Friday 11 September 2015

10 Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Bersalin

10 Tanda Anda Sudah Bersedia Untuk Bersalin

Tak kira anak pertama, kedua atau ketiga ibu-ibu pasti tertanya-tanya dan ternanti-nanti bilalah bayi dalam perut ini akan keluar. Bagi yang pertama kali pula mesti tertanya-tanya bila akan berlaku, bagaimana rasanya dan lama mana baru bersalin. Sukar hendak diramalkan jawapan soalan-soalan tersebut kerana setiap kehamilan tidak sama. Tetapi waktu bersalin yang hampir tiba boleh boleh diramal melalui beberapa tanda.

Pre-Labor: 1 Hingga 4 Minggu Sebelum Tarikh EDD (Estimated Delivery Date)

1. Perut Anda Kelihatan  Turun (Lightening)

Beberapa minggu sebelum bersalin, bayi anda akan mula turun ke pinggul anda. Tetapi bagi ibu yang pertama kali melahirkan anak biasanya proses ini berlaku ketika anda sudah terlalu hampir dengan bersalin. Bayi anda telah berada dalam kedudukan untuk keluar, kepala ke bawah dan rendah.


Anda mungkin akan berasa seperti anda sukar berjalan, sedikit terkedek-kedek dan mengangkang ketika berjalan. Anda akan kerap membuang air kecil kerana kepala bayi menekan pundi kencing anda. Tetapi berita baiknya pernafasan anda akan lebih lancar dan kurang mengah kerana bayi telah menjauhi paru-paru dan memberi lebih ruang kepada udara pernafasan.

2. Serviks Anda Akan Membuka (Dilates)

Serviks juga sudah mula membuat persediaan untuk kelahiran. Ia akan mula membuka dan menipis pada hari-hari atau minggu sebelum anda bersalin. Semasa rutin checkup,  doktor atau bidan akan memeriksa pembukaan serviks anda. Tetapi tidak semua orang sama, jadi jangan risau jika serviks anda belum membuka pada ketika itu.


3. Lebih Kerap Kejang Dan Sakit Belakang

Terutamanya jika ini bukan kehamilan pertama, anda mungkin merasa sedikit kejang dan sakit di pangkal paha serta belakang. Otot dan sendi anda meregang dan beralih sebagai persediaan untuk kelahiran.

4. Sendi Berasa Longgar

Sepanjang kehamilan anda, hormon relaxin telah melembutkan dan melonggarkan semua ligamen anda. Sebelum anda bersalin, anda mungkin merasa sendi seluruh badan anda berasa lebih longgar. Ia adalah cara semulajadi untuk membuka pelvis anda untuk memberi laluan kepada bayi anda.

5. Cirit-birit

Apabila otot-otot di dalam rahim anda menjadi longgar sebagai persediaan untuk kelahiran, otot-otot lain di dalam badan pun turut sama longgar termasuk otot rektum. Ini boleh menyebabkan anda mungkin mendapat cirit birit. Walaupun seperti menyusahkan, ia adalah satu petanda yang baik!

6. Berat Semakin Berkurang

Penambahan berat badan akan mendatar di akhir kehamilan. Malah, sesetengah ibu mungkin akan kehilangan beberapa kg. Ini adalah perkara biasa dan tidak akan memberi kesan kepada berat lahir bayi anda. Berat badan bayi akan terus bertambah, tetapi berat anda berkurang disebabkan air ketuban semakin  berkurang dan anda lebih kerap membuang air kencing. 

7. Kerap Berasa Letih Dan Mood Mengemas Datang (nesting mood)

Anda akan berasa sangat susah untuk tidur malam pada ketika ini. Perut yang berat menekan pundi kencing menyebabkan anda selalu ke tandas. Jika boleh cuba dapatkan tidur yang cukup di siang hari.

