Showing posts with label COD Shaklee Machang. Show all posts
Showing posts with label COD Shaklee Machang. Show all posts

Sunday, 12 April 2020

6 CABARAN KETIKA HAMIL

DISAHKAN hamil tentunya menjadi berita paling ditunggu-tunggu setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Tiada kata-kata dapat menggambarkan kesyukuran dan kegembiraan dirasai apabila menerima rezeki yang sangat diharapkan. Namun hakikatnya kehamilan bukan sesuatu yang mudah kerana terdapat pelbagai dugaan perlu dilalui si ibu sepanjang sembilan bulan membawa kandungan.



Lain kehamilan lain ragamnya, ada bakal ibu yang berdepan masalah kesihatan juga fizikal seperti kenaikan berat badan. Ada juga yang berdepan dengan perubahan emosi menakutkan ketika hamil.Sesetengah ibu hamil mengalami tekanan perasaan melampau dan sering berasa muram hinggakan perkara remeh boleh menyebabkan emosi terganggu dengan mudah.

Situasi berkenaan bagaimanapun adalah normal kerana ia dikatakan berlaku akibat perubahan hormon dalam badan si ibu. Ramai pakar perubatan berpendapat, perubahan emosi itu berlaku sepanjang 10 minggu pertama kehamilan. Ia akan berkurangan apabila memasuki trimester kedua sebelum semakin hilang begitu saja ketika usia kandungan semakin menghampiri tempoh kelahiran.

So disini suka Kekda nak share dengan anda semua antara cabaran-cabaran yang selalu dihadapi oleh ibu-ibu yang hamil. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu perjalanan ibu-ibu semasa hamil.


Antara cabaran yang selalu ibu-ibu akan hadapi semasa hamil adalah, kekejangan kaki. Ini memang situasi atau keadaan yang normal bagi ibu-ibu mengalami masalah ini ketika hamil. Biasanya permasalahan ini berlaku pada waktu malam dan pada kehamilan yang hampir kepada due untuk melahirkan anak. 


1) KEKEJANGAN KAKI




Situasi ini berlaku biasanya disebabkan oleh berat badan yang berlebihan ketika hamil , kekurangan sumber nutrisi yang diperlukan badan ketika hamil contohnya seperti kalsium & magnesium. Selain itu juga ibu-ibu akan mengalami masalah ini sekiranya ibu-ibu terlalu aktif dalam seharian melakukan aktiviti harian atau kerja berat.

Ibu-ibu jangan risau, boleh apply tips dibawah untuk mengurangkan masalah ini ketika hamil. Antaranya adalah :

Berjalan perlahan-lahan dan lakukan aktiviti ringan di rumah.
• Elak memanjakan diri dengan tidur sepanjang hari kerana ia menyebabkan peredaran darah tidak lancar.
• Lakukan senaman regangan kaki yang ringan.
• Elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.
• Minum air secukupnya sekurang-kurangnya dua liter sehari atau lebih bagi memastikan pengaliran darah berlaku dengan lancar.
• Rendam kaki dalam air suam atau menggunakan alat tuaman panas bagi mengurangkan kesakitan dan otot lebih rilaks.
• Tinggikan hujung kaki ketika tidur dengan gunakan bantal tambahan yang diletakkan di bawah kaki.
• Pastikan postur badan sentiasa dalam keadaan yang baik.
• Ketika duduk, elakkan tabiat melipat kaki supaya darah dapat mengalir ke bahagian kaki secara lebih menyeluruh.
• Pakai stoking bertekanan yang mampu mencegah kaki daripada kejang.

Selain itu, pastikan minum air kosong secukupnya kerana kekurangan air menyebabkan ibu-ibu mudah mendapat kejang kaki terutama pada betis. Ibu-ibu juga boleh mengambil sumber kalsium & magnesium yang mencukupi semasa kehamilan seperti OSTEMATRIX SHAKLEE yang mengandungi kadar kalsium dan magnesium serta nutrisi lain yang penting untuk ibu-ibu semasa hamil.



