Sunday 29 June 2014

TIPS - Menghadapi Bulan Ramadhan / Puasa





10 Tips Menghadapi Ramadhan



Langkah 1 :

Berdoalah agar Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat walafiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. 

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, 
”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” 
(Riwayat. Ahmad dan Tabrani) 

Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, 

”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik limatuhibbuhu wa tardha.” 

Ertinya, “Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.”




Langkah 2

Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” 

Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.



Langkah 3

Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, 

“Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” 
(Riwayat Ahmad). 

Salafus-salih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.



Langkah 4

Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.



Langkah 5

Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. 

“Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” 
[Muhamad (47): 21]



Langkah 6

Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. 

“Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.



Langkah 7

Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. 

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]



Langkah 8

Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan.



Langkah 9

Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas solat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.




Langkah 10

Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.


SALAM RAMADHAN BUAT SEMUA ! :)


SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545

Continue Reading

Herb-Lax Shaklee



  • Memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit
  • Memudahkan fungsi usus
  • Menghilangkan jeragat
  • Mengurangkan bau badan


Sumber-sumber herba semulajadi yang terdapat Herb-Lax Shaklee:

  • Buckhorn bark – melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
  • Licorice root – membantu proses detoksifikasi
  • Fennel seeds – mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus
  • Anise seeds – merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
  • Blue malva flower – membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
  • Culver’s root – membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
  • Alfalfa leaf - membersihkan usus, darah dan hati.
  • Senna leaf - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses
  • detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.


Manfaat Utama Herb-Lax Shaklee :

  • Pembersihan najis yang tersekat.
  • Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau
  • tersimpan lama dalam tubuh kita.
  • Membantu masalah sembelit.
  • Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus
  • (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
  • Mengempiskan perut.
  • Memejalkan perut.

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Continue Reading

Monday 23 June 2014

[ Tips ] Ikhtiar untuk banyakkan susu badan (milk booster) dengan Alfafa Complex & ESP

Assalamualaikum semua...
Mesti ramai dikalangan para ibu kadangkala mengeluh tentang susu mereka yang 'cukup-cukup' makan atau kadang-kadang tak cukup bukan?

Tak kurang juga yang mengadu stok EBM mereka umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
Macam mana caranya untuk menambahkan susu badan? Betul ke ada supplement yang boleh menjadi milk booster?



Benar setiap anak ada rezekinya, namun jika cara biasa tidak membuahkan hasil, selaku ibu, kita harus mencuba untuk memberikan yang terbaik.



Dan tidak salah mencuba supplement untuk membantu menambah tenaga,mengurangkan tekanan seterusnya membantu menambahkan pengeluaran susu badan.


Terdapat dua supplement asas didalam Set Penyusuan Shaklee yang boleh dicuba jika anda kekurangan budget.Supplement tersebut adalah Alfalfa Complex dan ESP(Soy Protein Isolate Powder).



Mungkin ramai yang tidak mengenali Alfalfa. Kalau sebut Tongkat Ali dan Kacip Fatimah,mungkin ramai yang tahu. Alfalfa ni sebenarnya juga digelar Raja Segala Tumbuhan. Alfalfa sangat glamour dikalangan pengguna vitamin Shaklee.

Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan ingin menambahkan susu badan, AlfaLfa adalah salah satu supplement terbaik yang selalu saya sarankan.

In syaa Allah berkesan untuk boost pengeluaran susu badan anda! Eyda sendiri hingga sekarang mengamalkan pengambilan Alfafa..Alhamdulillah murah rezeki Baby Muhammad :)




KHASIAT ALFALFA COMPLEX

Selain tu, Alfalfa juga membantu mereka yang mengalami bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia,sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan,hayfever, gout, bau badan, kaki busuk dan nafas berbau.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa :

1) Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan,terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel,menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

2) Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

3) Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

4) Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

5) Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

6) Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa :

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit;
ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa :

  • Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu.
  • Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain. 
  • Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.
*Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.


Partner kepada Alfalfa dalam menambahkan tenaga dan membantu menambahkan pengeluaran susu badan tak lain tak bukan adalah Energizing Soy Protein (ESP) drink! ESP juga amat popular dikalangan pengguna vitamin Shaklee malahan ada dikalangan para suami yang mencuba ESP.



