Showing posts with label Esp Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Esp Shaklee. Show all posts

Thursday, 17 September 2015

Pentingnya Protein Untuk Tubuh Badan


Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?




SUMBER PROTEIN DARIPADA MAKANAN



KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN



Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.


Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati.



PENTINGKAH PROTEIN?


Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.


25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.


Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-


1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%






RISIKO KEKURANGAN PROTEIN



1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)




TAHUKAH ANDA ?



Dr Forest C.Shaklee


Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan tubuh badan untuk jangka panjang.



SHAKLEE SOY PROTEIN ISOLATE POWDER (ESP)







Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.


Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.


Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.



PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY !



Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.


Kelebihan ESP Soy Protein ini ialah:


  • ESP diiktiraf diseluruh dunia sebab ia mempunyai kajian klinikal yg sangat ekstensif dan komprehensif,kualiti sangat tinggi.
  • ESP guna 'non-GMO' soya iaitu bukan soya yang telah diubahsuai secara genetik. Mutu soya di kawal ketat tanpa menggunakan sebarang kimia.
  • Ia di proses pada suhu rendah (kerana soya yg diproses pd suhu tinggi akan memusnahkan kandungan proteinnya) jadi apa guna minum soya jika tiada khasiat?
  • Satu-satunya produk yang datang dengan 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh tetapi tubuh manusia tidak dapat menghasilkannya.
  • Indeks glisemik rendah (mengekalkan kandungan gula dalam darah) - juga membuatkannya sesuai untuk pesakit kencing manis, orang yang ingin kurus, dan menjaga kesihatan dalam jangka panjang.
  • 1 hidangan = 2 kali daging, 4 kali telur, 12 kali susu.
  • Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik, sangat mudah diserap oleh badan.
  • ESP dibasuh dengan air (bukan alkohol seperti soya lain) untuk mengekalkan isoflavon yang kritikal.
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung.
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat.
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous.
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah.





Bulan ini (September 2015) ada PROMOSI ESP tau.Sekiranya anda berminat untuk mencuba ESP SHAKLEE boleh hubungi Eyda okey ! Promosi BELI 6 PERCUMA 1 SAH SEHINGGA 31 OCT 2015.

Nak cuba satu tong pun boleh :) Anda jimat SEHINGGA RM39 !





Continue Reading

Monday, 14 September 2015

Cara Untuk Dapat Intact Perineum - Bersalin Tanpa Koyakan !




Koyakan Semasa Bersalin?

Dengar pun dah NGERI kan? Antara perkara yang paling membimbangkan untuk ibu yang bakal bersalin. Terutamanya untuk ibu yang nak melahirkan anak yang pertama.

Mesti akan terlintas di fikiran tak kisahlah kelahiran keberapa pun anda  :

i. Macam mana cara meneran yang betul

ii. Berapa lama nak kena menahan "contraction" (Bukaan jalan)

iii. Risau takut koyakan BESAR 

Macam-macam fikir kan.


Tetapi yang paling menghantui adalah koyakan semasa meneran samada kecil ataupun besar. Ini dipanggil koyakan perineum.


Koyakan perineum berlaku di antara faraj dan dubur. Dimana doktor terpaksa potong atau gunting sedikit apabila kepala bayi sedang keluar. Ia bertujuan untuk mengelakkan kulit di sekitar faraj dan dubur terkoyak sendiri dengan teruk. Umpamanya kulit akan merekah terbuka saat kepala bayi keluar.

Kawasan Perineum (Yang bertanda merah)



Koyakan perineum boleh jadi lebih teruk kerana ia bukan sahaja setakat jahitan di bahagian kulit luar tetapi jahitan di bahagian dalaman ‘isi’ .



Mengapa Perlunya Elakkan Koyakan Semasa Bersalin ?

1) Mesti kita hendak kulit yang cantik tanpa bekas jahitan kan. Walaupun di tempat tertutup. Hehehe.

2) Nak elak jahitan dan kemungkinan terbuka semasa dalam pantang. Kemudian terpaksa jahit semula. Ohhh No !

3) Sakit dan ngilu bekas jahitan ketika membuang najis. Bayangkan la kalau kena sembelit pula. Sakitnya memang tak tertanggung. Menangis air mata darahlah jawabnya !


Bagi yang alami koyakan yang teruk hingga ke dubur, ia akan boleh bagi kesan jangka panjang untuk sukar membuang najis.

Koyakan yang sangat teruk juga bagi kesan pada keintiman suami isteri (tiada deria rasa !). Uu minta dijauhkanlah ya !

Takut rasa kan.

Actually, koyakan perineum ini boleh dielakkan kalau tahu cara dan teknik yang betul walaupun baru pertama kali bersalin.



Tips Elakkan Koyakan Semasa Bersalin :




1. Meneran dengan cara betul

Meneran dengan cara betul adalah meneran ke arah graviti. Graviti ke arah bawah dan dengan posisi atas katil, kita meneran dengan menekan punggung ke tilam kan.

Ibu yang terlalu sakit untuk meneran hinggakan terlupa dan terangkat punggung. Bila angkat punggung menyebabkan koyakan perineum lebih banyak hinggga sampai ke dubur.

Alahai memang panjang jahitan jadinya kan. Teknik meneran yang betul akan berkait dengan cara penafasan yang betul.