2) BERAT BADAN BERLEBIHAN




Ini juga antara masalah yg sering dihadapi ibu ketika hamil. Walaupun ketika hamil, ibu-ibu mempunyai selera makan yang tinggi, ibu-ibu juga harus mengambil berat akan berat semasa ibu-ibu semasa hamil. Kerana ianya akan memberikan effect kepada Ibu dan juga bayi didalam kandungan . 

Sebenarnya berapa berat yang perlu kita tambah waktu mengandung? Ianya bergantung kepada berat dan BMI sebelum mengandung. Disini Kekda kongsikan jadual khas buat anda ibu-ibu yang sedang hamil akan berat yang sepatutnya ketika hamil. 




Berikut beberapa tip mudah untuk mengawal berat bdan ibu sepanjang tempoh kehamilan.

  • MAKAN DALAM KUANTITI YANG KECIL
  • PASTIKAN MINUM AIR SECUKUPNYA
  • HADKAN/KURANGKAN MAKANAN DAN MINUMAN MANIS
  • REHAT YANG MENCUKUPI
  • BANYAKKAN BERGERAK
  • JANGAN TERLALU MENYIKSA DIRI
  • TULIS APA YANG ANDA MAKAN
  • Wanita mengandung hanya perlu tambah extra kalori sebanyak 300 kalori sahaja.

3. KEGUGURAN RAMBUT 




Ada perubahan yang positif seperti seri kehamilan dan banyak juga perubahan yang kurang digemari semasa hamil, antaranya adalah perubahan pada rambut.

Rambut merupakan mahkota bagi wanita, justeru sudah pasti ibu hamil akan memberikan perhatian khusus pada penjagaan rambut mereka. Beruntung bagi sesetengah wanita yang mengalami perubahan rambut lebat semasa hamil. Ini kerana, hormon tambahan yang mengalir pada tubuh ibu hamil akan beralih ke kitaran rambut menjadikan rambut ibu bertumbuh dengan lebih cepat dan kurang gugur.

Tahukah Anda?

Nutrisi dan vitamin kehamilan boleh memberikan perlindungan untuk folikel rambut anda dan menggalakkan pertumbuhan rambut baru


Walau bagaimanapun, bukan semua wanita hamil bernasib baik mendapat rambut yang diimpikan semasa hamil. Tidak mustahil juga ibu hamil akan mengalami masalah rambut gugur dan rambut kering. Oleh itu, penjagaan rambut yang betul adalah perlu bagi memastikan ibu menjalani alam kehamilan yang lancar. Selain dari itu ibu hamil juga perlu mengambil vitamin kehamilan/prenatal yang penting contohnya seperti protein (ESP), zat besi (VITALEA), biotin, Vitamin B (BCOMPLEX) dan Vitamin C (SUSTAINED RELEASED VITA C)

4. PERUBAHAN EMOSI




Perubahan emosi waktu hamil boleh disebabkan oleh perubahan hormon, keletihan dan tekanan perasaan. Perlu diingatkan, bahawa kesihatan mental dan emosi adalah sama pentingnya dengan kesihatan fizikal sewaktu mengandung.

TIPS MENGURUS EMOSI TIDAK STABIL KETIKA HAMIL :

