- membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan
- kurang risiko kelahiran awal (pra matang)
- merendahkan risiko meroyan bagi ibu baru melahirkan
- menyalurkan khasiat EPA dan DHA yang ada di dalam Omega Guard untuk sistem imunisasi anak-anak
- meningkatkan kesihatan otak dan tubuh badan
- membantu merawat asthma, juga ekzema
- mengurangkan masalah batuk dan selesama pada anak-anak
- mencarikan kahak
- baik untuk kesihatan sendi
- juga memelihara jantung dan kesihatan sendi.
Monday, 24 June 2013
Berat badan tak turun selepas melahirkan memang menjadi satu perkara yang tak disukai oleh para ibu. Walaupun menyusukan anak, itu bukanlah alasan untuk ibu tidak cuba membuang lemak-lemak yang bersarang di badan. Omega Guard Shaklee adalah pilihan selamat bagi ibu menyusu membakar lemak. Ini kerana Omega Guard Shaklee bertindak membakar lemak di badan tanpa menjejaskan susu yang terhasil. Susu tidak akan berkurang, juga tiada pencemaran yang berlaku terhadap susu ibu.
Bagaimana Omega bertindak membakar lemak?
Omega 3 berupaya meningkatkan metabolisma badan. Kandungan Omega 3 di dalam darah juga memberi kesan tindakbalas kepada tubuh supaya mengguna lelemak di badan sebagai punca tenaga. Bukan itu sahaja, minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan bagi mereka yang mahu membuang lemak di badan.
Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang mengawal selera makan. Leptin (di dalam Omega 3) inilah yang akan beri signal kepada otak dan mengehadkan rasa lapar seseorang.
Seperti ibu menyusu, mereka sering mengadu lapar, katanya memberi makan kepada dua orang. Walhal, apa yang telah dimakan tadi telah cukup bagi ibu untuk menghasilkan susu. Tapi dek kerana rasa lapar yang sering muncul, ibu akan terus makan, dan makan lagi. Akhirnya, berat badan yang dikatakan boleh hilang kerana menyusukan anak tak juga hilang. Malah makin bertimbun-timbun, kerana makan terlebih.
Makan dengan banyak bukanlah penyebab susu menjadi banyak, tapi makanlah secara seimbang dan ibu perlu hidup dengan cara yang sihat. Bukan apa, berat badan yang berlebihan boleh menjadikan ibu menjadi obes atau menjadi masalah kesihatan yang lain. Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Insyaallah cita-cita menyusukan hingga dua tahun akan tercapai.
Banyak lagi kelebihan Omega Guard Shaklee selain bakar lemak ibu menyusu, diantaranya:
Sumber :We Love Susu Ibu
Friday, 21 June 2013
< TESTIMONI > Susu Semakin Meriah Setelah Consume Supplement Penyusuan SHAKLEE
Assalamualaikum semua..Entry kalini Eyda nak kongsikan testimoni-testimoni customer yang telah mengambil supplement untuk penyusuan badan..Hasilnya sangat mengkagumkan..siap boleh buat stok untuk bulan puasa lagi :) Jom kita tengok testimoni-testimoni dibawah ini..
TESTIMONI 1
''Sharing is caring..testimoni saya sendiri ni..dh 6bln menggunakan shaklee..bby pun dah 8bln.alhamdulillah,susu masih meriah..ibu ibu jom buat stok utk bulan puasa nti.saya dh mula buat stok..alhamdulillah sehari dpt hasil dlm 30-37oz..dpt buat stok 10oz sehari.inshaAllah,misi untuk buat stok boleh berjaya..dapatkan tips penyusuan drpd pengedar2 anda skrg!..kalau sy boleh,anda semua pun boleh!.''
- Puan Siti Nor Farina -
(https://www.facebook.com/siti.n.farina?hc_location=stream)
TESTIMONI 2
TESTIMONI 3
"My twins dah 2 tahun 6 bulan... still bf... tapi ye laaa... lelama macam surut jugak susu kan.. Sejak amalkan ALFALFA dan ESP memang consume awal join... si kembar meneguk susu siap bunyi2 gulk2 lagi.... Pastu siap jeling mama sambil senyum.."