Anda boleh lihat video cara meneran dan bernafas dengan betul ketika di dalam labour room.




Eyda mengamalkan Minyak Kelapa Dara Halagel



2. Mengamalkan minyak kelapa dara untuk melembutkan kawasan Perineum

Ini memang petua orang-orang lama. Minyak kelapa diminum/makan dan disapu di kawasan perineum bila sudah masuk trimester ke 3.

Minyak kelapa dijadikan selusuh untuk mudahkan proses bayi keluar. Suami boleh tolong sapu dan urutkan di sekitar perineum dengan menggunakan minyak kelapa.

Kalau isteri memang tak mampu buat sendiri kan. Dah tak nampak dah. Hehehe.

Tetapi kena rajin dan kerap buat.

Biasanya minyak kelapa yang digunakan adalah VCO (virgin coconut oil).Eyda sendiri pun memang amalkan VCO ni since anak ke3.Alhamdulillah memang bersalin Muhammad Mikail (3.53kg) tak ada koyakan .Dan pregnancy kali ni pun Eyda amalkan VCO juga.In shaa Allah dengan harapan tiada koyakan bila bersalin bulan Oktober nanti .


3. Pengambilan suplemen tambahan untuk mengelakkan koyakan Perineum

Bukaan faraj akan menjadi 8cm hingga ke 10cm apabila bayi betul-betul bersedia untuk diteran keluar.

Untuk ibu yang akan bersalin normal, bukaan memang menjadi hingga ke 10cm tetapi bergantung cepat atau lambat sahaja bukaan tersebut.

Sekiranya bukaan faraj (contraction) lambat maka akan menyebabkan proses bersalin yang lama. Hingga ada sampai 2 hari sakit tetapi belum bersedia untuk bersalin.

Bayangkan duk menahan kesakitan. Kan.

Salah satu caranya adalah dengan elastikkan perineum. Bagaimana untuk elastikkan perineum?

Elastikkan perineum dengan mengambil suplemen semasa di awal kehamilan iaitu :



1) Minyak ikan (Omega Guard)

2) Vitamin C

3) Protein (Energy Soy Protein, ESP)



Minyak ikan (Omega Guard)

Kandungan utama adalah Omega 3 bukan sahaja bagus untuk perkembangan otak bayi tetapi membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mudah mengembang untuk bukaan hingga 10cm.

Secara tidak langsung boleh elak koyakan perineum.




Vitamin C

Mengandungi kolagen yang bertindak untuk menyokong sel-sel dengan kuat. Ia menguatkan regangan (tensile strength) apabila tiba masa untuk meneran bayi keluar.



Protein (ESP)

Salah satu asid amino yang penting dalam ESP adalah Cysteine iaitu untuk anjalkan kulit dan penting untuk membaiki kulit yang rosak.



Testimoni ibu-ibu yang berjaya bersalin tanpa koyakan dan jahitan perineum.

Saya pasti ia bukan kebetulan. Saya konsisten mengamalkan ESP sepanjang kehamilan.

Sebulan 2 canister jadi 9bulan 18 canister.

Apa kebaikan yang saya dapat?

Mampu melahirkan secara normalTANPA EPISOTOMY. Bukan satu tapi 3 orang anak

iaitu pada 2011, 2013 dan Julai 2015. Saya melalui tempoh berpantang dengan yakin

dan tak risau nak jaga luka ‘di bawah’.”

Puan Fauziah Chilun





Testimoni

Bagi ibu-ibu yang pernah melalui saat getir di dalam labour room ataupun suami yang menemani isteri, akan tahu betapa sakitnya menahan hinggakan ada sampai ke 2 hari. Tetapi masih belum bersalin.

Rasa tak tertanggung kan.

Masa tue, kalau boleh hendak suruh doktor buat pembedahan terus untuk hilangkan sakit untuk bersalin. Betul tak?

Apa-apa pun kalau boleh kita hendak bersalin normal kan. Untuk bakal ibu ataupun suami, boleh belikan suplemen ini untuk membantu elak koyakan semasa bersalin.

Jangan sampai trauma ataupun fobia untuk mengandung dan bersalin lagi hanya disebabkan oleh jahitan koyakan perineum yang banyak.

Sekiranya anda berminat nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee atau Set Berpantang/Bersalin Shaklee boleh hubungi Eyda okay !




Continue Reading

Friday, 11 September 2015

Set Menyusu Shaklee Yang Mana Sesuai Dengan Anda

Antara Testimoni Pengguna Set Menyusu Shaklee

Alhamdulillah, Set Menyusu Shaklee semakin mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini.

Terdapat 4 jenis cadangan set menyusu yang boleh disesuaikan mengikut pilihan dan bajet anda, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, Eyda akan cuba perincikan untuk anda ya :)


1) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 1)





VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea) dan Alfalfa Complex

 >> Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan

>> Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu

>> Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu

>> Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan Alfalfa.Kesan yang dialami berbeza mengikut sistem badan masing-masing.




2) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 2)




B-COMPLEX
VITA C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium.

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS) .

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.




3) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 3)





VITA-C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


>> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea), kalsium (Ostematrix) dan Alfalfa Complex

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium Shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walaupun kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta membantu pembentukan gigi si kecil.

>> Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan .

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu .

>> Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana Alfalfa Complex dan Kalsium(Ostematrix) bertindak sebagai milkbooster.


4) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 4)





ESP (Energizing Soy Protein)
ALFALFA COMPLEX
B-COMPLEX
VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
OSTEMATRIX



>> Mengandungi SET 2, kalsium (Ostematrix) dan ESP.

>> Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan .

>> Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit,atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak .

>> Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat .

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang Eyda bagi, insyaAllah boleh :) .




Penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu haruslah kuat berusaha dan ada keinginan untuk menyusukan bayi anda .


Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.


Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat?


Keperluan Nutrisi Ibu Hamil,Menyusu


Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada pandangan Eyda supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.


Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?


Disini Eyda sertakan ayat yang dipetik dalam sebuah hadis, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..



 Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya.




MasyaAllah..bertuah kita orang perempuan ni kan?Allahuakbar..Maka tiada alasan lagi kalau ada ibu-ibu diluar sana yang memang sengaja taknak menyusu badan baby anda.Sesungguhnya anda adalah golongan yang rugi ! Ayuh kita hidupkan misi menyusu baby secara eksklusif !


Sekiranya anda berminat nak dapatkan mana-mana Set Menyusu Shaklee mengikut bajet dan keperluan anda boleh hubungi Eyda okey !


Continue Reading

Thursday, 3 September 2015

Testimoni Berjaya Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee

Assalamualaikum..Alhamdulillah baru berkesempatan bersiaran setelah seharian kesana kemari.Macam biasa Eyda memang agak busy di siang hari.Malam baru free sikit.hehe

Harini Eyda nak share testimoni customer Eyda yang berjaya hamil setelah berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee/Set Ikhtiar Hamil Shaklee. (Dengan izin Allah jua,Shaklee hanyalah ASBAB)

Syukur..syukur..Tiada apa yang dapat diucapkan melainkan rasa syukur yang teramat sangat !




Seorang customer Eyda ni,dia telah lama berkahwin,namun masih belum dikurniakan cahaya mata.Ditambah pula beliau mempunyai masalah RETROVERTED UTERUS ataupun lebih dikenali sebagai RAHIM TERBALIK.

Terkejut juga Eyda dengar.Peluang untuk beliau hamil sangat TIPIS kata doktor yang memeriksa masalah beliau ini.

Namun kuasa Allah tiada tandingan,beliau tetap berusaha dengan mencuba Set Kesuburan Shaklee iaitu ESP,GLA COMPLEX & ALFALFA COMPLEX.










Alhamdulillah setelah konsisten selama beberapa bulan,beliau telah disahkan hamil !


Alhamdulillah syukur atas kurniaan ini.Akhirnya berjaya hamil juga.Dan sekarang beliau mula consume Set Hamil Shaklee pula.

Doakan semoga beliau sihat & kandungannya juga membesar dengan baik ya ! :):) Ameen.




 

Dan ini pula,testimoni senior Eyda.Beliau telah lama berkahwin namun belum juga dikurniakan rezeki.

Masalahnya beliau mempunyai aturan period yg tidak stabil,maka Eyda cadangkan beliau untuk mengambil GLA COMPLEX untuk menstabilkan periodnya dan ZINC COMPLEX untuk meningkatkan kualiti sperma suaminya .

Dan Alhamdulillah after 2bulan mencuba GLA COMPLEX & ZINC COMPLEX ini,beliau telah hamil !

Maha Besar kuasa Allah,tiada apa yang dapat menghalang kuasaNya :)

Alhamdulillah syukur,Eyda memang happy sangat sebaik mendengar berita darinya.Mana tidaknya,dapat membantu orang yang betul-betul yang menginginkan zuriat.Allahuakbar..


Bagi anda yang mempunyai masalah ketidaksuburan,masalah period tidak normal,hormon yang tidak stabil dan belum mempunyai rezeki untuk menimang cahaya mata,apakata anda BERIKHTIAR dengan mencuba Set Ikhtiar Hamil ini.


In shaa Allah,mana tahu ada rezeki buat anda,kan?Eyda sedia membantu anda dan Eyda memang suka membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Segala tips akan kita beri mengikut masalah anda . Apa yang penting kepuasan dan kegembiraan anda 

Andaikata ada yang nak mencuba,boleh hubungi Eyda untuk info lebih lanjut .

Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com


Continue Reading

Tuesday, 1 September 2015

Koleksi Testimoni Esp Shaklee



Assalamualaikum semua.Sempena promosi Esp Shaklee bulan ini, Eyda nak kongsikan dengan anda semua testimoni-testimoni pengguna yang pernah consume Esp Shaklee .

Kalau nak ikutkan memang berpuluh ribu testimoni Esp Shaklee ni, tapi Eyda masukkan beberapa sahaja untuk tatapan anda . Hot item memang tak payah banyak cakap, anda lihatlah sendiri .






























Puan Wan Shazlin

" Malu sebenarnya nak tunjuk gambar dulu2. Mmg x de pun gambar dulu2 kt hp ni. Semua kt kg. Hehehe... Nak amik gambar pun malu. Bila letak tangan kt muka, tangan lagi cerah dr muka. Punyala teruk dulu2.