1. Sering ingatkan diri bahawa kehamilan adalah rezeki dan amanah daripada Allah. Sebagai bakal ibu, anda perlu belajar menerimanya dengan tangan terbuka.
2. Rehatkan diri dan fikiran dengan sepenuhnya. Jangan bebankan diri dengan tugasan tertentu sebelum saat kelahiran.
3. Perasaan runsing juga pasti berkurangan jika hubungan dengan pasangan lebih intim. Hubungan itu umpama jaminan pasangan ada untuk anda dan anda juga tidak berseorangan ketika menghadapi cabaran mengandung.
4. Wujudkan sistem sokongan sebelum dan selepas bayi dilahirkan. Ada juga ibu hamil tanpa suami di sisi, jadi dekati keluarga dan rakan rapat yang setia mendampingi.
5. Tidak salah jika lakukan sesuatu yang boleh membuatkan rasa gembira misalnya menghabiskan waktu berkualiti bersama pasangan atau waktu bersendiri seperti menikmati urutan dan menonton wayang bersama teman baik.
6. Kongsi masalah atau sebarang kebimbangan bersama teman baik. Ia bukan saja meringankan beban masalah malah dapat menghilangkan seketika tekanan.
7. Pengurusan tekanan juga penting daripada membiarkan ia membebankan perasaan dan emosi.
8. Selain itu, pastikan mendapat waktu tidur yang cukup, makan teratur serta melakukan senaman ringan untuk mengeluarkan peluh.
9. Ambil vitamin kehamilan seperti Vitamin B, Zat Besi, dan Asid Lemak.

5. JISIM TULANG BERKURANGAN



Bayi anda memerlukan kalsium untuk membentuk tulangnya, dan sebagai ibu anda perlu menyediakan semua nutrien yang diperlukannya untuk membesar melalui diet anda. Jika anda tidak mendapat kalsium yang secukupnya dalam diet, bayi anda akan menyerapnya dari tulang anda sendiri. Akibatnya, tulang anda akan kekurangan kalsium. 

Anda perlu membawa bayi di dalam rahim buat beberapa bulan dan ini boleh meletakkan beban pada tulang belakang anda. Namun, wanita mengandung turut menghasilkan lebih estrogen iaitu sejenis hormon yang dapat melindungi tulang. Hasilnya, apa juga kehilangan jisim tulang ketika mengandung biasanya pulih setelah bersalin. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh mengabaikan tulang anda. Menjaga kesihatan tulang tetap penting untuk kesejahteraan anda dan bayi anda.

Tips :
  • Amalkan gaya hidup sihat
  • Jangan merokok dan minum minuman beralkohol
  • Lakukan senaman ringan
  • Dapatkan pengambilan kalsium dan mineral penting

6. MABUK HAMIL



Tempoh kehamilan selalunya memberi banyak pengalaman yang menyeronokkan. Bermula saat mengetahui diri berbadan dua, melalui perubahan hormon, mabuk hamil, perut membesar, hinggalah kepada tendangan kecil dan pergerakan aktif bayi. Bagaimanapun, tidak semua wanita melalui proses kehamilan yang sama.
Sekurang-kurangnya 60 peratus daripada ibu mengandung akan mengalami simptom mabuk hamil seperti loya, muntah-muntah, hilang selera makan atau alah kepada bau, persekitaran mahupun individu tertentu. Namun ada juga wanita hamil yang terlepas daripada melalui saat memenatkan ini.

Tips :
  • Makan sedikit dan kerap
  • Jika muntah pastikan air mencukupi
  • Cuba teh pudina halia
  • Ambil vitamin pranatal terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu kurangkan mabuk hamil anda

Apapun, jangan stress ketika hamil, enjoy your pregnancy journey in shaa Allah sepanjang journey kehamilan kita pasti dipermudahkan. Jangan lupa juga banyyak beribadat, dekatkan diri dengan ALLAH SWT agar kita sentiasa dikurniakan ketenangan sepanjang kehamilan dan dijauhi dari segala perkara-perkara yang tidak baik.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan info untuk SET KEHAMILAN SHAKLEE, boleh terus whatsapp Kekda okay. In shaa Allah Kekda akan cuba bantu anda ❤️.

Kekda,
Your Trusted Shaklee Consumer since 2013
012-8989545
Continue Reading

Friday, 10 April 2020

SET HAMIL SHAKLEE (Nutrisi Penting Ketika Hamil)

Sebaik saja kita dimaklumkan kita telah hamil, dengan serta-merta mindset kita pun kena ubah. Sebab mulai saat itu, segala keperluan nutrisi dalam badan, akan dikongsi bersama dengan janin. Betul tak ?

