Friday, 14 August 2015
Monday, 8 June 2015
Set Mighty 3 Gems, TIPS - Menghadapi Bulan Ramadhan / Puasa, Tips Breastfeeding, Tips Ibu Hamil dan Menyusu Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa
Tips Ibu Hamil & Menyusu Kekal Bertenaga Di Bulan Puasa
Assalamualaikum semua 😃😃.Malam ni Eyda nak kongsikan tips-tips buat ibu -ibu yang sedang hamil & menyusukan anak ketika berpuasa.Maklumlah,tak lama lagi bulan Ramadhan bakal menjelang tiba.
Eyda pasti ramai juga ibu-ibu yang tengah berkejar nak habiskan puasa ganti kan. Ini termasuklah Eyda sendiri. Hehe..Masih berusaha nak habiskan puasa ganti yang tak seberapa itu.
Tapi tahukah ibu-ibu, dengan berpuasa ini kita dapat mendidik anak-anak kita ini agar menjadi seorang yang patuh kepada agama, taat perintah Allah dan seorang yang sabar. Inbshaa Allah.
Tapi sekiranya tidak larat dan khuatir akan menjejaskan anak, dalam Islam memang ada kelonggaran untuk ibu yang hamil dan menyusukan. Ibu juga boleh mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui tahap kesihatan kedua-dua ibu dan baby.
Jadi, sekadar perkongsian, ini adalah sedikit tips buat ibu-ibu diluar sana. Moga bermanfaat buat semua.
1. Menyimpan stok EBM buat Ibu yang menyusu badan.
Sebaiknya ibu membuat persediaan awal beberapa bulan sebelum Ramadhan dengan menyimpan stok EBM sebanyak yang boleh. Ibu yang bekerja sudah tentu memerlukannya tapi buat suri rumah, sebaiknya anda menyimpan stok EBM dari hari ke hari jika khuatir susu tidak cukup buat bayi ketika berpuasa di siang hari. Maksudnya, pump malam untuk kegunaan esok harinya.
2.Makanan Sunnah
Pengambilan makanan sunnah seperti kurma dan susu kambing adalah sangat-sangat digalakkan semasa bersahur dan berbuka.Makan sekurang-kurangnya 7 biji kurma, Inshaa Allah dapat bekalan tenaga yang luar biasa.
3. Makan 3x sehari
Ibu menyusu & sedang hamil amat memerlukan kalori untuk membolehkan tubuh ibu menghasilkan susu & kekal bertenaga. Jadi pastikan makan cukup 3x sehari (sahur, buka puasa dan sebelum tidur). Di antara waktu berbuka dan tidur, kerapkan makan dalam kuantiti sedikit. Jika takut gemuk, makan snek yang menyihatkan seperti buah, kekacang, biskut oat & lain-lain.
4.Minuman
Minum air masak sebanyak mungkin dan kurangkan pula pengambilan minuman berkafein seperti teh dan kopi.Ini kerana kafein akan merangsang kita untuk kerap membuang air (diuretic). Jadi secara tidak langsung kita akan mudah terdihidrasi.Eyda biasanya akan pastikan minum air masak 1 liter semasa sahur dan lagi 2 liter selepas berbuka.
Air sangat penting untuk ibu hamil dan menyusukan tau. Kekurangan air pada tubuh kita boleh menyebabkan keguguran kalau terlalu teruk dan susu akan berkurang.
5.Protein
Banyakkan pengambilan makanan yang tinggi protein kerana ia membekalkan tenaga lebih lama kepada kita berbanding karbohidrat.Set Mighty 3 Gems mengandungi protein yang tinggi dan dapat memberikan tenaga sepanjang kita berpuasa.
6.Fiber
Perbanyakkan pengambilan makanan berserat tinggi seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin kerana ia membantu kita untuk kekal kenyang lebih lama.
7.Gula
Elakkan pengambilan gula atau makanan yang manis terlalu banyak kerana ia akan membuatkan paras gula kita naik dan turun secara mendadak. Ini boleh menyebabkan kita mudah pitam dan pening.Jadi kurangkan makan kuih manis-manis yang banyak terdapat di bazaar Ramadhan nanti.😉
8.Bertenang, rileks dan positifkan minda
Penyusuan melibatkan 2 hormon utama iaitu Oksitosin dan Prolaktin. Secara umumnya, hisapan bayi/pump menghasilan hormon Prolaktin yang membuatkan kelenjar susu menghasilkan susu.Oksitoson pula menyebabkan otot payudara mengecut dan mengeluarkan susu. Jangan terlalu risau susu tidak cukup sebab stress, kepenatan dan fikiran negatif menghalang penghasilan 2 hormon ini dan secara tidak langsung penghasilan susu terganggu.Bagi ibu hamil pula,elakkan stress kerana ianya boleh menjejaskan tahap kesihatan anda dan juga bayi yang dikandung.Banyakkan berzikir Ya Mateen,Ya Wahhab.In shaa Allah segala urusan akan dipermudahkan.