KHASIAT ESP (SOY PROTEIN ISOLATE POWDER)

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Kelebihan ESP Shaklee :

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Bagaimana ingin memiliki Cadangan Set Penyusuan Asas ini ?

Hubungi Eyda di 01112909545(sms/call/whatsapp/telegram) atau emailkan sebarang pertanyaan ke eydashub@gmail.com

Cadangan Set Penyusuan Bajet ini hanyalah berharga RM203.75 sahaja! Kos pos laju ke
Semenanjung Malaysia adalah RM10 dan Sabah/Sarawak/WP Labuan adalah RM15. 

Setiap pembelian Set Budget BF ini anda akan layak menerima: 

1. Jadual pengambilan
2. Cara pengambilan terbaik
3. Tips utk menambahkan susu ibu
4. Variasi resepi ESP

Semua diatas adalah esklusif untuk pelanggan mummyhealthyvitastore.blogspot sahaja!
Hubungi kami segera!


SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Continue Reading

Thursday 19 June 2014

Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan Dengan SET MIGHTY 3 GEMS

Assalamualaikum :) 
Alhamdulillah... kini kita sudah pun menghampiri penghujung bulan Syaaban. Lebih kurang satu minggu lagi seluruh umat Islam akan menyambut bulan Ramadhan. MasyaAllah rindunya nak sambut Ramadhan. Rindunya nak bertarawih.. Semoga kita diberikan kesihatan yang baik, panjang umur untuk membuat amal ibadat pada bulan Ramadhan nanti.

Bagaimana dengan persiapan untuk berpuasa anda ? Adakah anda mengalami situasi ini ?

• ada gastrik ?
• bimbang anak baru mula berpuasa tahun ni ?
• cepat rasa lapar dan tidak bertenaga ?
• cepat letih sewaktu bekerja ?
• risau susu merudum ?
• risau kesihatan mak ayah yang mengadu cepat letih dan lapar ?
• anda hamil dan risau tak mampu berpuasa sebab mudah rasa lapar ?


Raikan ramadhan yang bakal tiba ini dengan persediaan yang secukupnya. Anda perlu ambil tahu tentang Mighty 3 Gems. Sebenarnya Mighty 3 Gems ini adalah satu set kesihatan yang disarankan kepada golongan-golongan tertentu untuk mengambilnya ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Antaranya ialah ibu yang menyusu anak, ibu yang mengandung, individu yang bekerja berat, individu yang mudah letih berpuasa dan sebagainya. Walaupun ada kelonggaran untuk para ibu yang menyusu dan hamil namun alangkah indahnya jika kita dapat meraikan ramadhan dengan berpuasa penuh. Ketahui pakej istimewa Mighty 3 Gems sempena ramadhan yang bakal menjelang.


Set Mighty 3 gems 



Umumnya, produk ini terbahagi kepada 3 asas utama iaitu untuk membekalkan vitamin, tenaga, zat galian, dan mengekalkan bendalir badan. Tiga produk asas tersebut adalah :
 
  • Mealshake (perasa French Vanilla), 
  • Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan 
  • Performance Drink atau PD (perasa oren). 

Kesemuanya ini berfungsi untuk membekalkan nutrien dan keperluan seharian tubuh agar terus kekal bertenaga sepanjang hari.

Jika anda biasa mengalami situasi seperti tidak sempat bersarapan, tidak sempat bersahur atau waktu sahur tinggal 5 minit sahaja! Maka anda disarankan mengambil Mighty 3 Gems sebagai ‘back-up’ anda dalam keadaan terdesak kerana ianya mampu membekalkan tenaga dan keperluan nutrien tubuh sepanjang hari di bulan Ramadhan.



Jika anda berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems, satu kelebihan untuk anda kerana ianya memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah Maghrib, Isyak serta bertarawih dan bertadarrus. Akhir sekali, bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak. Begitu juga untuk ibu yang sedang mengandung.
Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumat dan konsultasi secara percuma sekarang!