Sebab itu, Ibu yang hamil harus sentiasa dalam keadaan yang bersedia mental, fizikal & emosi untuk menghadapi saat-saat semasa hamil.


SET KEHAMILAN SHAKLEE - Nutrisi Lengkap untuk keperluan Ibu dan Bayi semasa Hamil.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
KENAPA IBU HAMIL MEMERLUKAN NUTRISI SECUKUPNYA : ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
IRON (VITALEA) - menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan Ibu dan juga tumbesaran bayi. Sangat penting untuk Ibu Hamil yang mengalami Low HB.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
ASID FOLIK (BCOMPLEX) - Menyokong pembentukan sistem saraf bayi, penghasilan hormon dan juga sel-sel darah merah. ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
VITAMIN C (SUSTAINED RELEASED VITA C) - Ibu sangat mudah untuk terima jangkitan demam, batuk dan selsema. Vitamin C sangat perlu untuk kuatkan sistem imun badan selain bagus untuk kulit bayi.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
KALSIUM (OSTEMATRIX) - Merupakan nutrisi yang sangat kuat diserap oleh bayi. Ibu akan cenderung utk mengalami masalah gigi rapuh, kejang kaki. Pengambilan kalsium yang cukup, akan membantu menguatkan tulang bayi dan Ibu.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
OMEGA 3 (OMEGA GUARD ) - Penting untuk perkembangan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Selain itu, Omega membantu mengelakkan pembekuan darah, risiko sakit jantung dan darah tinggi ketika hamil.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
PROTEIN (ESP) - Sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Juga membantu membekalkan Asid Amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.⠀⠀⠀

So Kekda sangat-sangat mencadangkan korang untuk mengambil SET HAMIUL SHAKLEE yang complete untuk keseluruhan keperluan Ibu dan janin . Kekda sendiri memang setiiap kali hamil, akan ambil SET HAMIL SHAKLEE ini untuk mencukupkan keperluan nutrisi Kekda dan juga baby didalam kandungan.



Alhamdulillah, kesannya amat positif kepada Kekda dan bayi semasa hamil dan juga setelah melahirkan. Antara kesan positif yang Kekda sendiri alami selepas mengambil SET HAMIL SHAKLEE ini adalah :

  • Semasa hamil, tiada masalah sembelit.
  • Kekda juga Alhamdulillah tiada masalah HB Low walaupun Kekda sememangnya sinonim dengan masalah HB low, tapi bula konsisten ambil set ini, Alhamdulillah ianya dapat mengatasi masalah ini.
  • Selain itu, Kekda juga tak alami masalah cramp kaki ketika hamil. 
  • Selepas melahirkan baby, baby tiada jaundice. Alhamdulillah untuk kesemua anak2 Kekda tiada masalah jaundice semasa pantang walaupun Kekda berdarah O+.
  • Luka bersalin cepat sembuh.
  • Tiada koyakan semasa bersalin.
  • Baby aktif sentiasa semasa kehamilan.

Actually banyak kesan positif yang Kekda sendiri rasai dari kehamilan anak kedua sehingga kelima. Cuma anak sulung je Kekda belum kenal Shaklee lagi ketika itu. Kesan yang paling positif bagi Kekda adalah tiada koyakan semasa bersalin, energetic sepanjang kehamilan, dan baby bebas jaundice. 

Teringat lagi katakata Doktor Pakar di Hospital Kuala Krai & Machang ketika Kekda melahirkan anak ke3, 4 & 5. Muka dah sinonim sangat beranak hehe. Doktor tu bagitahu,

" Bagus Puan amal Shaklee ni. Saya sendiri pun recommend kepada Ibu2 yang ada bajet extra untuk consume supplement ketika hamil. We can see the result by looking at you & your baby condition. Good Puan, moga sihat sentiasa ya ."

Begitulah, serba sedikit experience Kekda consume SET HAMIL SHAKLEE ini. Sayang pula if Kekda tak share kebaikan yang Kekda sendiri dah rasai kan. In shaa Allah tak salah kita ikhtiar untuk makesure kesihatan kita semasa hamil cukup nutrisi. 

