1. Perut Anda Kelihatan Turun (Lightening)
Beberapa minggu sebelum bersalin, bayi anda akan mula turun ke pinggul anda. Tetapi bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak biasanya proses ini berlaku ketika anda sudah terlalu hampir dengan bersalin. Bayi anda telah berada dalam kedudukan untuk keluar, kepala ke bawah dan rendah.
Serviks juga sudah mula membuat persediaan untuk kelahiran. Ia akan mula membuka dan menipis pada hari-hari atau minggu sebelum anda bersalin. Semasa rutin checkup, doktor atau bidan akan memeriksa pembukaan serviks anda. Tetapi tidak semua orang sama, jadi jangan risau jika serviks anda belum membuka pada ketika itu.
Sepanjang kehamilan anda, hormon relaxin telah melembutkan dan melonggarkan semua ligamen anda. Sebelum anda bersalin, anda mungkin merasa sendi seluruh badan anda berasa lebih longgar. Ia adalah cara semulajadi untuk membuka pelvis anda untuk memberi laluan kepada bayi anda.
Apabila otot-otot di dalam rahim anda menjadi longgar sebagai persediaan untuk kelahiran, otot-otot lain di dalam badan pun turut sama longgar termasuk otot rektum. Ini boleh menyebabkan anda mungkin mendapat cirit birit. Walaupun seperti menyusahkan, ia adalah satu petanda yang baik!
Penambahan berat badan akan mendatar di akhir kehamilan. Malah, sesetengah ibu mungkin akan kehilangan beberapa kg. Ini adalah perkara biasa dan tidak akan memberi kesan kepada berat lahir bayi anda. Berat badan bayi akan terus bertambah, tetapi berat anda berkurang disebabkan air ketuban semakin berkurang dan anda lebih kerap membuang air kencing.
Anda akan berasa sangat susah untuk tidur malam pada ketika ini. Perut yang berat menekan pundi kencing menyebabkan anda selalu ke tandas. Jika boleh cuba dapatkan tidur yang cukup di siang hari.
Tetapi ada juga ibu-ibu hamil yang mempunyai tenaga ekstra semasa mendekati waktu bersalin. Mereka yang mempunyai nesting mood ini sentiasa rasa hendak mengemas dan membersih rumah. Perkara yang sama berlaku kepada saya, saya suka mengemas, mengemop, melipat baju. Ini adalah normal tetapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri.
8. Keputihan (Discharge) Bertukar Warna Dan Semakin Pekat
Pada hari-hari terakhir sebelum bersalin anda akan mendapati vaginal discharge anda semakin kerap dan pekat. Ada juga sesetengah ibu hamil yang keluar mukus plug pada ketika ini. Mukus plug ini berupa segumpal lendir yang sangat pekat dan terdapat sedikit darah di dalamnya.
Ada juga ibu-ibu yang keluar darah merah jambu atau merah yang sedikit gelap yang dikenali sebagai bloody show atau turun darah. Ini adalah satu petunjuk anda hampir bersalin. Bergantung kepada individu itu, ada yang telah mula merasai kontraksi dan ada yang servikks telah mula dilate. Sebaiknya rujuklah doktor anda.
Contraction adalah satu tanda awal kelahiran. Tetapi anda boleh mengalami kontraksi Braxton Hicks selama beberapa minggu dan juga bulan sebelum bersalin. Anda akan merasa seperti otot rahim mengeras sebagai persediaan untuk menolak bayi keluar.
Bagaimana membezakan contraction sebenar dan palsu:
Jika anda aktif, contraction semakin kuat dan bukannya mengurang.Jika anda menukar kedudukan, contraction tidak hilang.Kesakitan contraction bermula di belakang, bergerak ke bahagian bawah abdomen anda, dan mungkin kaki anda.Contraction sebenar akan menjadi semakin kerap dan sakit, tetapi kemudiannya ia akan kembali kepada sediakala.
Pecah air ketuban sebenarnya adalah salah satu daripada tanda-tanda akhir bersalin. Ia sebenarnya sangat jarang berlaku iaitu kurang daripada 15% kelahiran. Jadi tidak hairanlah jika anda mungkin tidak merasai air ketuban pecah dengan sendirinya sebelum bersalin.
Di hujung kehamilan, doktor atau bidan anda akan mengingatkan anda tentang tanda-tanda di mana anda patut terus datang ke hospital. Contohnya sekitanya contraction anda berlaku setiap sela 5 minit selama 1 jam.
Tidak semua contraction akan datang dengan kerap, tetapi jika is telah konsisten, sudah tiba masanya anda harus ke hospital. Jika anda rasa kurang pasti sama ada anda patut ke hospital atau tidak, telefon doktor atau hospital untuk bertanya. Jangan merasa malu atau bimbang untuk menelefon di luar waktu pejabat.
√ Anda mengalami sebarang pendarahan atau discharge berwarna merah terang.
√ Pecah Air ketuban terutamanya jika air ketuban berwarna hijau atau coklat; ini boleh menjadi tanda bahawa meconium (najis pertama bayi) hadir. Ini merbahaya jika bayi tersedut atau tertelan.
√ Anda mengalami masalah penglihatan, sakit kepala, atau bengkak secara tiba-tiba atau teruk. Ini boleh menjadi tanda-tanda Pre Eclampsia atau tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan.
Set Kehamilan Shaklee DISINI