Masalah kulit berjerawat since teenager lagi. Parut jerawat mmg tebal. Kena pakai concealer la foundation la. Nak cover. Mcm2 cara try. Termasukla jumpa pakar kulit. Telan antibiotik. Buat treatment tu treatment ni. Keje pun biasa2 je. Hbis duit kat muka je.

Lps try product Shaklee ni baru la nampak effect. Tu pun malas lagi nak bancuh ESP. Amik time promo je 1 tong. Yg lain jual. Hehehe... Punya la malas nak bancuh. Sanggup jual. Hehehe...
Lps tgk ramai org makin cantik dgn ESP ni, dah jadi rajin dah bancuh ESP ni. Hehehe... Semangat berkobar2. Nak cantik punya pasal. Nak jualkan mestila cantik. Baru la senang nak attract customer.

Breakfast je mesti amik ESP. Dah jimat dah duit sarapan. Nampak ketara perubahan. Kulit makin cerah. This time mmg takkan miss dah ESP ni. Kalau boleh setiap masa nak minum.

Dulu malas skrg dah rajin bancuh ESP. Hehehe... "




Puan Mariani Md Isa

" Assalammualaikum  wbt

Mungkin pada korang gambar ni tak banyak beza..ini adalah gambar original tak guna camera 360 / beauty camera..

Saya stat makan Esp since 2013 lagi..masa tu saya ada masalah kulit kusam dan ada timbul  biji putih kat tepi mata serta pori2  besar...dulu cakap jela  produk  ape semua saya akan cuba..

Lepas saya kenal dengan Esp ni memang  terus jatuh  cinta  sebab apa..suami orang pertama tegur  muka umi nampak cerah..ade ape2 ke katanya...ingat lagi masa tu...bila saya bagi tahu minum esp dia pun memang nak sangat untuk tambah berat badan dan nak kan tenaga berpanjangan

Lepas suami puji tu saya memang konsisten  sampai sekarang tahun ke tiga minum esp..Protein sangat penting dalam kehidupan  seharian kita tau..nak makan ikan hari2 memang  kadang tak sempat...jadi saya teruskan minum esp...perasan bintik-bintik hitam kat hidung semakin berkurangan

Terima Kasih Shaklee
I Love  Esp "




Puan Azu Naurah

" KESAN SOYA GMO dan Non-GMO

Dulu semasa mengandungkan zulfa, saya minum soya setiap hari.

Disebabkan tidak tahu kesan akibat pengambilan soya GMO yang terlalu banyak, maka anak saya yang pertama mendapat alergi pada kulitnya.

Bila kena gigit nyamuk atau luka2 kecil, lambat sangat nak baik. Terlalu banyak parut pada tangan dan kakinya.

Untuk pulihkan lukanya, saya mandikan dia dengan beberapa titik basic H dan sapu Herbal Blend selepas mandi.

Semasa mengandungkan anak yang kedua dan ketiga, saya tidak lagi minum soya setiap hari walaupun pada masa itu saya tidak tahu tentang kesan pengambilan soya GMO.

Kini, anak yang ketiga masih menyusu badan dan saya peminum tegar soya non-GMO iaitu ESP.

Alhamdulillah kulitnya tidak bermasalah malah lebih cerah dan gebu.
Terima kasih kepada Shaklee kerana menyediakan produk terbaik yang diterima ramai. "




Norliana Mohd Halil

" Assalammualikum 
Ini kisah saya mula2 jatuh cinta dengan ESP.
Memula saya cuba set family wellness  tanpa ESP.. saya start ambik ESP march 2014. Saya ambik sebab nk tambah tenaga je sbb selalu lesu n ngantuk2 kat office.. saya ambik waktu pagi seblm pergi keja.. tak pikir pun pasal  kulit masa tu.. pastu saya ada la add on herb-lax, alfalfa utk lawas.. tapi ESP mmng tak penah skip.. baru perasan mmng tak penah skip langsung.. mula la kwn2 office pun tegur.. kulit saya makin glowing.. hihi parut jerawat pun makin pudar.. yang penting pori2 makin mengecil dn skrg dh tutup hbs dah.. tona sekata.. makin anjal, gebu dan mulus.. baru2 ni en.somi tegur.. eh kulit awak makin putih dan licin.. jerawat pun hilang dah.. fuh.. rasa terawang2 bila en.somi puji.. hihi.. TU LA SEBB NYA SAYA CINTA SANGAT ESP SHAKLEE ni..."




Suri Suhaili MY

" Masa kecil dulu saya pernah demam dan minum soya.Kebetulannya lepas minum soya tu terus muntahkan segala isi perut. Sejak haritu memang tak sentuh air soya ni. Tengok orang lain minum sedap je.Tapi saya memang tak boleh minum. Bukan minum je, bau pun tak lalu.

Mula-mula consume Shaklee, saya tak ambil pun ESP. Sebab SOYA kan.

Sampailah masa promo ESP Mac 2014. Itulah detik permulaan kisah saya dan ESP yang ohsem ni. Itulah kali pertama saya minum minuman berunsurkan soya setelah 21 tahun berlalu. Sekali hirup, ehh sedap pulak. Masa tu bancuh dengan susu Dutch Lady. Sedap sangat.

