mana-mana Set Menyusu Shaklee mengikut bajet dan keperluan anda boleh hubungi Eyda okey !


Continue Reading

Wednesday, 9 September 2015

Vitalea Shaklee Percuma

Assalamualaikum semua 😊 . Entry malam ni Eyda nak share mengenai promo Shaklee yang mana bermula bulan Mei 2015 hinggalah Oktober 2015,sesiapa yang mendaftar sebagai ahli Shaklee,anda layak untuk mendapat FREE SEBOTOL VITALEA SHAKLEE bernilai hampir RM100 ! Bestkan ? Nak tahu lebih lanjut meh luangkan masa sekejap baca 😊



Dengan hanya mendaftar sebagai ahli Shaklee (RM80 SEUMUR HIDUP) dan membuat pembelian mana-mana produk Shaklee (even beli Herbal Blend yang berharga Rm30 sekalipun) anda layak dapat FREE VITALEA sebotol tau ! Ini bukan vitamin biasa tau, ni adalah MULTIVITAMIN PERTAMA DICIPTA DI DUNIA tau.

Dan promo ini adalah sempena ulang tahunnya yang ke-100 !



Bagaimana Cara Untuk Jadi Ahli Shaklee ?


Actually ada banyak cara untuk anda jadi ahli Shaklee.Disini Eyda senaraikan beberapa cara untuk anda mendaftar sebagai ahli Shaklee.


1) Dengan membayar yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM80 (SEUMUR HIDUP) & dengan membuat pembelian mana-mana produk Shaklee untuk mendapatkan FREE VITALEA.



2) Dengan membuat pembelian YES PACK PROMO :

1) HEALTHY PRENATAL SET + (Register As a Member)
2) HEALTHY POSTNATAL SET + (Register As a Member)
3) HEALTHY FITNESS SET + (Register As a Member)
4) HEALTHY YOUNG LIVING (FREE MEMBERSHIP)
5) 1 SET PROMO ITEM SEPTEMBER 2015 - ESP SHAKLEE BUY 6 FREE 1 (FREE MEMBERSHIP)



Kelebihan Vitalea Iron Formula Shaklee


Merupakan multi-vitamin dan mineral yang pertama dicipta di dunia. Asalnya dikenali sebagai “Vitaliza-Mineral” dan disingkatkan sebutan kepada “Vita-min”, dan perkataan vitamin yang disebut kini asalnya dari Shaklee.


Peningkatan teknologi telah mengubah bentuknya dari cecair (90 tahun dahulu) kepada bentuk tablet yang dikenali sebagai Vita-Lea.


Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yang diekstrak daripada sayuran dan buah, 12 vitamin dan 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA.


Ia diformulasikan secara komprehensif dan sangat seimbang. Tablet Vita-Lea Shaklee ini disaluti dengan serbuk nutrisi – spirulina.


Ia dihasilkan dengan kaedah yang terkini dan teknologi eksplosif yang kompleks, disebut sebagai “Explo-tab”.


Ia merupakan tablet multi-vitamin yang paling pantas di dunia terlarut dalam air dan juga tubuh manusia.


Mineral yang terkandung di dalamnya mudah berintegrasi dengan protein untuk penyerapan yang pantas oleh usus kecil.


Ujian klinikal telah membuktikan dengan pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%.


Vita-Lea Shaklee telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN  di dalam Public Interest pada tahun 2000



Vitamin Yang Terkandung dalam Vita-Lea Shaklee :




1) Biotin – Membantu badan menghasilkan tenaga dari protein dan lemak.

2) Vitamin D – Menyokong penyerapan kalsium untuk tulang dan gigi yang sihat.

3) Beta Karotena – Meningkatkan kesihatan mata, kulit dan sistem imunisasi.

4) Vitamin E – Menyokong kesihatan sekular dan meningkatkan kesihatan hati, usus dan fungsi imunisasi.

5) Kalsium – Menyokong kekuatan tulang, pengaliran urat saraf dan otot-otot.

6) Boron – Membantu dalam metabolisma Vitamin D dan mineral yang terbabit dalam perkembangan tulang.

7) Magnasium – Menyokong kekuatan tulang, fungsi otot dan membantu dalam mengekalkan tekanan darah normal dan denyutan jantung.


Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee :


• Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian.

• Pelengkap Nutrisi – Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya m ereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia.

• Keupayaan Sistem Produktif – Penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar.

• Metabolisma – Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.

• Elemen Penting Pada Sel Tubuh – Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku, dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.

• Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan FREE VITALEA SHAKLEE boleh hubungi Eyda okey ! Kita akan guide anda dan consult anda mengikut permasalahan dan kesesuaian anda 😊.