Dan untuk pengetahuan korang semua, sekarang kita ada PROMOSI APRIL 2020 untuk SET HAMIL SHAKLEE ni tau. Kalau ikutkan harga asal 1 set ni berharga lebih RM500. Tapi sekarang promosi hanya RM438.30 sahaja tau. Selain dari itu, sekiranya korang purchase set ini, korang akan dapat :

  1. FREE SHIPPING SELURUH MALAYSIA
  2. PENJIMATAN SEBANYAK RM246
  3. PERCUMA KEAHLIAN SHAKLEE SECARA AUTOMATIK (Worth RM65)
  4. PELUANG JANA INCOME (Sekiranya anda berminat untuk buat income melalui Shaklee sehingga 7 angka)
Banyak kan penjimatan yang korang dapat ? Bila lagi nak grab kalau bukan sekarang . If ada yang berminat nak mencuba SET HAMIL SHAKLEE, boleh contact Kekda terus melalui whatsapp okay. Untung sangat sangat 👍🏻. 


KEKDA,
Trusted Shaklee Consumer since 2013
012-8989545

Continue Reading

Monday, 21 December 2015

VIVIX Shaklee (Fungsi, Kebaikan dan Testimoni)

Vivix merupakan satu produk yang telah dipatenkan khas di bawah syarikat supplement nombor 1 di dunia, Shaklee. Entri kali ini akan menceritakan tentang Vivix Shaklee. Fungsi, keistimewaan supplement Vivix ini, siapa yang memerlukan, kandungan bahan-bahan dalam Vivix Shaklee serta kebaikan dan testimoni para pengguna Vivix.


Diharap semua pembaca mendapat info dan manfaat dari entry Kekda kalini. 

Pengenalan Vivix Shaklee




Vivix dari Shaklee ialah sebuah supplement anti-oksidan yang terhasil daripada campuran resveratrol dan memiliki kuasa 10 kali ganda lebih daripada hanya sekadar resveratrol biasa. Bahan utama Vivix ialah Anggur Muscadine iaitu sejenis anggur yang sangat jarang ditemui dan memiliki keunikan tersendiri berbanding anggur biasa yang lain iaitu anggur ini memiliki satu kromosom yang lebih daripada biasa





KEISTIMEWAAN VIVIX SHAKLEE :


 MEMPERBAIKI DNA


Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.


MEMPERBAIKI TENAGA SEL

Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh. Ianya juga
membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.






KEBAIKAN VIVIX SHAKLEE : 


Supplement anti-oksidan Vivix ini menggunakan Anggur Muscadine dengan 3 campuran bahan lain iaitu Japanese Knotweed, Elderberry Eropah, Lobak Ungu. Setiap proses pengekstrakan bagi menghasilkan campuran 10 kali ganda lebih baik dari resveratrol biasa ini adalah dipatenkan khas untuk Shaklee. Bermakna, tidak ada syarikat lain yang boleh meniru formula penghasilan Vivix. 

Kandungan resveratrol dan polifenol di dalam Vivix adalah sangat berkepekatan tinggi kerana ianya 100 kali ganda lebih daripada fungsi resveratrol yang biasa. Dan bioaktif polifenol di dalam setiap botol Vivix adalah kekal menjadikan ia mampu memberikan fungsi yang optimum buat semua pengamalnya.

Vivix Shaklee adalah halal, bersih dan tidak ada perisa buatan, pemanis tiruan dan tiada bahan pengawet didalamnya.





Testimoni Mereka yang Pernah menggunakan Vivix Shaklee.














Bulan ni ada tawaran TWINPACK VIVIX tau. Sangat jimat sebab setiap pembelian Twinpack Vivix ini, korang akan dapat FREE MEMBERSHIP + FREE SHIPPING & CASHBACK .






Whatsapp je Kekda untuk dapatkan lebih info atau untuk konsultasi | 0128989545


Continue Reading