Semoga ibu-ibu semua sudah bersedia untuk menyambut Ramadhan yang hampir tiba ni. Bukan sekadar pentingkan makanan, amalan kerohanian juga perlu dititik beratkan, In shaa Allah semuanya akan berada dalam keadaan terbaik =)
Berminat untuk mendapatkan konsultasi dari Eyda boleh hubungi Eyda okey 😉.
Eyda Sukiman
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Nutrisisihat.com
Sunday, 29 June 2014
TIPS - Menghadapi Bulan Ramadhan / Puasa
Langkah 2
Langkah 3
Langkah 4
Langkah 5
Langkah 6
Langkah 7
Langkah 8
Langkah 9
Langkah 10
Herb-Lax Shaklee
- Memudahkan pergerakan usus dan menghindarkan sembelit
- Memudahkan fungsi usus
- Menghilangkan jeragat
- Mengurangkan bau badan
- Buckhorn bark – melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan kelembapan kepada usus.
- Licorice root – membantu proses detoksifikasi
- Fennel seeds – mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol,membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah semebelit dan kembung perut atau usus
- Anise seeds – merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
- Rhubarb root – Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotik
- Blue malva flower – membantu proses detoksifikasi danmengimbangi tekstur kulit
- Culver’s root – membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma
- Alfalfa leaf - membersihkan usus, darah dan hati.
- Senna leaf - merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses
- detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak.
- Pembersihan najis yang tersekat.
- Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau
- tersimpan lama dalam tubuh kita.
- Membantu masalah sembelit.
- Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus
- (natural bowel movement) dan secara langsungnya membentu masalah sembelit.
- Mengempiskan perut.
- Memejalkan perut.
Monday, 23 June 2014
[ Tips ] Ikhtiar untuk banyakkan susu badan (milk booster) dengan Alfafa Complex & ESP
Mesti ramai dikalangan para ibu kadangkala mengeluh tentang susu mereka yang 'cukup-cukup' makan atau kadang-kadang tak cukup bukan?
Benar setiap anak ada rezekinya, namun jika cara biasa tidak membuahkan hasil, selaku ibu, kita harus mencuba untuk memberikan yang terbaik.
KHASIAT ALFALFA COMPLEX
Selain tu, Alfalfa juga membantu mereka yang mengalami bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia,sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan,hayfever, gout, bau badan, kaki busuk dan nafas berbau.
Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.
Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa :
1) Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan,terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel,menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.
2) Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.
3) Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.
4) Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.
5) Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.
6) Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.
MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa :
Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.
Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.
Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.
Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.
Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.
Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.
Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit;
- Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu.
- Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain.
- Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.
Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.
Kelebihan ESP Shaklee :
• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
Thursday, 19 June 2014
Kekal Cergas Di Bulan Ramadhan Dengan SET MIGHTY 3 GEMS
• ada gastrik ?
• bimbang anak baru mula berpuasa tahun ni ?
• cepat rasa lapar dan tidak bertenaga ?
• cepat letih sewaktu bekerja ?
• risau susu merudum ?
• risau kesihatan mak ayah yang mengadu cepat letih dan lapar ?
• anda hamil dan risau tak mampu berpuasa sebab mudah rasa lapar ?
![]() |
| Set Mighty 3 gems |
Umumnya, produk ini terbahagi kepada 3 asas utama iaitu untuk membekalkan vitamin, tenaga, zat galian, dan mengekalkan bendalir badan. Tiga produk asas tersebut adalah :
- Mealshake (perasa French Vanilla),
- Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan
- Performance Drink atau PD (perasa oren).
Jika anda biasa mengalami situasi seperti tidak sempat bersarapan, tidak sempat bersahur atau waktu sahur tinggal 5 minit sahaja! Maka anda disarankan mengambil Mighty 3 Gems sebagai ‘back-up’ anda dalam keadaan terdesak kerana ianya mampu membekalkan tenaga dan keperluan nutrien tubuh sepanjang hari di bulan Ramadhan.
Jika anda berbuka puasa dengan Mighty 3 Gems, satu kelebihan untuk anda kerana ianya memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah Maghrib, Isyak serta bertarawih dan bertadarrus. Akhir sekali, bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak. Begitu juga untuk ibu yang sedang mengandung.
Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang maklumat dan konsultasi secara percuma sekarang!
Tuesday, 10 June 2014
Kelebihan dan Kebaikan Vita-E Complex Shaklee / Vitamin E Shaklee
Ini kerana Vitamin E Shaklee diperbuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah Vitamin E Shaklee yang paling lengkap dipasaran.
- Menolong melawan penuaan pra-matang pada kulit
- Mengurangkan risiko sakit jantung
- Menyokong prestasi otot dan mempercepatkan pemulihan
- Anti-oksidan – menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas
- Dibuat dari minyak soya organik dan minyak biji gandum, yang kaya dengan vitamin E, diekstrak d-alpha,tocopheryl, d-alpha tocopherol yang aktif secara fisiologi dan digabung dengan 8 jenis vitamin E (alpha, beta, gama, delta). Ianya adalah vitamin E Shaklee yang paling lengkap dipasaran.
- Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
- Mengandungi 10mg selenium semulajadi yang membantu tubuh kita menyerap vitamin E, memelihara membran sel-sel, sel darah merah dan tisu-tisu otot. Ianya juga adalah penyahtoksik semulajadi logam berat seperti raksa, kadmium dan mengukuhkan anti-oksidan dan melindungi retina.
Manfaat Utama Vita-E Shaklee/ Vitamin E Shaklee
1) Melindungi jantung
- Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan perngasidan lipid; meningkatkan kolesterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat kedinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.
- Kajian pada tahun 1924, mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU – 800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka.
- 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis haluls, parut, acne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihakan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
- Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan utnuk melawan kanser,mengukuhkan system imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumor, mengurangkan kerosakkan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki masalah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.
- Meningkatkan kelestarian seksual dan tenaga dengan membekalkan oksigen yang lebih. Lelaki perlu mengambil produk ini kerana :
2) Meningkatkan paras testosteron di dalam badan
3) Memperbaiki kualiti dan membantu pergerakan sperma
4) Mengelakkan cepat letih dan lesu
5) Meningkatkan daya tumpuan
6) Mengelakkan mati pucuk
- Meningkatkan keanjalan salur darah, memperbaiki kitaran darah, merawat bahu kejang, pening, buasir, urat varikos, sakit sendi.
- Merawat musculus pectoralis fibrosis otot dada, sindrom prahaid dan sindrom menopaus seperti hot flush.Digunakan pada ujian klinikal untuk menghalang kematian janin, keguguran.
- Memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada kulit untuk mengurangkan kesan parut.
Adakah Anda Mengambil Vitamin E dengan cukup?
Untuk 400IU vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas:
- 1kg biji gandum,
- 500ml minyak safflower,
- 8kg bayam,
- 500g badam.
Apakah Vitamin E Shaklee Selamat?
Kelebihan dan Kebaikan Vita-E Complex Shaklee / Vitamin E :
- Di Dalam buku “Prescription For Longevity” yang ditulis oleh Dr. James Scala terdapat diskusi mengenai keselamatan vitamin E dengan terperinci. Secara global, terdapat lebih dari 1000 laporan perubatan berkenaan keberkesanan dan keselamatan vitamin E. Kajian bertahun-tahun oleh University Harvard ke atas kedua-dua lelaki dan wanita membuktikan vitamin E mampu mengurangkan risiko penyakit jantung hampir 41% and strok dengan 33%. Kajian juga membuat kesimpulan dos selamat adalah 3,200IU.
Cadangan:
- Untuk pemeliharaan kesihatan: 1 kapsul sehari (selepas makan berat/sebelum tidur)
- Untuk anti-penuaan dan system reproduktif: 1 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
- Menentang kanser dan mengurangkan parut: 2 kali sehari, 1 kapsul setiap kali
Vitamin E Shaklee (alpha, beta, gamma, delta). Ianya adalah vitamin E Shaklee terlengkap di pasaran
Nota: Pakar Nutrisi mencadangkan pengambilan ACE (beta carotene, vitamin C dan vitamin E) bersama-sama
untuk menggandakan kesan anti-oksidasi dalam melawan radikal bebas.
Friday, 2 May 2014
Khasiat MealShakes, Khasiat Supplement/Vitamin, Kids/Childrens, Kurang Selera Makan, Mealshakes, MealShakes Untuk Kanak-kanak, Multivitamin, Suplemen kanak-kanak
Mealshakes - Multivitamin Hebat Untuk Semua Individu
- Melengkapkan 35% keperluan harian vitamin dan mineral yang diperlukan
- Lengkap 24 jenis vitamin dan mineral penting
- Mengandungi serat makanan dan protein - mudah lawas
- Tinggi kalsium - 60% kalsium (dibancuh dengan whole milk).
- Dilengkapi dengan magnesium dan vitamin D untuk penyerapan kalsium yang berkesan
- Kolina pada lecithin soya yang terkandung dalam mealshake penting untuk perkembangan minda
- Tidak mengandungi laktosa (sesuai untuk orang yang alah laktosa)
- Penting untuk tumbesaran - Mengandungi asid folik, biotin dengan kalsium, magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses membesar
- Kaya dengan antioksida - yang bertindak melawan jangkitan, meningkatkan sistem imun. Seperti vitamin A, C, E, Zink dan selenium.
- Mencantikkan kulit - Mengandungi vitamin B lengkap, zat besi dan copper untuk membina sel-sel darah merah yang sihat dan mencantikkan kulit
- Hidangan yang ideal, rendah kolestrol, lemak dan sodium
- Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang terdapat di dalam protein termasuk yang asid amino perlu dan juga tidak perlu.
- Sediakan jumlah yang seimbang bagi setiap sembilan asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang baik.




















.jpg)






.jpg)
