Tuesday 17 November 2015

Cadangan Set Merawat Cyst

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak ni, penyakit fibroid dan ovarian cyst sudah tidak asing lagi dikalangan wanita. Ibu saudara Eyda sendiri ada 2 orang yang menghidap penyakit ini. Dan mereka telah pun menjalani pembedahan untuk membuangnya. Dan malangnya ada juga kes yang berulang dan terpaksa lakukan pembedahan untuk kali ke-2 dan ada juga yang terpaksa buang terus rahimnya.


Apakah itu Cyst?


Cyst merujuk kepada poket yang berisi cecair, bahan separa pejal atau gas. Antara yang lazim adalah cyst ovari (ovarian cyst). Ramai wanita yang menghidap ovarian cyst ni namun ramai yang tidak sedar akan kewujudannya sebab tidak ada simptom atau gejala yang jelas.



Ovarian cyst ini menunjukkan masalah pada sistem peranakan dan antara punca masalah ketidaksuburan dan juga sukar hamil.


Jenis-jenis Cyst :


1) Endometriosis

        Terjadi bila tisu endometriosis melekat pada ovari dan memerangkap darah haid yang keluar setiap bulan. Lama-kelaman ia akan membentuk cyst pada ovari dan menyebabkan sakit setiap kali datang haid dan semasa melakukan hubungan intim bersama suami.


2) Polycystic Ovaries (PCOS)

        Ia terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepaskan telur (sel ovum) gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Lama kelamaan lebih banyak cyst yang terbentuk dan memenuhi ovari.


3) Cystadenomas

        Ia membentuk sel di atas permukaan ovari. Selalunya ia berisi cecair
    Dermoid cyst.

        Cyst jenis ini mempunyai tisu yang sama dengan bahagian lain dalam badan termasuklah kulit, rambut dan gigi.


Cyst boleh dikesan dengan mudah melalui ultrasound tapi selalunya dikesan secara tak sengaja bila melakukan ujian Pap Smear. Rata-rata wanita sekarang ni menghidap cyst tapi yang tidak serius dan akan hilang dengan sendirinya.


Tapi jika anda menghidap endometriosis atau PCOS, ia mungkin menjadi punca anda tidak subur dan sukar hamil. Dan ovarian cyst ini juga boleh bertukar menjadi kanser ovari.


Bagaimanakah Cara Merawat Ovarian Cyst?



Selalunya doktor akan pastikan tahap ovarian cyst ini. Kalau berada pada tahap terkawal, doktor akan monitor je. Tapi kalau masih membesar dan semakin serius, cyst akan dibuang melalui pembedahan. Rawatan hormon juga dilakukan untuk menyeimbangkan hormon dan mengelakkan pembentukan cyst.


Disamping meneruskan rawatan doktor, jika anda mencari rawatan alternatif untuk membantu mengurangkan simptom ovarian cyst, Cadangan Set Cyst Dan Fibroid ini adalah alternatif terbaik untuk anda.


Bagaimana Set Cyst Dan Fibroid ini dapat membantu anda?



Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan penyakit yang wujud sekarang ini adalah disebabkan oleh radikal bebas yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit termasuklah cyst dan fibroid yang mana berkemungkinan untuk menjadi kanser.


Dengan pengambilan anti-oksidan, ia dapat menyekat aktiviti radikal bebas ini dalam tubuh kita.


Dengan pengambilan Vitamin A (Carotomax), Vitamin C, dan Vitamin E yang merupakan anti-oksidan yang berkesan, badan kita dapat menentang radikal bebas ini dari terus menyerang sel badan kita, dengan izin Allah.


Selain itu, Vivix yang memang terkenal dengan keajaibannya juga adalah bersifat anti-oksidan yang sangat tinggi. Vivix juga berupaya untuk memperbaharui sel dan memperbaiki sel badan kita yang telah rosak.


GLA Complex juga memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu mengecutkan cyst dan fibroid ini. GLA (gamma linolenic acid) adalah sejenis asid lemak Omega-6 yang diperlukan untuk membentuk prostaglandin iaitu sejenis bahan berupa hormon yang mengawal keradangan dan mengawal atur proses badan yang normal.


Jadi dengan menambahkan kuantiti prostaglandin dalam badan, ia dapat membantu kecutkan cyst dan mengawal imbangan hormon untuk mengelakkan pembentukan cyst baru sekaligus membantu merawat masalah cyst anda.