Dan sampai sekarang saya terus konsisten minum ESP Soy Protein ni. Kesan paling best saya dapat dengan minum ESP ni ialah berat turun. Sejak kahwin tak pernah turun berat walaupun tak makan banyak, ESP buat saya rasa kenyang.Minum ESP pagi, saya boleh tahan rasa lapar dan kekal bertenaga sehingga tengahari.

Memang jatuh cinta habis dengan ESP ni. Sekarang ni minum plain je pun dah boleh. Yeayyyy.Rasa plain tu lagi sedap berbanding campurkan dengan minuman lain.

Rugi siapa tak cuba ESP. walaupun anda bukan peminum soya..insyaallah..bila anda minum ESP..pasti jatuh hati :) "


Puan Zaiton Hamid

" Kisah Cinta Saya Dengan ESP Shaklee

Semuanya bermuala pada tahun 2009 saya diuji kehilangan dua putera lelaki kembar,seorang meninggal dalam perut ketika kandungan 7 bln++++ (tidak dikeluarkan),seorang lagi dipaksa kluar selepas kuman yang meninggal dah merebak ke baby satu lagi dan tubuh saya....

Kesan daripada peristiwa ini, saya menghadapi masalah lupa ingatan dan lemah seluruh badan (selalu penat & letih). Pernah satu tahap saya tak dapat mengenal orang yang hampir dengan saya seperti suami n anak2 ( untuk seketika selps tu ok balik),jika jumpa org saya perlukan masa untuk fikir siapa yg sedg bersembg dengan saya dan berusaha utk ingat...

Tahun 2013 keadaan ingatan saya semakin membimbangkan bila saya  lupa nak buat apa semasa  traffic light merah bertukar hijau.....Alhamdulillah anak2 memahami dan mengajar apa yg saya perlu buat...keadaan ini berlaku beberapa minit tapi sungguh membahayakan nyawa saya n anak2.

Oktober 2013 saya berkenalan dengan SHAKLEE....DISEMBER 2013 saya mula minum ESP dan makan OMEGA GUARD SHAKLEE...

Selepasa sebulan saya minum ESP n  makan OMEGA saya mula rasa perubahan di mana ingatan saya dah kembali sedikit demi sedikit......saya konsisten ambik ESP dalam 4 tin lebih sepanjang tahun 2014 Alhamdulillah ingatan saya dah kembali hampir 85% saya dah mula ingat nama dan muka orang,semua ini berlaku secara tidak langsung...... Dr Hospital Selayang yang merawat saya mengatakan saya mengidap penyakit Pra Amnesia (penyakit lupa). Alhamdulillah selepas saya konsisten  MENGAMALKAN ESP hidup saya kembali ceria dan tidak lupa lagi walaupun tidak 100%. "




Surianie Samsudin

" Tiada kata sehebat esp shaklee...

Berat semasa hamil sehingga 80kg dapat saya turunkan sehingga 45kg..

Kulit yg kusam dapat saya baiki dengan minum esp...

Badan yg sering letih..kini kembali bertenaga selepas minum.esp...

Sya yang kerap cuti sakit di.pejabat..kini selalu ada disemua acara pejabat..

Kalau dulu saya nie seorang yang berkulit gelap..saya dapat  cantikkan kulit saya dgn minum dan bermasker esp..

Kalau rambut saya dulu yang botak sampai suami mengomel...kini saya buatkan suami suka mengusap rambut saya dna berkata " cantik rambut ayang"

Kalau dulu lepas saya accident,lutu tak mampu nak bersujud ketika solat,kini mampu untuk berlutut lamanya..

Sebab itu saya CINTA ESP
SEBAB ITU SAYA SAYANG ESP
SEBAB ITU SAYA TK BOLEH PISAH DGN ESP

KERNA ESP HIDUP SAYA BERUBAH..."




Marissa Ezreen Esa

" Saya dlu start kenal Shaklee sebab makan full breastfeeding set. Mulanya memang utk tujuan breastfeeding, nak ada tenaga dan nak susu banyak... Saya dari sebelum kawen lg memang ada masalah kulit yang teruk. Selalu naik jerawat kat area pipi dan dagu.. pastu jerawat tu xnak reda, so nampak la seketul jerawat tempek kat muka. Sebelum jadi SID xtahu pon ESP ni boleh buat muka kita cantik dan gebu.. lepas dah jadi SID baru buat research sendiri dan tau apa fungsi ESP ni.. Memang nampak sangat beza pada muka saya, kulit dah makin gebu, jerawat pon xde, kalau ada pon time period dan lepas bbrp hari dah surut jerawat tanpa bekas. Camana la xjatuh cinta dengan ESP  ni? 1 tong memberi EFFECT yang sangat banyak. Boleh buat badan bertenaga, susu badan meriah dan kulit pon cantek!! "




MizCt Ct

" Assalamualaikum semua ;)
Meriah nya testimoni dgn ESP PROTEIN SHAKLEE ni ★★★★
Suka sbb byk manfaat dr Esp Protein ni. ...ct pun nak share pengalaman bila kita konsisten dgn ESP PROTEIN SHAKLEE ni♥♥♥♥♥

