Showing posts with label Vita C Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vita C Shaklee. Show all posts

Monday, 14 September 2015

Cara Untuk Dapat Intact Perineum - Bersalin Tanpa Koyakan !




Koyakan Semasa Bersalin?

Dengar pun dah NGERI kan? Antara perkara yang paling membimbangkan untuk ibu yang bakal bersalin. Terutamanya untuk ibu yang nak melahirkan anak yang pertama.

Mesti akan terlintas di fikiran tak kisahlah kelahiran keberapa pun anda  :

i. Macam mana cara meneran yang betul

ii. Berapa lama nak kena menahan "contraction" (Bukaan jalan)

iii. Risau takut koyakan BESAR 

Macam-macam fikir kan.


Tetapi yang paling menghantui adalah koyakan semasa meneran samada kecil ataupun besar. Ini dipanggil koyakan perineum.


Koyakan perineum berlaku di antara faraj dan dubur. Dimana doktor terpaksa potong atau gunting sedikit apabila kepala bayi sedang keluar. Ia bertujuan untuk mengelakkan kulit di sekitar faraj dan dubur terkoyak sendiri dengan teruk. Umpamanya kulit akan merekah terbuka saat kepala bayi keluar.

Kawasan Perineum (Yang bertanda merah)



Koyakan perineum boleh jadi lebih teruk kerana ia bukan sahaja setakat jahitan di bahagian kulit luar tetapi jahitan di bahagian dalaman ‘isi’ .



Mengapa Perlunya Elakkan Koyakan Semasa Bersalin ?

1) Mesti kita hendak kulit yang cantik tanpa bekas jahitan kan. Walaupun di tempat tertutup. Hehehe.

2) Nak elak jahitan dan kemungkinan terbuka semasa dalam pantang. Kemudian terpaksa jahit semula. Ohhh No !

3) Sakit dan ngilu bekas jahitan ketika membuang najis. Bayangkan la kalau kena sembelit pula. Sakitnya memang tak tertanggung. Menangis air mata darahlah jawabnya !


Bagi yang alami koyakan yang teruk hingga ke dubur, ia akan boleh bagi kesan jangka panjang untuk sukar membuang najis.

Koyakan yang sangat teruk juga bagi kesan pada keintiman suami isteri (tiada deria rasa !). Uu minta dijauhkanlah ya !

Takut rasa kan.

Actually, koyakan perineum ini boleh dielakkan kalau tahu cara dan teknik yang betul walaupun baru pertama kali bersalin.



Tips Elakkan Koyakan Semasa Bersalin :




1. Meneran dengan cara betul

Meneran dengan cara betul adalah meneran ke arah graviti. Graviti ke arah bawah dan dengan posisi atas katil, kita meneran dengan menekan punggung ke tilam kan.

Ibu yang terlalu sakit untuk meneran hinggakan terlupa dan terangkat punggung. Bila angkat punggung menyebabkan koyakan perineum lebih banyak hinggga sampai ke dubur.

Alahai memang panjang jahitan jadinya kan. Teknik meneran yang betul akan berkait dengan cara penafasan yang betul.

Anda boleh lihat video cara meneran dan bernafas dengan betul ketika di dalam labour room.




Eyda mengamalkan Minyak Kelapa Dara Halagel



2. Mengamalkan minyak kelapa dara untuk melembutkan kawasan Perineum

Ini memang petua orang-orang lama. Minyak kelapa diminum/makan dan disapu di kawasan perineum bila sudah masuk trimester ke 3.

Minyak kelapa dijadikan selusuh untuk mudahkan proses bayi keluar. Suami boleh tolong sapu dan urutkan di sekitar perineum dengan menggunakan minyak kelapa.

Kalau isteri memang tak mampu buat sendiri kan. Dah tak nampak dah. Hehehe.

Tetapi kena rajin dan kerap buat.

Biasanya minyak kelapa yang digunakan adalah VCO (virgin coconut oil).Eyda sendiri pun memang amalkan VCO ni since anak ke3.Alhamdulillah memang bersalin Muhammad Mikail (3.53kg) tak ada koyakan .Dan pregnancy kali ni pun Eyda amalkan VCO juga.In shaa Allah dengan harapan tiada koyakan bila bersalin bulan Oktober nanti .


3. Pengambilan suplemen tambahan untuk mengelakkan koyakan Perineum

Bukaan faraj akan menjadi 8cm hingga ke 10cm apabila bayi betul-betul bersedia untuk diteran keluar.

Untuk ibu yang akan bersalin normal, bukaan memang menjadi hingga ke 10cm tetapi bergantung cepat atau lambat sahaja bukaan tersebut.

Sekiranya bukaan faraj (contraction) lambat maka akan menyebabkan proses bersalin yang lama. Hingga ada sampai 2 hari sakit tetapi belum bersedia untuk bersalin.