Continue Reading

Thursday, 27 August 2015

12 Cara Untuk Melegakan Mabuk Hamil

Rasa loya atau sakit adalah perkara biasa pada minggu-minggu awal kehamilan. Jom kita lihat tips-tips utama untuk membantu anda menangani masalah mabuk hamil.


1) Makan sedikit tetapi dengan kerap

Perut yang kosong boleh membuatkan mabuk hamil lebih teruk. Makan sedikit dan dengan kerap boleh membantu mengekalkan tahap gula yang stabil. Bawa bersama snek tawar untuk dicuit-cuit sepanjang hari.


2) Makan makanan berprotein tinggi

Makan makanan protein tinggi, dan yang kaya dengan vitamin B, seperti kekacang. Cuba elakkan makanan lazat-lazat yang terlalu pedas, berasid atau lemak, dan makanan goreng. Semuanya mungkin mencetuskan loya.Atau anda boleh mengambil Esp Shaklee.Kaya dengan protein soya BUKAN GMO.Bagus untuk hilangkan mabuk atau alahan semasa hamil.


3) Hidangan sejuk mungkin lebih baik daripada makanan panas.

Bau masakan boleh membawa perasaan loya. Anda mungkin lebih berpegang kepada makanan sejuk sehingga mabuk hamil anda habis.


4) Sarapan Di Atas Katil

Bangun terus dengan perut kosong boleh menyebabkan anda bergegas ke bilik air! Makan snek seperti sekeping roti bakar kering, di atas katil, dan makan perlahan-lahan sebelum turun dari katil.


5) Gunakan Diari Mabuk Hamil

Menjejak bila mabuk hamil anda memuncak, dan bila anda rasa lebih baik, boleh membantu anda untuk mencari masa-masa dalam sehari yang terbaik untuk makan dan minum.


6) Minum di antara waktu makan

Jika anda mendapati sukar untuk menelan cairan, hadkan minuman semasa makan. Jangan lupa untuk minum banyak sepanjang hari, kerana mengekalkan hidrasi adalah penting semasa mengandung.Nak lagi best minum Perfomance Drink Shaklee ! Memang kekal bertenaga,elak badan terhidrat tau.💪💪


7) Banyakkan berehat

Stress dan kelesuan boleh menyebabkan mabuk hamil yang lebih teruk. Pastikan anda banyak berehat dan bersantai apabila anda boleh.Dan anda boleh mengambil B-Complex Shaklee yang mana sangat bagus untuk mengawal emosi ibu ketika hamil dan ianya adalah anti stress ! 😊


8) Bau lemon!

Bau lemon yang dipotong boleh membantu untuk mengurangkan loya anda. Anda juga boleh menambah hirisan lemon kepada teh ais atau air berkilauan dan hirup apabila anda mampu.Bestnya !


9) Minum teh halia

Jika digunakan secara sederhana, halia boleh membantu untuk meringankan loya. Anda boleh membuat teh halia dengan halia yang diparut dan dikupas, atau cuba sirap halia, atau halia dalam bentuk kapsul atau tablet.Nak senang telan je Peppermint Ginger Plus Shaklee.Memang "bestfriend" Eyda tika hamil sebab bukan sahaja bantu ibu hamil hilang dari rasa loya dan perut sebu,malah bagus untuk keluarkan segala jenis angin "kus-kus" dalam badan.


10) Makan multivitamin kehamilan

Mengambil multivitamin kehamilan mungkin membantu mengurangkan perasaan anda loya, walaupun terdapat sedikit bukti untuk menyokongnya. Jika ia tidak berfungsi, sekurang-kurangnya mengambil vitamin ini akan memastikan anda mendapat dos harian asid folik dan nutrien penting lain yang disyorkan.Jika anda mengambil 2biji Vitalea Shaklee ianya mampu memenuhi keperluan nutrisi lengkap untuk tubuh badan anda semasa hamil ! Juga amat bagus untuk elakkan dari masalah Anemia (HB Rendah) & elakkan kelahiran pramatang .


11) Cuba terapi pelengkap

Beberapa terapi pelengkap, seperti urut dan aromaterapi, mungkin boleh membantu anda untuk menangani mabuk hamil. Pastikan anda pilih ahli terapi yang berkelayakan dan berpengalaman dalam merawat wanita hamil.


12) Bersembang dengan kawan-kawan yang memahami.

Kadang-kadang hanya berkongsi bagaimana anda rasa dengan kawan-kawan rapat atau keluarga yang boleh menawarkan simpati dan sokongan mereka, boleh membantu.