-PUAN ARLINA-
![]() |
| Alfalfa - Milk booster |
![]() |
| ESP - Memekatkan susu ibu dan memberi tenaga kepada ibu |
Dah ramai yang berpuas hati setelah consume supplement penyusuan Shaklee ini..Eyda juga gembira kerana dapat menolong ibu-ibu di luar sana yang mengalami masalah-masalah seperti susu yang kurang memberangsangkan..In shaa ALLAH..kita hanya mampu berusaha,selebihnya kita serahkan pada Yang Maha ESA..In sha Allah akn dipermudahkan segalanya..Yang penting niat kita kena ikhlas dan jangan mudah putus asa :)
Untuk dapatkan produk-produk Shaklee ini boleh pm/sms/whatsapp Eyda ye :) ..
Tuesday, 18 June 2013
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate, Kelebihan Basic-H, Kelebihan/khasiat ESP, Supplement Untuk Ibu, Testimonial Basic-H, Testimonial - skincare
Testimonial ESP + BASIC H : Kulit Baby Semakin Putih & Gebu - Suhu Demam Turun Selepas Gunakan Basic H
Assalamualaikum dan selamat petang..Jom cuci mata baca kisah Puan Nurhafiza Zahari yang telah consume ESP + BASIC H dan mendapat kesan yang sangat mengkagumkan..kulit baby semakin putih,demam jarang "menyinggah" dan Basic-H yang beliau gunakan untuk mengelap badan anaknya ketika demam dan Alhamdulillah suhu badan sangat cepat turun :)
< TESTIMONI >
"Salam, just nak share experience sebelum & selepas makan ESP. saya start consume ESP lebih kurang 14 hari lepas bersalin. time tu amek set penyusuan + set slimming.. Gambar 1st tu time baby 3 hari... gambar bawah tu lebih kurang umur sebulan. kulit x berapa nak cerah sangat.. hehe... habis 1 canister saya stop sebab malas nak minum. then saya perasan susu saya drop + baby asyik bangun banyak kali tengah malam mintak susu. lebih kurang smggu mcm tu saya beli lagik 1 canister.. saya perasan yang lepas minum blk, baby dah x berjaga mlm & susu makin pekat. bgn pg minum xyah breakfast dah sbb kenyang, mlm sblm tdo mmg confirm minum sbb xnk baby berjaga mlm mintak susu.. gambar yg pkai bj merah tu bby bru masuk 5 bulan.. x silap ESP yg ke 2 dah.. yg sbelah tu gamba 7 bulan, dan yg latest 10 bulan, canister ke 4... gmbar atas sblh gmba baru lahir... perbezaan dr segi warna kulit kat baby. ramai yg tegur dia makin putih tp sy buat xtau.. bila belek gamba2 lama baru nmpak beza dia... ramai yg ckp x boleh minum soya sbb nanti anak kulit sensitif. x perlu risau kot, Basic H kan ada.. tiap2 kali mandi letak setitik, kulit elok, demam pon x dtg dkt. stakat ni Alhamdulillah 1st time baby demam masa dia umur 8 bulan. Panas sgt bdn.. lepas berendam dalam air Basic H, dgn izin Allah turun suhu dia.. syukur sgt.. skrg si kecik ni suka try minum Ribena + ESP yang saya buat untuk husband.. Husband pon dah wajib minum ESP malam2, dia cakap pergi keje nanti x penat mcm sblm ni.. Yg penting 1 canister tu tahan 2 bulan walaupun 2 orang minum tiap2 hari.. InsyaALLAH nak amek Meal Shake pulak utk baby sebab ada offer bulan ni"
Ini merupakan supplement yang Puan Nurhafiza Zahari amalkan :
![]() |
| ESP |
![]() |
| Basic-H |
Alhamdulillah,dengan izin ALLAH,suhu badan baby turun selepas direndam dengan Basic-H..Dan kulit baby pula semakin putih setelah ibunya mengamalkan pengambilan ESP..ESP mempunyai banyak khasiat antaranya mencerahkan kulit,menjadikan kulit semakin gebu,memekatkan susu ibu,mengurangkan berat badan dan banyak lagi.