Bayangkan duk menahan kesakitan. Kan.

Salah satu caranya adalah dengan elastikkan perineum. Bagaimana untuk elastikkan perineum?

Elastikkan perineum dengan mengambil suplemen semasa di awal kehamilan iaitu :



1) Minyak ikan (Omega Guard)

2) Vitamin C

3) Protein (Energy Soy Protein, ESP)



Minyak ikan (Omega Guard)

Kandungan utama adalah Omega 3 bukan sahaja bagus untuk perkembangan otak bayi tetapi membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mudah mengembang untuk bukaan hingga 10cm.

Secara tidak langsung boleh elak koyakan perineum.




Vitamin C

Mengandungi kolagen yang bertindak untuk menyokong sel-sel dengan kuat. Ia menguatkan regangan (tensile strength) apabila tiba masa untuk meneran bayi keluar.



Protein (ESP)

Salah satu asid amino yang penting dalam ESP adalah Cysteine iaitu untuk anjalkan kulit dan penting untuk membaiki kulit yang rosak.



Testimoni ibu-ibu yang berjaya bersalin tanpa koyakan dan jahitan perineum.

Saya pasti ia bukan kebetulan. Saya konsisten mengamalkan ESP sepanjang kehamilan.

Sebulan 2 canister jadi 9bulan 18 canister.

Apa kebaikan yang saya dapat?

Mampu melahirkan secara normalTANPA EPISOTOMY. Bukan satu tapi 3 orang anak

iaitu pada 2011, 2013 dan Julai 2015. Saya melalui tempoh berpantang dengan yakin

dan tak risau nak jaga luka ‘di bawah’.”

Puan Fauziah Chilun





Testimoni

Bagi ibu-ibu yang pernah melalui saat getir di dalam labour room ataupun suami yang menemani isteri, akan tahu betapa sakitnya menahan hinggakan ada sampai ke 2 hari. Tetapi masih belum bersalin.

Rasa tak tertanggung kan.

Masa tue, kalau boleh hendak suruh doktor buat pembedahan terus untuk hilangkan sakit untuk bersalin. Betul tak?

Apa-apa pun kalau boleh kita hendak bersalin normal kan. Untuk bakal ibu ataupun suami, boleh belikan suplemen ini untuk membantu elak koyakan semasa bersalin.

Jangan sampai trauma ataupun fobia untuk mengandung dan bersalin lagi hanya disebabkan oleh jahitan koyakan perineum yang banyak.

Sekiranya anda berminat nak dapatkan Set Kehamilan Shaklee atau Set Berpantang/Bersalin Shaklee boleh hubungi Eyda okay !




Continue Reading

Friday, 11 September 2015

Set Menyusu Shaklee Yang Mana Sesuai Dengan Anda

Antara Testimoni Pengguna Set Menyusu Shaklee

Alhamdulillah, Set Menyusu Shaklee semakin mendapat sambutan ramai dari ibu-ibu menyusu. Bukan sahaja ibu yang mempunyai masalah penyusuan, tetapi ramai juga ibu yang mahukan anaknya mendapat nutrisi sempurna, turut mengambil set ini.

Terdapat 4 jenis cadangan set menyusu yang boleh disesuaikan mengikut pilihan dan bajet anda, dan ramai yang keliru mana satu yang paling sesuai untuknya. Untuk itu, Eyda akan cuba perincikan untuk anda ya :)


1) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 1)





VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea) dan Alfalfa Complex

 >> Sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan

>> Tujuan utama mengambil supplement ialah untuk memperkayakan nurisi dalam susu ibu

>> Alfalfa membantu menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu

>> Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundice dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit cirit dengan Alfalfa.Kesan yang dialami berbeza mengikut sistem badan masing-masing.




2) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 2)




B-COMPLEX
VITA C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


 >> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin dan kalsium.

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS) .

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat.

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta pembentukan gigi si kecil.




3) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 3)





VITA-C / CHEWABLE VITA C
VITA-LEA
B-COMPLEX
ALFALFA COMPLEX
OSTEMATRIX


** Boleh ADD ON ESP (Protein)


>> Mengandungi Vitamin B, vitamin C, multivitamin(Vitalea), kalsium (Ostematrix) dan Alfalfa Complex

>> Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemeruduman susu ketika haid (PMS).

>> Sangat membantu menghasilkan susu dengan cepat .

>> Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu, kerana kalsium Shaklee mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan .

>> Kalsium Shaklee lebih dikenali dengan nama Ostematrix adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan vitamin D.

>> Selain itu set ini membantu si ibu cergas, bertenaga walaupun kurang tidur selain diperlukan untuk tulang bayi serta membantu pembentukan gigi si kecil.

>> Sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan .

>> Bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini dapat membantu .

>> Set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding dua set di atas kerana Alfalfa Complex dan Kalsium(Ostematrix) bertindak sebagai milkbooster.