Tetapi ada juga ibu-ibu hamil yang mempunyai tenaga ekstra semasa mendekati waktu bersalin. Mereka yang mempunyai nesting mood ini sentiasa rasa hendak mengemas dan membersih rumah. Perkara yang sama berlaku kepada saya, saya suka mengemas, mengemop, melipat baju. Ini adalah normal tetapi janganlah sampai memudaratkan diri sendiri. 

Beberapa Jam Sebelum Kelahiran

8. Keputihan (Discharge) Bertukar Warna Dan Semakin Pekat

Pada hari-hari terakhir sebelum bersalin anda akan mendapati vaginal discharge anda semakin kerap dan pekat. Ada juga sesetengah ibu hamil yang keluar mukus plug pada ketika ini. Mukus plug ini berupa segumpal lendir yang sangat pekat dan terdapat sedikit darah di dalamnya.

Ada juga ibu-ibu yang keluar darah merah jambu atau merah yang sedikit gelap yang dikenali sebagai bloody show atau turun darah. Ini adalah satu petunjuk anda hampir bersalin. Bergantung kepada individu itu, ada yang telah mula merasai kontraksi dan ada yang servikks telah mula dilate. Sebaiknya rujuklah doktor anda.

9. Contraction Semakin Kuat Dan Kerap

Contraction adalah satu tanda awal kelahiran. Tetapi anda boleh mengalami kontraksi Braxton Hicks selama beberapa minggu dan juga bulan sebelum bersalin. Anda akan merasa seperti otot rahim mengeras sebagai persediaan untuk menolak bayi keluar.

Bagaimana membezakan contraction sebenar dan palsu:

Jika anda aktif, contraction semakin kuat dan bukannya mengurang.Jika anda menukar kedudukan, contraction tidak hilang.Kesakitan contraction bermula di belakang, bergerak ke bahagian bawah abdomen anda, dan mungkin kaki anda.Contraction sebenar akan menjadi semakin kerap dan sakit, tetapi kemudiannya ia akan kembali kepada sediakala.

10. Pecah Air Ketuban

Pecah air ketuban sebenarnya adalah salah satu daripada tanda-tanda akhir bersalin. Ia sebenarnya sangat jarang berlaku iaitu kurang daripada 15% kelahiran. Jadi tidak hairanlah jika anda mungkin tidak merasai air ketuban pecah dengan sendirinya sebelum bersalin.

Di minggu-minggu terakhir kehamilan anda akan lebih kerap berjumpa dengan doktor anda. Mereka akan mebantu anda mengesan tanda-tanda kelahiran tersebut.

Bilakah Anda Patut Ke Hospital

Di hujung kehamilan, doktor atau bidan anda akan mengingatkan anda tentang tanda-tanda di mana anda patut terus datang ke hospital. Contohnya sekitanya contraction anda berlaku setiap sela 5 minit selama 1 jam.

Tidak semua contraction akan datang dengan kerap, tetapi jika is telah konsisten, sudah tiba masanya anda harus ke hospital. Jika anda rasa kurang pasti sama  ada anda patut ke hospital atau tidak, telefon doktor atau hospital untuk bertanya. Jangan merasa malu atau bimbang untuk menelefon di luar waktu pejabat.

Anda harus menelefon doktor anda sekiranya:

√ Anda mengalami sebarang pendarahan atau discharge berwarna merah terang.

√ Pecah Air ketuban terutamanya jika air ketuban berwarna hijau atau coklat; ini boleh menjadi tanda bahawa meconium (najis pertama bayi) hadir. Ini merbahaya jika bayi tersedut atau tertelan.

√ Anda mengalami masalah penglihatan, sakit kepala, atau bengkak secara tiba-tiba atau teruk. Ini boleh menjadi tanda-tanda Pre Eclampsia atau tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kehamilan.

Set Berpantang Shaklee DISINI

Set Kehamilan Shaklee DISINI


3 comments:

  1. Teringat kat Lisa semalam, katanya kepala baby dah engaged.

    Nice info Eyda! =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mel ke ifa? Wah dah nak bersalin dia ya? Eyda pun tunggu masa je ni 😊

      Delete