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Continue Reading

Tuesday 10 June 2014

Kelebihan dan Kebaikan Vita-E Complex Shaklee / Vitamin E Shaklee

Assalamualaikum dan apa khabar semua?Diharap sihat semuanya :) Harini entry Eyda mengenai promo item bulan ni..Vita-E Complex.


Tidak dinafikan pelbagai jenis vitamin E yang kita dapat lihat ada dijual di pasaran sekarang bukan? Namun adakah ianya memenuhi keperluan tubuh badan anda?Lain produk/jenama lain kandungannya bukan? Tidak tahu yang mana menjadi pilihan anda?Jom pilih Vita-E Complex Shaklee.Ketahuilah.. Vitamin E Shaklee adalah yang terbaik. 

Kenapa Vitamin E Shaklee? Jom baca :)





Ini kerana Vitamin E Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah Vitamin E Shaklee yang paling lengkap dipasaran.


Vitamin E Shaklee
  • Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
  • Mengurangkan risiko sakit jantung
  • Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan
  • Anti-oksidan – menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
Perbezaan Shaklee:

  • Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha,tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E Shaklee yang paling lengkap dipasaran.
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
  • Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.



Manfaat Utama Vita-E Shaklee/ Vitamin E Shaklee

1) Melindungi jantung

  • Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan perngasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.

2) Mempertingkatkan Kemampuan Reproduktif
  • Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.

3) Anti-Penuaan
  • 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis haluls, parut, acne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihakan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.

4) Anti-Oksidan yang Kuat
  • Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan utnuk melawan kanser,mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.

5) Kelestarian Tenaga

  • Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Lelaki perlu mengambil produk ini kerana :
1) Menghasilkan sperma yang lebih banyak
2) Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
3) Memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
4) Mengelakkan cepat letih dan lesu
5) Meningkatkan daya tumpuan
6) Mengelakkan mati pucuk


6) Memperbaiki Arthritis
  • Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.

7) Menghalang Keguguran

  • Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush.Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.


8) Memperbaiki Parut

  • Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada kulit untuk mengurangkan kesan parut.




Adakah Anda Mengambil Vitamin E dengan cukup?

Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas: 

  • 1kg biji gandum, 
  • 500ml minyak safflower, 
  • 8kg bayam, 
  • 500g badam.

Apakah Vitamin E Shaklee Selamat?

Kelebihan dan Kebaikan Vita-E Complex Shaklee / Vitamin E :

  • Di Dalam buku “Prescription For Longevity” yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% and strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU.

Cadangan:

  • Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 kapsul sehari (selepas makan berat/sebelum tidur)
  • Untuk anti-penuaan dan system reproduktif: 1 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
  • Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali


Vitamin E Shaklee (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah vitamin E Shaklee terlengkap di pasaran


Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan vitamin E) bersama-sama
untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.


SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545


Continue Reading

Friday 2 May 2014

Mealshakes - Multivitamin Hebat Untuk Semua Individu

Assalamualaikum :)
Harini nak bercerita mengenai Promo Item Bulan Mei ini - MealShakes (Multivitamin hebat untuk semua orang)






Sebenarnya Mealshakes ni sangat la bagus dan praktikal untuk semua orang kerana merupakan supplement multivitamin terbaik yang bukan tablet. Jadi sangat sesuai untuk orang yang sukar telan tablet. Mealshakes shaklee bukan sahaja sesuai sebagai multivitamin untuk wanita dan multivitamin untuk kanak-kanak yang kurang berselera makan. Malah semua orang boleh mengambil mealshakes shaklee sebagai pelengkap multivitamin harian.




MealShakes merupakan hidangan yang lazat, berkhasiat serta mudah disediakan yang pasti digemari oleh seisi keluarga:

• Sarapan segera yang berkhasiat
• Lazat, sarapan segera yang mampu dibeli
• Hidangan segera untuk para atlet
• Kudapan menarik pada bila-bila masa
• Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan vitamin dan mineral tambahan. Ia menyediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.




Fakta tentang MealShakes Shaklee:

• Membekalkan sekurang-kurangnya 35% (atau lebih) Nilai Harian (Daily Value) bagi 19 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh tubuh.
• Sumber yang kaya dengan kalsium, fibre dan protein.
• Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik.
• Rasa French Vanilla yang enak (seperti aiskrim vanila), boleh diminum begitu sahaja atau dicampur dengan susu, atau minuman kegemaran.


