Tuesday 17 November 2015

7 Tips Sembuhkan Luka Selepas Bersalin

Assalamualaikum semua :)


Perkara yang paling mengerikan bagi semua ibu adalah menangani luka selepas bersalin. Tak kiralah luka bersalin secara normal ataupun secara Episiotomi atau secara Caesarean. Kalau boleh nak cepat-cepat kering luka kan ?





Ada yang kata pengambilan pati haruan memang akan mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Namun luka bahagian dalaman belum tentu kering dan boleh menyebabkan isi dalaman perut (bagi yang bersalin secara Caesar) menempel-nempel ataupun melekat.

Eyda ada rahsia untuk anda bagaimana untuk cepat sembuhkan luka dengan cepat. Tak kiralah luka bersalin biasa ataupuan secara Caesarean :)


1) BERHATI - HATI BILA BERGERAK

Berjaga-jaga semasa hendak duduk ataupun bangun. Pastikan anda berada dalam posisi yang betul sekiranya hendak duduk, bangun ataupun baring. Selalulah turunkan lutut dahulu supaya pergerakan anda tidak terlalu cepat atau terburu-buru yang mana ianya boleh menyebabkan anda akan merasa sakit/pedih pada bahagian luka. Lakukan pergerakan dengan perlahan-lahan. Alaskan dengan bantal sekiranya anda berasa tidak selesa semasa dudu atau baring.


2) GUNAKAN ICE PACK

Alaskan ice pack dengan kain yang sedikit tebal & kering. Kemudian letakkan pada bahagian luka untuk melegakan rasa sakit/ngilu tersebut.


3) ELAKKAN SEMBELIT

Tekanan yang tinggi pada bahagian bawah semasa sembelit adalah sangat tinggi. Jadi elakkan mengambil makanan yang boleh menyebabkan anda sembelit. Banyakkan mengambil sumber makanan berFIBER atau serat tinggi.


4) PASTIKAN BAHAGIAN LUKA SENTIASA BERSIH & KERING

Bahagian luka amat mudah terdedah kepada jangkitan kuman. Jadi pastikan bahagian luka anda (samaada luka bahagian bawah ataupun luka Caesar) sentiasa kering dan bersih. Biarkan bahagian luka terdedah kepada udara luar agar ianya sentiasa kering ataupun anda boleh menggunakan hair dryer untuk mempercepatkan proses pengeringan.(bagi luka caesar) Dan bahagian luka dibasuh dengan bersih dan lap sehingga kering untuk pastikan tiada lembapan (vagina).


5) SENAMAN KAGEL

Selain menguatkan lantai pelvik untuk mengelakkan peranakan jatuh atau tombong, senaman kagel juga menggalakkan peredaran darah berjalan dengan lancar yang mana ianya membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.


6) BASUHAN AIR GARAM

Basuh vagina anda dengan air suam dicampur dengan garam. Ada juga yang merendam punggung kedalam besen yang berisi air garam. Ianya mengurangkan kesakitan akibat luka dan membersih sehingga ke dalam vagina.


7) MENGAMBIL SUPPLEMENT

Dengan pengambilan Vita C, Zinc & Protein ianya dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka anda. Eyda sendiri memang mengambil kesemua supplement tersebut dan ternyata luka bersalin Eyda memang cepat kering. Tahun lepas Eyda bersalin anak ke3 dan consume Set Berpantang Shaklee, seminggu berpantang luka dah kering sepenuhnya. Baru-baru ini pula Eyda baru sahaj bersalin anak yang ke4 secara Caesarean, keluar je dari OT terus telan Zinc Complex now dah hari ke20 luka luar memang dah kering sepenuhnya pada hari ke8 berpantang. Nurse datang checkup di rumah pun cakap luka Caesar Eyda kering elok, cantik dan tidak menggelembung. Hanya nampak seperti garisan halus sahaja. Selain dari itu, supplement ini juga membantu meningkatkan sistem imun ibu dan juga baby yang disusui. Sembelit langsung tiada, badan rasa bertenaga, susu meriah dan paling penting baby langsung tak kena jaundice. Alhamdulillah


Mitos seperti meminum air putih yang banyak boleh menyebabkan luka lambat sembuh, dan juga pengambilan sayur sawi boleh menyebabkan urat kembang, angin satu badan & badan jadi seram sejuk itu semua adalah tidak benar sama sekali. 


Minum air secukupnya adalah sangat penting kerana selepas bersalin badan secara semulajadi akan membuang lebihan air di dalam badan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan menyebabkan badan akan kehilangan air secara mendadak. Ini boleh menyebabkan berlakunya masalah sembelit, dan kekurangan susu badan. 






Sekiranya anda masih tercari-cari Set Berpantang yang boleh diconsume terus sejurus selepas bersalin dan tanpa mengganggu jaundis baby serta boleh mengelakkan jaundis baby, jangan lupa hubungi Eyda okay. Eyda jamin Set Berpantang Shaklee memang sangat awesome dan terbaik ! DIJAMIN :) Eyda akan guide anda cara pengambilan yang betul dan efision. Bentuk badan anda akan kembali pulih seperti asal dan yang paling penting akan meningkatkan lagi tahap kesihatan dalaman dan luaran anda. Maklumlah badan kita ni nak pakai lama so kenalah jaga betul-betul dan dapatkan nutrisi yang betul :)


Anda boleh purchase sendiri Set Berpantang Shaklee dengan menekan gambar dibawah. Bayaran melalui Kad Kredit/Debit :) Dont worry tiada caj tersembunyi akan dikenakan.


Klik Gambar Untuk Order


Ataupun anda boleh hubungi Eyda untuk mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini :)






0 comments:

Post a Comment