4) Set Menyusu Shaklee (Pilihan 4)





ESP (Energizing Soy Protein)
ALFALFA COMPLEX
B-COMPLEX
VITA-LEA
VITA-C / CHEWABLE VITA C
OSTEMATRIX



>> Mengandungi SET 2, kalsium (Ostematrix) dan ESP.

>> Sangat dicadangkan untuk ibu yang mengalami masalah penyusuan .

>> Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari.Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit,atau yang tidak mempunyai stok susu yang banyak .

>> Bagi ibu-ibu yang baru mula nak menyimpan stok ini adalah pilihan yang tepat .

>> Set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi / induce relactation -contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, bersama-sama tips yang Eyda bagi, insyaAllah boleh :) .




Penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu haruslah kuat berusaha dan ada keinginan untuk menyusukan bayi anda .


Menyusukan anak bukan perkara susah dan tak semudah yang disangka. Perjalanan yang panjang ini menuntut ibu pam secara konsisten dan melengkapkan tubuhnya dengan zat dan nutrisi yang boleh diperolehi melalui pemakanan yang sihat.


Namun berapa ramai ibu-ibu hari ni yang betul-betul menjaga pemakanan yang berkhasiat?


Keperluan Nutrisi Ibu Hamil,Menyusu


Apa yang ibu makan, itulah yang disalurkan kepada anak melalui susu ibu. Dan pada pandangan Eyda supplement sangatlah mebantu agar tumbesaran anak berkembang dengan baik, dan anak sentiasa sihat.


Pilihan di tangan anda, jika ibu-ibu yang memberi susu tepung sanggup berhabisan membeli susu mahal untuk memastikan anaknya mendapat yang terbaik, mengapa kita yang menyusukan badan, sangat berkira untuk mngambil pemakanan sihat?


Disini Eyda sertakan ayat yang dipetik dalam sebuah hadis, mudah-mudahan memberi semangat kepada semua ibu di luar sana..



 Jika seorang wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 tahun setengah, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga WAJIB baginya.




MasyaAllah..bertuah kita orang perempuan ni kan?Allahuakbar..Maka tiada alasan lagi kalau ada ibu-ibu diluar sana yang memang sengaja taknak menyusu badan baby anda.Sesungguhnya anda adalah golongan yang rugi ! Ayuh kita hidupkan misi menyusu baby secara eksklusif !


Sekiranya anda berminat nak dapatkan mana-mana Set Menyusu Shaklee mengikut bajet dan keperluan anda boleh hubungi Eyda okey !


Continue Reading

Monday, 24 August 2015

Merawat Panau Dengan Set Panau Shaklee

Panau merupakan masalah biasa terjadi di kalangan remaja. Tetapi masih boleh terjadi pada orang dewasa juga. Bila ada panau ia melibatkan keyakinan diri, lebih-lebih lagi perempuan. Kalau di badan tu memang boleh cover, tapi kalau di muka? Mana nak sorokkan peta putih dimuka?

Dengan Shaklee , masalah panau boleh di atasi .In shaa Allah :) . Panau kerap berlaku pada mereka yang kekurangan zat nutrisi, mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunisuppressant dan mereka yang berpenyakit peluh berlebihan (hyperhidrosis). Kawasan tropika dengan suhu dan kelembapan tinggi turut mendorong gejala panau.


Rupanya dengan Shaklee pun, masalah panau boleh di atasi ye. Panau kerap berlaku pada mereka yang kekurangan zat nutrisi, mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunisuppressant dan mereka yang berpenyakit peluh berlebihan (hyperhidrosis). Kawasan tropika dengan suhu dan kelembapan tinggi turut mendorong gejala panau.


Panau ialah tompok-tompok putih yang tumbuh disekitar bahagian tubuh yang aktif berpeluh seperti pipi, kulit kepala, belakang leher dan belakang badan. Ia lebih ketara kelihatan jika penghidap berkulit gelap. Panau bukan hanya menganggu penampilan diri malah ia menimbulkan gatal-gatal pada bahagian tersebut terutamanya ketika berpeluh.

Panau disebabkan jangkitan sejenis kulat yang dipanggil Malassezia. Ia bukan penyakit berjangkit dan tidak membahayakan tetapi tindakbalas kimianya menyebabkan warna pigmentasi kulit berubah. Sebab itulah kesan tompok-tompok putih terhasil. Terdapat juga panau yang berwarna pink, kemerahan dan perang bergantung pada individu





Banyak juga kaedah merawat panau seperti mendapatkan rawatan dari doktor atau secara tradisional. Namun, anda juga boleh mengamalkan supplement berikut untuk merawat serta mencegah panau dari berulang kembali.


1. Garlic Complex: merupakan antibiotik semulajadi yang sangat berkesan dan dapat menghalang kulat dari tumbuh dan merebak pada kulit.



