Friday 11 December 2015

Tips Jadi Ibu Bapa Yang Hebat


Tidak ada satu pun yang boleh mengaku caranya mendidik anak adalah yang paling betul. Teknik keibubapaan yang diamalkan oleh setiap orang adalah berbeza. Setiap orang punya cara tersendiri yang sangat subjektif untuk diukur sama ada salah atau betul.

Tetapi ada beberapa perkara telah dipraktiskan oleh ibu bapa yang berjaya. Jadi, tak salah kita yang bergelar ibu bapa turut mencubanya. Semua demi mendidik anak-anak yang hebat.


1. Rajin berborak dengan anak

Purata kekerapan perbualan berkait rapat dengan keupayaan membaca dan IQ kanak-kanak. Kira-kira 88 - 98% perkataan yang digunakan oleh kanak-kanak usia tiga tahun diperoleh daripada perbendaharaan kata ibu bapa. Lagi kerap anda bercakap dengan anak, lagi tinggi penguasaan kata dan perbendaharaan katanya. Jadi, rajin-rajinlah berborak dengan anak anda. Jangan marah, kalau anak rajin bertanya.


2. Membaca dengan anak

Kajian mendapati anak yang ibu bapanya kerap membacakan buku untuk mereka sekurang-kurangnya 20 minit sehari akan mencapai prestasi lebih tinggi ke hadapan berbanding kanak-kanak lain pada usia mereka 15 tahun. Tak dapat dinafikan lagi amalan membaca akan menjadi kunci kejayaan seseorang itu.


3. Biarkan anak bermain

Bermain merangsang kemahiran fungsi eksekutif iaitu meningkatkan memori bekerja, fleksibiliti tugasan, menyelesaikan masalah dan keupayaan untuk mengawal diri.


4. Hadkan masa tonton TV

Anda tentu tidak mahu anak-anak yang terdedah dengan risiko masalah kesihatan kan? Tahukah anda, secara purata kanak-kanak menonton 20,000 iklan di TV dalam setahun. 34% iklan yang tersiar di TV merangkumi makanan tinggi gula. TV membebankan bahagian visual otak manusia sekaligus merosakkan kreativiti.
Satu jam menonton TV setiap hari = memberi masalah kepada tumpuan pembelajaran di sekolah.


5. Galakkan kreativiti

Biasanya kalau cikgu bertanya kepada murid tadika, siapa yang suka melukis. Semua murid akan mengangkat tangan. Tetapi semakin mereka membesar, tidak ramai yang gemar aktiviti melibatkan kreativiti. Sebenarnya kreativiti membentuk sikap yakin diri seseorang. Jadi, galakkan anak anda untuk membuat aktiviti kreatif kerana ia bagus untuk membantu perkembangan mereka.


6. Rapat dengan anak

Sentuhan, belaian, pelukan, perbualan, bergurau, ketawa, menyanyi adalah keperluan penting untuk anak-anak kecil. Ia membantu membentuk asas diri yang kuat bagi melahirkan anak yang sihat tubuh badan, pintar otak dan positif emosinya.


Eyda percaya, kebanyakan ibu bapa masa kini berusaha untuk menjadi ibu bapa yang hebat bukan ? ❤

Kerana lahirnya anak yang hebat adalah dari ibu bapa yang hebat 😊

In shaa Allah . Sekian sahaja perkongsian Eyda petang ini. Jumpa di entry seterusnya ❤❤

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau perlukan konsultasi mengenai Shaklee, jangan malu jangan segan hubungi Eyda ya 😊



0 comments:

Post a Comment