Setahun konsisten dgn ESP PROTEIN ni.....
Tujuan minum utk elakkn dr kene gastric sbb time keje tak MENENTU. ..selalu kene skip makan :(
Alhamdulillah,  skrg no more gastric ;) ;)
Tapi kita kene percaya la n amalkn pemakanan yg betul n sihat;)
Alang2 gastric pun dah kurang, amek alfalfa sekali utk kurangkn simptom RESDUNG. ..
Sekali lagi, Alhamdulillah. ..resdung yg DOKTOR kata dah teruk smp kene buat surgery, 90% improved ;);)
Yg paling best, berat badan ct from 63kg-58kg , awesome!!!!!!
Ni gabungan Esp Protein n Alfalfa ;)

Terus buat keputusan jadi ahli ;) tq so much ummi ku Siti Khadhijah Ibrahim sbb perkenal kn shaklee ;)
N now tambah kan lagi SR VIT C SHAKLEE ;)
Lihat je la hasil kulit ku, awwww ;) :)

Best kan;);)
Pada sape yg tak try lagi ESP PROTEIN SHAKLEE NI,  cepat2 la try ;)
Tak rugi, malah byk sgt manfaat nya ;) "




Nurhidayah Musa

" Sy pun nak share lagi tentang ESP.. Memang seperti cerita sebelumnya saya minum ESP untuk milk booster.. kulit memang jadi cantik da lembap..
Setiap pagi saya akan minum ESP tanpa miss.. Satu hari saya pergi berjumpa dengan rakan2 university sy mereka nyatakan yang saya sangat berbeza daripada saya yang dulu.. saya tidak kelihatan seperti ibu beranak 1 tetapi nampk seperti anak dara.. berat saya sebelum mengandung adalah 65kg.. Alhamdulillah selepas bersalin mula ambil ESP, berat saya kini 54kg.. Dengan ESP, berat badan saya tetap maintain walaupun saya makan dalam kuantiti yang banyak.. itulah sebab kenapa saya benar2 jatuh cinta dengan ESP..
Jom saya belanja 1 gambar.."




Norazreen Alias

" " Suamiku Encik ESP "     

Kenapa sy CINTAKAN ESP? ♥♥

TESTIMONI DIRI SENDIRI   [ Shaklee Success Story ]

Jangan ingat, pengedar Shaklee jual Shaklee suka2 ja.. Tanpa mencuba sendiri dulu..
Sebenarnya ada kisah di sebaliknya yg menyebabkan kitorang 'Fall in Love with Shaklee'..

This is my story~~

Nampak tak kulit sy kat gambar sebelum tu.. 

✅ Kusam
✅ Berjerawat
✅ Tona Kulit Tak Sekata
✅ Parut Jerawat
✅ Liang Pori yg Besar
✅ Berminyak
✅ Bibir Pucat

Semua ni punca drpd salah guna produk.. Dan sy dulu memang suka tukar2 produk.. Sampai pernah guna produk harga cecah rm400 lebih.. Huhuhu

Menyesal sangat masa tu.. Mula2 cantik, halus gebu ja kulit.. Nampak kemerah-merahan.. Once dah stop guna.. Hahh, ambik kau! Habis teruk efeknya kat muka.. Dulu sy tak berapa minat mau jaga kecantikan dalaman sebab takut mau makan ini itu..

Pastu, dah stop guna produk yg ada bahan terlarang tu.. Resdung pulak dah buat hal.. Makin menjadi2 la jerawat kat muka.. Tapi, syukur tak teruk sangat sebab sy rajin buat rawatan resdung yg asap2 tu..

Lumrah perempuan suka CANTIK.. Konon mau yakin diri la bila selfie.. Haha..
* alasan tak logik * 

Then, cari2 la cara yg berkesan untuk masalah kulit sy sekaligus rawat resdung sy.. Setiap kali taip kat google, mesti yg keluar dulu.. "Set Cantik Shaklee"
Nampak tak, betapa famous Shaklee ni..

Mula2, tak berkenan langsung.. Sebab supplement.. Kan sy tak berani kalau makan2 ni..
Tapi, bila dah balik2 keluar Shaklee jugak..
Start tengok testimoni2 kat google.. Berlambak wehh..
Mustahil tak berkesan kalau testimoni dah berlambak

Dengan izin Allah, di bukakan la pintu hati ni untuk try Shaklee.. 
Kalau belum try, belum tau kan..

Shaklee dah ada di tangan.. Guna2 sampai ke hari ni..
Woww!! Amazing.. I got my #ShakleeEffect..
Perubahan ketara betul..

 Jerawat Berkurangan
 Pori2 Makin Kecil
 Kulit Makin Cerah
 Tona Kulit Sekata
 Kulit Kurang Berminyak
 Parut Jerawat Makin Pudar
 Bibir Kembali Kemerah-Merahan
 Bonus! Resdung Berkurangan

So, this is my #ShakleeEffect.. Sy antara pengguna yg berpuas hati dan paling penting dah jadi Shaklee Extreme Lover.. Sy jugak ahli berdaftar Shaklee sekarang..

Rahsia saya?

Of coz la ESP!!  Qu Puteh kami..  