Jom kita tengok bagaimana Set ini membantu rakan-rakan yang menghidap cyst juga :


#Testimoni 1:



Saya nak share testimonial saya menggunakan GLA selama 2 bulan. alhamdulillah cyst saya dah pun mengecut dari 4++cm (tak ingat yang tepat) ke 3.6cm. Tadi saya buat check up kat klinik nak tengok saiz cyst saya dan alhamdulillah.. Dan period saya pun dah tak keluar darah ketul-ketul lagi. Makan GLA adalah salah satu usaha saya sebab doktor pernah cadangkan saya buat pembedahan tapi saya tolak untuk mencuba GLA ni. Mudah-mudahan tahun 2013 nanti ada rezeki untuk saya pregnant pula.


#Testimoni 2 :



Selepas bersalin anak pertama, saya pergi check up seperti orang lain juga. Check up yang pertama adalah sebulan selepas bersalin. Pada hari appointment, doktor macam biasa, scan perut untuk pastikan rahim kecut seperti asal. Alhamdulillah, rahim dah kecut macam biasa…tapi, tiba-tiba doktor dapat kesan ada cyst di ovari saya….Dah besar 5 cm katanya..

    Air muka doktor macam cuak je…Mula-mula saya tak pasti apa itu cyst ovari dan kesannya….dia kata tunggu next appointment, scan tengok mcam mana….kalu perlu, kne operate buang…

    Operate? Alamak….seumur saya tak pernah kena bedah…dan sememangnya taknak operate…sebab apa yang saya tahu, bila operate ni seolah-olah kita dah ganggu sistem badan kita….kesian badan kita….masa bersalin dulu pun, saya dah berazam dan cakap dengan doktor, nak bersalin normal…Alhamdulillah, Allah permudahkan…

So, doktor set kan tarikh untuk next appointment…

    Next appointment pada 09/02/2011, saya scan lagi dan cyst tu masih 5.37 cm…Inilah gambar scan saya…Doktor dah mula plan nak operate saya…takpe, dia bagi can lagi sehingga next appointment utk pilih tarikh memandangkan anak saya baru 4 bulan dan fully breastfeed..Klau boleh, dia cadangkan saya operate bila anak dah umur 6 bulan supaya dah mula makan dan tak sepenuhnya bergantung pada susu badan…



Balik rumah, saya dah risau..saya memang nak elak daripada dibedah.

    Terus saya tanya senior saya, kak cery, ada ke produk Shaklee untuk rawat cyst ovari ni? Beliau rekemenkan saya dengan GLA Complex dan saya mula makan pada awal bulan April.



Pada next appointment iaitu 04/04/2011, Saya scan lagi dan ukuran diameter berkurangan menjadi 5.03 cm.Doktor masih rekemen untuk bedah….saya minta tunggu lagi hingga next appointment pad 13/05/2011, tibalah pada tarikh untuk saya operate untuk buang cyst tersebut.


Untuk kali terakhir, saya minta doktor scan dan ukuran diameter cyst tersebut menjadi 2.73cm !!! Anda boleh lihat pada gambar scan ni ada tulis diameternya tu…



Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab saya tak jadi dibedah..


Beliau juga mengamalkan doa ini.

Kredit kepada Puan Dila.


#Testimoni 3 :



Salam. Happy dapat tau customer merangkap sahabat paling rapat call, dia mengadu mengalami cyst yang sudah pun sebesar 5.5cm. Bulan lepas 13/6/13 order GLA Complex dan start makan. Harini 12/7/13 hampir sebulan pengambilan GLA Complex, pegi cek dan cyst dah mengecut kepada 3cm.. Alhamdulillah. Lega sangat dengar dia call bagitahu hal ni.


#Testimoni 4 :



Alhamdulillah syukur bila dapat tahu yang Set ini dapat membantu rakan-rakan yang betul-betul memerlukan. Harga bagi Set ini adalah :


    GLA Complex (60 Biji) – RMRM91.25
    Vitamin A (30 biji) – RM 74.00
    Vitamin C (180 biji) – RM 92.50
    Vitamin E (120 biji) – RM 149.00
    Vivix (150ml) – RM 475.00


Dengan pembelian Set Cyst dan Fibroid ini, anda akan dapat:

   - Keahlian PERCUMA bernilai RM68.90!
    - Harga yang jauh lebih MURAH!
    - Bonus pada bulan berikutnya!


Sekiranya anda sudah lama menderita ataupun baru sahaja menghidap penyakit cyst atau fibroid ini dan ingin mencuba rawatan alternatif, boleh hubungi Eyda okay ! Jangan malu, Eyda akan guide anda mengikut cara yang betul.

Dah ramai customer Eyda yang mempunyai masalah Cyst/Fibroid dan alhamdulillah dengan izin Allah masalah mereka dapat diatasi dengan mengambil Set ini.



0 comments:

Post a Comment