Selamat Mencuba dan semoga berjaya menempuhi fasa kehamilan ! 😊 Sekiranya anda berminat untuk mencuba Set Kehamilan Shaklee boleh hubungi Eyda seperti yang tertera di bawah okey ! 😘



Continue Reading

Wednesday, 26 August 2015

B-Complex Shaklee Bantu Tingkatkan Tahap Kesuburan Anda

Bismillah..Assalamualaikum.Ini merupakan entry kedua Eyda.Yang first buat entah kemana hilangnya .Tak apalah..Ujian kesabaran buat Eyda .





Okey untuk entry kali ni,Eyda nak kongsikan tentang kebaikan Bcomplex dan Asid Folik dalam membantu meningkatkan tahap kesuburan.Ramai sedia maklum, kehamilan dan kesuburan saling berkait rapat di mana bahagian dalaman menjadi tahap pengukur kesihatan seseorang.






Formula Bcomplex Shaklee didatangkan khas di mana ia juga adalah kombinasi bersama Asid Folic. Hebat bukan ? Vitamin adalah sangat penting bagi mereka yg merancang untuk hamil dan untuk yang sedang hamil. Sebelum hamil,vitamin ini bertindak untuk melancarkan hormon dan pengaliran darah, disamping meningkatkan lagi tahap kesuburan yang lebih optimum. Bagi yang sedang hamil pula, kekurangan ASID FOLIK boleh menyebabkan kecacatan kepada janin yg dikandung seperti Spina Bifida.Jadi, dengan vitamin BComplex Shaklee, anda-anda yang sedang TTC (Trying To Conceive) dicadangkan untuk mengambil sebiji sehari seawal 6 bulan dalam tempoh merancang kehamilan. In shaa Allah. 



Sebagai hamba Allah, kita perlu berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu perkara dan seterusnya meletakkan pergantungan dan bertawakal kepada Allah.


" Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakinya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu"
- Surah At-Talaq. Ayat 2-3


Belum cuba belum tahu bukan? Lagi rugi kalau kita tidak mencuba kerana kita TIDAK BERUSAHA.





Kerana itu juga, di dalam Set Kesuburan Shaklee, selain vitamin B-complex adalah penting diambil bersama-sama dgn Gla Complex, Esp, Alfalfa Complex, Vita E Complex, Vitalea (Multivitamin), Vita C & Zinc Complex.Selain vitamin B-complex, vitamin lain yang perlu diambil juga mempunyai fungi dan keperluan masing-masing yang mana ianya saling melengkapi untuk satu sama lain untuk memenuhi keperluan tubuh badan anda .

Gabungan beberapa vitamin penting ini berfungsi untuk menambahkan tahap kesuburan suami isteri dan sekaligus meningkatkan tahap peratusan kehamilan dan kebolehan untuk mengandung . Vitamin-vitamin ini sangat mustahak untuk melengkapkan kekurangan zat pada tubuh dan mengoptimumkan fungsi pembiakan  dan tubuh secara keseluruhannya.






1) Vitalea (Multivitamin)
Multivitamin lengkap untuk keperluan badan.Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.Kekurangan vitamin penting boleh menjejaskan kualiti sperma lelaki dan telur wanita atau ovum.





2) Esp Soy Protein
Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan dan proses pembentukan janin. Protein yang tidak mencukupi dalam badan pula akan mengganggu kualiti sel pembiakan lelaki dan wanita. Bagi individu yang mempunya masalah sel telur ovum yang tidak matang, sedikit, kecil dan tidak sihat,  disarankan mengambil ESP sebagai sumber protein. Ramai yang tersalah sangka yang ESP ni hanya untuk isteri, tapi sebenarnya suami pun boleh ambil. Tapi dalam kes ini, biar isteri sahaja yang ambil. Suami ada vitamin khas yang lain.





3) Vita C
Membantu proses menghasilkan atau sintesis hormon seks dan kesuburan.





4) B-Complex
Memberi rasa tenang dan rilek serta menghindarkan stress. Seperti yang kita sedia maklum, tubuh dan otak stress menjadi antara  faktor penghalang untuk kehamilan terjadi. Jadi disinilah B-Compleks memainkan peranannya untuk menenangkan minda yang tertekan sekaligus meningkatkan peluang kehamilan.

*ESP, Vita-Lea, B-Comp & Vit-C adalah Vitamin Asas yang utama untuk kesihatan badan.





5) Vita E Complex dengan Selenium
Terkenal sebagai “vitamin seks”. Menggalakkan pembentukan sel-sel baru (termasuk RNA & DNA). Juga berkhasiat untuk meningkatkan kelelakian & menyuburkan organ reproduksi lelaki & wanita. Sebanyak 50% Selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel & duktus seminal. Selain itu, lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani. Maka, suplemen Selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual bagi lelaki.