Dan add on with :

Vitamin C
Vitamin E
Vitamin B Complex
Skincare set Enfuselle "




Intan Baizura Abdul Rahman

" Nak gak share lainla manfaat yang saya dapat dari ESP.. tak bley tahan tgk nanny Lia UmmiIrfan tempek muka kat sini..hikhikhik

Bermula dengan set slimming.. Add on ESP utk tahan lapar.. dapat pulak pakej yang lain uols.. sape  tak teruja.. kurus dapat.. kulit yang dulu kusam, kelam, mata panda, muka tembam, skang tidak lagi..
Yyyaaahhhuu.. yyyaaabebda bbbeedduu..
Dalam masa setahun je uols.. ketara sangat perubahannya.. Yang lagi best.. hubby suka sapu2..gosokkan tangan dia pada lengan iols tau.. sebab dia kata halus jerk.. lembab jerk.. tulang kering yang dedulu kalau tergarit dah putih sbb masalah kekeringan.. skang dah takde tau.. nampak tegang uols.. tapi kulit tetap sihat..
Hhaa.. yang tu tak bley tunjuk gamba naa.. sebab iols sayang suami iols.. hikhikhik "


Ain Rahman

" Serius. Saya memang fikir negatif ttg ESP ni. Bagi saya, ESP Shaklee ni best sangat ke?? Pergi mana2 pun semua orang duk cita pasal ESP. Saya jadi rimas. Sampai la satu hari thn 2012, ofismate suruh saya test minum ESP. Saya terus minum sebab nak tahu best sangat ke rasanya. Sumpah sedap! Lagi2 bila ofismate ckp boleh kurangkan gastrik. Saya mmg pesakit tegar gastrik. Zmn sekolah dulu sampai tahap pengsan. Dan lagi best masa kat Uitm sampai kena admit sebab gastrik teruk. Lembik. Alhamdulillah, gastrik saya makin kurang lepas minum ESP. Saya minum 2 kali sehari. Tanggapan negatif saya mula hilang. Paling best parut jerawat pun hilang. Badan pun tak rasa letih. Sejak saat itu, cinta saya kpd encik ESP semakin mendalam. Tak mampu diungkapkan dgn kata2. Sekali cuba, bahagia selamanya :D <3 "




Mike Has

" ESP BUATKULIT CANTIK WALAUPUN TANPA MAKE UP

Hari-hari memang teruja melihat kesan ESP ke atas tubuh badan yang ️alhamdulellah sihat & kulit seakan kembali remaja. Asid Amino yang terdapat di dalam ESP benar benar membina semula structure kulit bagi wanita/lelakiyang sudah berusia. Ianya sangat mengenyangkan & penuh vitamin nutrients untuk tubuh badan yang anggun & sihat dengan syarat amalkan dengan discipline setiap selepas subuh sebagai breakfast di pagi hari. 2-3 scoops. Minuman yang enak nie bukan sahaja mengembirakan anda tapi juga tubuh & tersenyum riang kerana menerima nutrients yang hebat. Inshallah

Pix without makeup after solah fajr "


Nurul Ibtisam Yaacob

" KISAH <3 SAYA & ESP | Saya kalau mengandung memang tak sah kalau tak naik berat badan 20kg ngeh ngeh ngeh... (Masa mengandungkan Anas jer tak sampai 20kg sebab Anas keluar awal, dan tak sampai 40 minggu, tapi berat almost 20kg jugak hehehe...) After bersalin kan Asma' penghujung 2013, berat mengadung yang asal 20kg, hilang 10kg. Semasa berpantang, saya amalkan set hamil + burn fat Shaklee (Kali pertama cuba. Anak-anak sebelum ni waktu tu belum kenal Shaklee hoho!) So, tinggal lagi 10kg dalam badan. Habis pantang, lagi 5kg burn. So lagi 5kg dalam badan. Saya konsisten breakfast dengan ESP. Serius kenyang. Tak rasa lapar sepanjang pagi. Dan jika busy tahap gaban sekalipun memang kadang-kadang tak sedar terlajak sampai ke petang. Sedar-sedar "eh, aku tak makan lagi hari ni. Minum ESP jer tadi pagi. Wooowwww!" At the same time, saya makan jugak alfalfa untuk detox dan burn fat dengan lecithin dan omega. Alhamdulillah, berat dah kembali kepada berat asal dan makin menghampiri ke berat zaman bujang dulu-dulu. Hikhikhikhik... Jeles tak kawan-kawan? "