2. Alfalfa Complex: bertindak sebagai anti kulat dan memperbaiki keadaan kulit dengan berkesan serta anti radang.




3. Vitamin C Shaklee: membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh untuk melawan jangkitan kulat.

InsyaAllah vitamin-vitamin ini selamat & membantu mengatasi masalah jangkitan kulat pada kulit. Apa kata anda cuba ikhtiar dengan Shaklee, insyaAllah bukan setakat masalah panau dapat di atasi, tetapi dapat pula bonus kulit lebih sihat dan berseri.:)


Sekiranya anda ingin mencuba Set Panau ni,boleh direct contact Eyda okey :)

Eyda Sukiman
SID 892528
SMS/Whatsapp 01112909545
IG : @Setkurusbyeyda
Mummyhealthyvitastore.blogspot.com


Continue Reading

Friday, 14 August 2015

Vita C Shaklee Rahsia Kulit Cantik dan Mulus tanpa Jerawat

Assalamualaikum.Selamat Pagi semua .Apa khabar para readers semua?
Harini Eyda nak cerita mengenai Manfaat & Kelebihan serta mengapa kita memerlukan Vita C sebagai sumber harian badan kita.




MANFAAT UTAMAN VITAMIN C
• Membentuk Collagen
√ Dengan kehadiran Vitamin C, ia merangsang pembentukan kolagen.
√ Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot  dari menjadi lembik

• Memperbaiki Simptom Pendarahan
√ Kekurangan vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
√ Kerana sifatnya inilah, ia sangat sesuai digunakan dalam Set Berpantang.

• Meningkatkan Imun Sistem
√ Dengan kehadiran Vitamin C, ia membantu pembinaan sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, mempertingkatkan daya tahan terhadap allergy hidung dan kulit, asthma.
√ Ia juga menyingkatkan waktu pemulihan dan mengurangkan symptom flu dan selesema.

• Membantu Memerangi kanser
√ Ia mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang bahan kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.

• Mencantikkan Kulit
√ Pengambilan Vitamin C setiap haridapat membantu mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

• Memperbaiki Insomnia
√ Ia memperbaiki insomnia, serta masalah yang berkaitan dengan mental seperti stress dan keresahan.

• Mengekalkan Kolesterol Sihat
√ Ia mampu mengurangkan kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.

Kadang-kadang kita fikir, cukuplah sekadar kita mengambil buah-buahan segar, tak perlu lagi mengambil Supplement Vitamin C lagi,kan?.Tetapi adakah itu sudah memadai untuk bekalan Vitamin C dalam badan kita seharian? Haa cuba fikir .
 

Adakah Vitamin C dari dalam buah sudah mencukupi untuk tubuh badan kita?
Setiap hidangan buah-buahan membekalkan sekitar 45-60mg Vitamin C. Buah-buahan akan menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu masak ranum.
Jadi, buah yang kurang ranum mengandungi kandungan Vitamin C yang sedikit. Kandungan Vitamin C buah pula akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan termusnah apabila terdedah kepada kepanasan.

Vitamin C Dalam Badan Akan Musnah Apabila :

√ Seseorang itu merokok. Sebatang rokok mampu melupuskan 50-100mg Vitamin C.
√ Kita resah sebab keresahan mempercepatkan penyusutan Vitamin C.
√ Kita mengambil pil perancang dan pil penahan sakit. Ini akan mengurangkan Vitamin C dengan begitu banyak sekali.

Pengambilan Vitamin C yang terlebih dos pula (melebihi 12 kapsul) akan menyebabkan cirit-birit.

Keistimewaan Vita C Shaklee (Sustained Released) :






Sustained Release Vitamin C dari Shaklee ini dirumus khas untuk menjadikannya istimewa berbanding Vitamin C yang lain.

• Sebiji Tablet Sustained Release Vitamin C ini bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren
• Ia juga mengandungi bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C sepenuhnya ke dalam badan dan memelihara Vitamin C dari teroksida.
• Ia adalah NATURAL, TIADA PERASA dan PENGAWET TIRUAN
• Ia bersifat sustained release iaitu ia akan melepaskan 100mg Vitamin C ke dalam badan kita setiap jam, selama 5 jam tanpa henti.Maka tiadalah pembaziran lebihan Vita C yang mana biasanya berakhir di urin kita .Itulah istimewanya Vita C Shaklee ini.100% diserap dalam tubuh badan kita.


Sekiranya anda nak bertukar kepada sesuatu yang semulajadi, Sustained Release Vitamin C dari Shaklee lah jawapannya. Sebotol Vitamin C ini mengandungi 180 biji (RM 92). Dan ia mampu bertahan selama 6 bulan. Jimat ke jimat?


SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Instagram : @setkurusbyeyda

Continue Reading