6) Zinc Complex
Bagi kaum lelaki, zink merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone, mengekalkan kuantiti sperma, dan paras testosterone yang bersesuaian. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid). Secara keseluruhannya, Zink membantu mengekalkan keinginan seksual yang tinggi dan menghasilkan sperma yang sihat. Kekurangan Zink bagi suami akan mengakibatkan pelbagai masalah seksual termasuk sperma yang abnormal, low count sperm dan penyakit prostat. Zink digunakan untuk kesuburan bagi wanita kerana zink akan melindungi sperma dan melawan bakteria dalam vagina.






7) Alfalfa Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah).





8) Gla Complex
Sangat baik diamalkan oleh wanita, terutama yang menghadapi masalah haid tidak teratur atau sakit sebelum haid (PMS). GLA (Gamma Linolenic Acid) ini dapat bantu wanita menghasilkan cecair serviks yang subur & berkualiti, yang juga dikenali sebagai “Mukus serviks putih telur (egg white cervical mucus)“. Mukus ini berfungsi untuk melindungi dan memudahkan sperma berenang ke ovum dengan lancarnya. Ia juga menyediakan medium yang subur untuk beberapa jangkamasa yang agak lama iaitu 4-5 hari yang sekaligus memberi peluang untuk si isteri mengandung walaupun seks dilakukan selepas waktu subur.





Berdasarkan kepada fungsi-fungsi supplemen yang Eyda senaraikan diatas nampak tak bahawa setiap vitamin di atas memainkan peranannya yang unik untuk membantu melonjakkan tahap kesuburan kita?
Ramai yang telah menghubungi Eyda, menyatakan hasrat untuk mencuba Set Kesuburan Shaklee ini kerana bukan sahaja semata-mata  untuk kesuburan malah membantu dari punca masalah kesihatan yang membantutkan kesuburan itu sendiri.Kiranya ia membantu dari puncanya.
Lagi sekali Eyda ingin cadangkan agar kedua-kedua suami isteri perlu mengambil supplemen tambahan ini kerana lelaki juga mungkin menjadi punca utama mengapa wanita iaitu si isteri tadi sukar mengandung. Apabila kedua-dua berada ditahap yang optimum barulah lebih mudah kehamilan terjadi. Apa-apa pun tidak salah kita berikhtiar dan berusaha.
Dan bagi pasangan yang dah cuba pelbagai cara dan produk lain namun belum berhasil, Eyda sarankan agar anda mengambil Set Kesuburan Lengkap Shaklee. Lebih menyeluruh dan lengkap. Mungkin badan kita sendiri kekurangan vitamin lain yang tidak kurang pentingnya yang ada dalam multivitamin Vita-lea, dan Vita-C.
Jangan pernah putus harap dan teruskan berusaha, mana tahu dengan ikhtiar ini, doa dan izinNya anda juga akan mendapat cahaya mata comel yang diidam-idamkan. 

Jika sudah positif nanti, boleh mula ambil Set Kehamilan Shaklee untuk ibu mengandung dan Set Berpantang Shaklee selepas bersalin.Lagipula, kebanyakkan produk dalamnya pun lebih kurang sama saja jadi hanya tambah apa yang kurang.





Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Kesuburan Shaklee, bolehla hubungi Eyda seperti yang tertera di atas .In shaa Allah kita akan cadangkan dan guide yang terbaik untuk anda mengikut keperluan dan masalah anda .
Continue Reading

Tuesday, 15 April 2014

Cadangan Supplement Untuk Masalah Keguguran Kandungan (Miscarriage)

Assalamualaikum dan selamat pagi..Harini entry Eyda berkenaan dengan keguguran yang sering berlaku dikalangan wanita yang hamil peringkat awal.



Apa Itu Keguguran ?

  • Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.

Sebab-Sebab Terjadi Keguguran

1) Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.


2) Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.


3) Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.


4) Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.


Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tanda-Tanda Keguguran

  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  • Pendarahan semasa mengandung.
  • Perut mengecil secara tiba-tiba.
  • Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan

  • Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Cadangan Supplement Keguguran Shaklee.
  • Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  • Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  • Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  • Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tips

  • Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Masalah Keguguran :

  1. B-Complex (With Acid Folic)
  2. Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)
  3. Vita C Sustained Released 500mg
  4. Zinc Complex
  5. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  6. Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)
ADD ON : Gla Complex / Alfalfa Complex

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



1) B-Complex (With Acid Folic)


  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.



2) Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)

  • Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.




3) Vita C Sustained Released 500mg

  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.




4) Zinc Complex

  • Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.




5) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  • ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.



6) Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)

  • Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

========================================================================


Kesimpulannya Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.


In shaa Allah kita sebagai manusia tidak salah untuk berusaha dan berikhtiar..Selebihnya kita serahkan pada YANG MAHA ESA..In shaa Allah pasti akan ada rezeki buat ibu-ibu diluar sana..Aminn

Sebarang pertanyaan/order/info boleh hubungi Eyda di :

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Continue Reading