Siapa yang sesuai mengambil MealShakes Shaklee?

• Bayi bermula 1 tahun ke atas
• Kanak-kanak
• Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan
• Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang
• Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil
• Warga tua
Kelebihan Meal Shakes Shaklee
• membantu perkembangan minda dan IQ anak
• menambah selera makan anak-anak
• membantu masalah sembelit
• mengatasi masalah selalu selsema dan asma
• menguruskan badan



Kebaikan Multivitamin - Mealshake Shaklee

  • Melengkapkan 35% keperluan harian vitamin dan mineral yang diperlukan
  • Lengkap 24 jenis vitamin dan mineral penting
  • Mengandungi serat makanan dan protein - mudah lawas
  • Tinggi kalsium - 60% kalsium (dibancuh dengan whole milk). 
  • Dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang berkesan
  • Kolina pada lecithin soya yang terkandung dalam mealshake penting untuk perkembangan minda
  • Tidak mengandungi laktosa (sesuai untuk orang yang alah laktosa)
  • Penting untuk tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin dengan kalsium, magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
  • Kaya dengan antioksida - yang bertindak melawan jangkitan, meningkatkan sistem imun. Seperti vitamin A, C, E, Zink dan selenium.
  • Mencantikkan kulit - Mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat dan mencantikkan kulit
  • Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium 
  • Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu. 
  • Sediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik. 



Bulan ni Promo Mealshakes ya..Beli 6 Percuma 1..
Anggap lah ini sebagai pelaburan awal anda untuk membantu anak-anak membina kehidupan mereka. Tidakkah anda bangga anak anda skor dalam peperiksaan dan juga kegiatan sukan di sekolah? Jadi rebut lah peluang bulan ini dengan membeli 6 canister mealshake percuma 1 :) Jimat BERGANDA-GANDA !

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545

Continue Reading

Tuesday 15 April 2014

Cadangan Supplement Untuk Masalah Keguguran Kandungan (Miscarriage)

Assalamualaikum dan selamat pagi..Harini entry Eyda berkenaan dengan keguguran yang sering berlaku dikalangan wanita yang hamil peringkat awal.



Apa Itu Keguguran ?

  • Keguguran membawa maksud kehilangan atau kematian janin sebelum usianya genap 28 minggu di dalam rahim ibu. Tempoh 28 minggu dinilai kerana selepas tempoh itu, perkembangan janin begitu pesat dan kebarangkalian untuk hidup adalah tinggi. Sebelum usia mencecah 28 minggu, janin lemah dan tidak mampu hidup di luar rahim ibunya.

Sebab-Sebab Terjadi Keguguran

1) Natural Selection - Teori ini sangat terkenal kerana ia mudah untuk difahami. Secara tabii atau semulajadinya, tubuh manusia akan menolak (reject) benda asing yang rosak. Contohnya, jika makan makanan yang sudah basi, tubuh akan menyingkirkannya. Maka terjadilah proses pembuangan makanan itu melalui muntah atau cirit-birit. Biarpun begitu, tubuh kita tidak terlepas daripada menerima kesannya. Sama seperti apabila kandungan telah mati dan rahim cuba mengeluarkannya. Kontraksi rahim dan pendarahan akan berlaku, sekaligus ibu akan merasai kesakitannya.


2) Ovum dan sprema yang mati sebelum membentuk janin. Kematian terjadi akibat kecacatan pada strukturnya. Virus seperti TORCH atau Cytomegalo yang menyerang ibu boleh merosak dan mencacatkan struktur ovum dan sperma.


3) Kecacatan struktur turut berlaku sekiranya ibu mengalami kekurangan zat makanan atau kencing manis yang teruk. Pengambilan minuman beralkohol, dadah dan rokok juga boleh menyebabkan keguguran.


