Monday 23 June 2014

[ Tips ] Ikhtiar untuk banyakkan susu badan (milk booster) dengan Alfafa Complex & ESP

Assalamualaikum semua...
Mesti ramai dikalangan para ibu kadangkala mengeluh tentang susu mereka yang 'cukup-cukup' makan atau kadang-kadang tak cukup bukan?

Tak kurang juga yang mengadu stok EBM mereka umpama 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'.
Macam mana caranya untuk menambahkan susu badan? Betul ke ada supplement yang boleh menjadi milk booster?



Benar setiap anak ada rezekinya, namun jika cara biasa tidak membuahkan hasil, selaku ibu, kita harus mencuba untuk memberikan yang terbaik.



Dan tidak salah mencuba supplement untuk membantu menambah tenaga,mengurangkan tekanan seterusnya membantu menambahkan pengeluaran susu badan.


Terdapat dua supplement asas didalam Set Penyusuan Shaklee yang boleh dicuba jika anda kekurangan budget.Supplement tersebut adalah Alfalfa Complex dan ESP(Soy Protein Isolate Powder).



Mungkin ramai yang tidak mengenali Alfalfa. Kalau sebut Tongkat Ali dan Kacip Fatimah,mungkin ramai yang tahu. Alfalfa ni sebenarnya juga digelar Raja Segala Tumbuhan. Alfalfa sangat glamour dikalangan pengguna vitamin Shaklee.

Untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi dan ingin menambahkan susu badan, AlfaLfa adalah salah satu supplement terbaik yang selalu saya sarankan.

In syaa Allah berkesan untuk boost pengeluaran susu badan anda! Eyda sendiri hingga sekarang mengamalkan pengambilan Alfafa..Alhamdulillah murah rezeki Baby Muhammad :)




KHASIAT ALFALFA COMPLEX

Selain tu, Alfalfa juga membantu mereka yang mengalami bengkak, sakit sendi, arthritis, ulser, penyakit perut, masalah kolon, sakit ulu hati, hernia,sembab air, tiada selera makan, bengkak buku lali dan kaki, sinus, alahan,hayfever, gout, bau badan, kaki busuk dan nafas berbau.

Alfalfa adalah semulajadi, antihistamin, diuretik, membantu penghadaman, kaya dengan serat dan klorofil, kaya dengan mineral, baik untuk pesakit kencing manis, merendahkan kolestrol, dan anti-tumor dan anti-bakteria.

Vitamin yang ditemui dalam Alfalfa :

1) Vitamin A – untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan,terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel,menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

2) Vitamin E – melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

3) Vitamin U – menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

4) Vitamin B6 – membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

5) Vitamin K – penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

6) Vitamin D – mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kan untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.


MINERAL yang ditemui dalam Alfalfa :

Kalsium – membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

Zat Besi – diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

Kalium – perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

Fosforus – diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

Klorin (klorida) – elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

Sodium – mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

Silikon Magnesium – membantu badan untuk menangani sembelit;
ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.


Lain-lain KEISTIMEWAAN Alfalfa :

  • Kaya dengan protein – 18.9% berbanding daging lembu ,3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur. (Otot terdiri protein dan kurang protein menyebabkan keletihan dan kelesuan) –> membantu dalam penyusuan ibu.
  • Akar alfalfa yang dalam mencari mineral penting dalam tanah, yang tidak kesampaian oleh tumbuh-tumbuhan lain. 
  • Alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.
*Alfalfa Shaklee diperbuat dari daun alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA – ditanam tanpa pertisid, racun kulat, bacteriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.


Partner kepada Alfalfa dalam menambahkan tenaga dan membantu menambahkan pengeluaran susu badan tak lain tak bukan adalah Energizing Soy Protein (ESP) drink! ESP juga amat popular dikalangan pengguna vitamin Shaklee malahan ada dikalangan para suami yang mencuba ESP.



KHASIAT ESP (SOY PROTEIN ISOLATE POWDER)

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi dengan semua asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP adalah rendah lemak dan bebas laktosa dan kolesterol.

Kelebihan ESP Shaklee :

• Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
• Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
• Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
• Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP),di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.


Bagaimana ingin memiliki Cadangan Set Penyusuan Asas ini ?

Hubungi Eyda di 01112909545(sms/call/whatsapp/telegram) atau emailkan sebarang pertanyaan ke eydashub@gmail.com

Cadangan Set Penyusuan Bajet ini hanyalah berharga RM203.75 sahaja! Kos pos laju ke
Semenanjung Malaysia adalah RM10 dan Sabah/Sarawak/WP Labuan adalah RM15. 

Setiap pembelian Set Budget BF ini anda akan layak menerima: 

1. Jadual pengambilan
2. Cara pengambilan terbaik
3. Tips utk menambahkan susu ibu
4. Variasi resepi ESP

Semua diatas adalah esklusif untuk pelanggan mummyhealthyvitastore.blogspot sahaja!
Hubungi kami segera!


SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545

0 comments:

Post a Comment