Siti Rahayu

" Saya sedih...sebab sayalah orang yang paling lambat dapat manfaat ESP... sebab semua kebaikan dan kelebihan ESP Soy semuaaaaaa dapat kat baby mamayu... tengok lahhh... dia jer yang GEBU GEBAS... semua orang geram tengok dia... dah mcm gugurl..padahal boboy.... mamayu jer masih kusam-kusam...tp, ada jugak kelebihan yang mamayu dapat walau tak segebus dak bam-bam nie...Alhamdulillah, masa pantang tetap BERTENAGA, TAK SEMBELIT.. TUMIT TAK MEREKAH.. PARUT JERAWAT KAT MUKA SLOW-SLOW DAH HILANG..  gara-gara konsisten ESP sejak trimester ker 3.. WALAUPUN, mamayu lambat sikit kenal ESP.. masa mula2 ambil ESP mmg niat nak full breastfeed baby... ramai yang kata produk shaklee bagus.... takder la niat nak cantik ker apa..niat satu jer... NAK SIHAT...NAK SIHAT... NAK FULL BREASTFEED anakanda..... Oh!!! memang sangat owsem... lagi owsem bila amik dengan full set hamil...lepas tu JIMAT lak tu sampai boleh consume masa pantang... semata2 niat untuk si kecil.... lepas lahirkan dia... dapat simpan ebm penuh freezer... orang yang datang melawat mamayu pon jeles tengok "awat susu banyak sangat? baru 5 ari pantang... hihi.... Dalam hati syukur sangat... Alhamdulillah..berbaloi consume shaklee rupanya... lagi berbaloi sbb mamayu memang konsisten n berdisiplin... dapat baby gebu gebas... baik lak tu... tak meragam... lepas breastfeed..dah kenyang terus tidur... bangun tidur pon x pernah nangis..  sekarang ni, mamayu pregnent lagi... tak sabar nak bg adik abam gebu gebas mcm dia... InsyaAllah..semoga Allah permudahkan....  Terima kasih dan syukran kerana Allah pertemukan mamayu dengan produk Owsem Shaklee...  ^_^ "


Ida Chalo

" Kalau orang lain cerita pasal kulit gebu, susu banyak, masalah gastrik dan tumit merekah. Saya pula nk share mcmmna suami bole naik berat badan dengan ESP.

Berat suami saya 55kg tinggi 175cm. Bertahun2 dah kot berat mcm tu. dari zaman bujang dan kahwin berat sekitar 54-56kg.

Pernah amal minum weightgain. Amal dalam 5-6bulan juga. Naik 1-2kg pastu turun balik g 55kg. Lepas tu try produk H****L*** habis juga 2k ambik pakej tuk program 6bulan xsilap. Naik berat berapa kilo ntah tak ingat, lepas tu masuk bulan puasa. Turun balik g 55kg.hahah.. hai2 bye2 je kot 2K tu..T_T.

Bila kenal shaklee, saya pksa suami makan sekali. Siang hari dia ambik B Kom, Vit c dan Zink. Malam minum susu plus 1sudu ESP sebelum tido.

Sejak amalkan rutin 1sudu esp setiap malam sebelum tido, setiap kali g klinik cek anak sakit ker apa ker, suami akan curi2 g timbg berat. Alhamdulillah berat slow2 naik.. sekarang berat dah menten 66kg. Cukup hensem dah kot dengan ketinggian dia.heheh..

sebab tu saya sayanng sangat dengan ESP!! "


Salasiah Salleh

" Perubahan yang Sal rasa sejak ambil ESP ialah badan jadi lebih bertenaga, kalau tak, bila tengahari je memang dah lemau..asyik ngantuk je macam tak cukup tidur..kalau Sal puasa, Sal memang sahur dengan ESP je…badan tak ada rasa lesu pun sepanjang hari..macam biasa je.

Keduanya, susu untuk anak lebih pekat dan nampak ‘creamy’ gitu. Kulit anak pun gebu je, kalau ada naik merah-merah ke kat badan dia, sekejap je dah hilang…kalau ada luka, memang tak akan ada kesan parut..(Alhamdulillah…)

Selain tu, apa yang Sal perasan, jerawat memang jarang dah naik. Kalau naik pun, sekejap je dah kecut, dengan parut sekali pudar. Sebelum ni, kalau ada jerawat tumbuh kat muka, memang ambil masa lama nak kecut, dalam 2 minggu..kadang-kadang lebih. Malu sangat tengok muka sendiri. Parut tak usah cakap la, bertempek-tempek kat muka..susah sangat nak hilang…sekarang ni, parut-parut lama dah makin pudar…parut jerawat baru memang cepat pudar..Alhamdulillah.. "


Aishah Nin

" [DULU KURUS MELIDI SEKARANG ADA POTONGAN BODY]

Jom renung testimoni ini.

Kurus melidi bak tiang eletrik. Tiada potongan badan. Tegak dan rata sahaja...haha

Kawan-kawan ada yang menggelar "alien" kerana terlampau kurus!

Akhirnya Aishah consume ESP walhal pada mulanya hanya ingin dapatkan kulit yang lebih cantik.

Akhirnya setelah konsisten ESP, potongan badan mula terbentuk. Body pun nampak cantik. Cantik la sangat kannn! Hihi

Selain dapat berat badan yang diidami, kulit juga kelihatan lebih anjal dan glowing.

Untuk anda yang ingin menurunkan berat badan juga boleh mencuba kerana ESP tidak menggemukkan kerana protein merupakan bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu badan serta komponen utama hormon manusia. "


Rasanya cukuplah setakat ini dulu kolelsi testimoni Esp Shaklee bukan? Inipun dah banyak dah.Kalau nak masukkan semua mau tahun depan pun tak siap lagi entry Eyda ni kan? Hehe.

Okaylah macam biasa kalau anda berminat nak cuba Esp Shaklee boleh hubungi Eyda seperti di bawah okey?

Ingat bulan ni ada promosi hebat Esp Shaklee : BELI 6 PERCUMA 1 & BELI 2 LESS 5%.




Continue Reading