4) Penyakit keputihan yang serius boleh menjadi punca keguguran. Keputihan biasanya disebabkan oleh kuman (sama ada Monilia / Virus / Bakteria) yang menular dan menjangkiti rahim. Jadi, segeralah dapatkan rawatan sewajarnya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sebab-sebab yang dinyatakan di atas biasanya menyerang ketika janin berusia kurang 12 minggu (trimester pertama). Bagi janin yang berumur 12 minggu hingga 28 minggu, masalah keguguran dipengaruhi oleh faktor-faktor lain. Ini termasuklah masalah uri dan pembentukan jantung yang tidak normal yang menyebabkan janin tidak berupaya menahan tekanan.


Faktor rahim ibu tidak cukup hormon. Dalam kes ini, kandungan berada dalam keadaan normal. Tetapi, servik (pangkal rahim) ibu tidak kuat dan mudah terbuka yang menyebabkan kandungan tidak dapat bertahan di dalamnya.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



Tanda-Tanda Keguguran

  • Rasa loya dan muntah (morning sickness) hilang serta-merta sebelum tempoh mengandung mencecah 12 minggu.
  • Ari-ari terasa sakit dan mengalami keputihan yang serius.
  • Pendarahan semasa mengandung.
  • Perut mengecil secara tiba-tiba.
  • Ibu demam, tidak sihat atau pengsan.

Rawatan

  • Rawatan diberikan setelah mengenal pasti punca keguguran.
  • Imunisasi dan pembentukan antibodi terhadap virus adalah penting sebelum seseorang ibu mengandung lagi.
  • Zat makanan yang sesuai diberi dalam bentuk suplemen, contohnya seperti asid folik. Ini juga boleh didapati dalam Cadangan Supplement Keguguran Shaklee.
  • Sekiranya ujian imbasan ultrabunyi menunjukkan rahim bersih, maka D&C tidak perlu dilakukan bagi membuang sisa kandungan.
  • Tetapi jika sisa tidak keluar sepenuhnya, D&C terpaksa dibuat bagi membersihkannya. Dikhuatiri pendarahan yang banyak dan serangan kuman boleh terjadi sekiranya dibiarkan.
  • Sekiranya masalah servik lemah dikenal pasti, maka ibu terpaksa dirawat dan Cervical Encirclage dibuat di mana servik diikat dengan tali tangsi yang kuat dan hanya dibuka selepas cukup bulan.
  • Selain itu, rawatan susulan termasuk ultrabunyi bagi memastikan kesihatan anak. Kaedah ini popular kerana keberkesanannya adalah tinggi.
  • Ubat hormon untuk menstabilkan kandungan akan diberikan sekiranya didapati kurang hormon.

Tips

  • Ibu yang mengandung tidak harus bimbang jika kehamilannya berakhir dengan keguguran. Ini kerana besar kemungkinan kehamilan seterusnya akan menjadi normal. Apa yang lebih penting, kesihatan ibu perlu dipulihkan dan diberi rawatan yang betul bagi membolehkan si ibu untuk mengandung lagi sekiranya tidak berlaku sebarang komplikasi.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Masalah Keguguran :

  1. B-Complex (With Acid Folic)
  2. Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)
  3. Vita C Sustained Released 500mg
  4. Zinc Complex
  5. ESP (Soy Protein Isolate Powder)
  6. Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)
ADD ON : Gla Complex / Alfalfa Complex

---------------------------------------------------------------------------------------------------------



1) B-Complex (With Acid Folic)


  • Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.



2) Vita-Lea (Multivitamin with Iron Formula)

  • Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.




3) Vita C Sustained Released 500mg

  • Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.




4) Zinc Complex

  • Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.




5) ESP (Soy Protein Isolate Powder)

  • ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.



6) Ostematrix (Calcium with Vitamin D & Magnesium)

  • Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.

========================================================================


Kesimpulannya Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan. Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Cadangan Supplement Shaklee Untuk Keguguran ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya.


In shaa Allah kita sebagai manusia tidak salah untuk berusaha dan berikhtiar..Selebihnya kita serahkan pada YANG MAHA ESA..In shaa Allah pasti akan ada rezeki buat ibu-ibu diluar sana..Aminn

Sebarang pertanyaan/order/info boleh hubungi Eyda di :

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Continue Reading