Ramai yang telah mengalami perubahan positif setelah mengamalkan supplement Shaklee ini,anda bila lagi? :)
SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545
Pages : Mummy Healthy Vita Store
Monday, 17 June 2013
Alfalfa, ESP, GLA COMPLEX, Jerawat/Kulit kusam, Masalah Keputihan, Seafood Allergy, Testimonial - skincare, Vita-E, ZINC COMPLEX
< TESTIMONI > Supplement Kecantikan ESP , ALFALFA , ZINC , VITA E & GLA COMPLEX
Dah lama nk share tapi tak tershare2 so hari ni amik masa jap nk share..testimoni diri sendiri ...dulu kulit muka sangat2 la berminyak,kusam,jerawat kecik2 tumbuh kat dahi,alergi seafood,keputihan..uhh tensen masa tu...lepas amalkan pengambilan ALFALFA,ZINC COMPLEX,VITA E, GLA COMPLEX dan ESP ramai pulak yang puji kulit muka nampak seri lain macam...dan masalah keputihan, jerawat, kulit kusam dan berminyak hilang...dan alergi pada seafood dh takde..yeayy sangat2 hepi... tq Nor Farizan Mazlan sebab kenalkan saya pada produk shaklee ni...i love shaklee "Sharing is caring "
-Iam JazZs-
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT ,masalah beliau semakin pulih,malah semakin ramai yang memuji dengan perubahan yang di alaminya..Yelah,siapa tak suka,muka cantik,parut jerawat hilang,allergi dah semakin pulih ,masalah keputihan , kulit kusam , muka berminyak semuanya dah hilang :)
Ni antara supplement yang beliau amalkan :
INFO & ORDER :
FB : Eyda Sukiman
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 0136950675
Gla Complex VS EPO (Evening Primrose Oil)
Umum mengetahui EPO adalah sangat sinonim dengan wanita yang sentiasa mahu mengekalkan kecantikan dan kesihatan yang baik. Tetapi tahukah anda, di Shaklee juga terdapat satu produk yang mampu menandingi kehebatan EPO?
Perbezaan Shaklee
Kebanyakkan GLA (gamma-linolenic acid) tersedia di pasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO), manakala GLA Shaklee diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO!
Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan daripada EPO. Shaklee mengekstrak GLA dari borage yang ditanam secara organik di kawasan Saskatchewan, Canada.
Keistimewaan GLA Shaklee
1- Setiap kapsul mengandungi lebih 300mg GLA yang mana ianya adalah sumber terbaik Omega-6
2- Ianya digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya
3- Kesegaran dan keberkesanannya terpelihara oleh ShakleeGuard - iaitu antioksidan semulajadi yang telah dipatenkan
4- Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik
![]() |
| BORAGE FLOWER |
Manfaat Utama
- Herba Tradisi Yang Dipercayai - Borage adalah herba kegemaran orang Barat. Iainya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, mengeluarkan kahak, melegakan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina
- Mengawal Selia Estrogen dan Testosteron - GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS
- Melambatkan Menopaus - Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus
- Memperbaiki Prostatomegaly - GLA memperbaiki masalah prostat lelaki dan masalah kerap kencing.
- Menentang Kanser - GLA adalah anti oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
- Memperbaiki Inflamasi Kulit - Iainya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan dan kurap. Iainya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi darirheumatisma dan artritis
- Menghalang Komplikasi Diabetes - Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan ndisebabkan oleh gula darah yang tinggi.
- Pelangsingan dan Menghalang Penambahan Berat Badan - Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan dengan berkesan, memberi ton pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.
- Menghalang Tekanan Darah Tinggi - Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung.
- Memperbaiki Tekstur Rambut - Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur
FAKTA YANG ANDA PERLU TAHU
GLA bukan hanya untuk wanita. Sebenarnya suplemen GLA asid linoleik juga sama pentingnya seperti asid amino tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia, ianya hanya boleh diperolehi melalui makanan. Ianya sangat penting untuk kanak-kanak (potong gel dan campurkan bersama makanan), remaja yang membesar, orang dewasa dan juga bagi wanita yang telah menopaus dan lelaki yang telah andropaus (menopaus bagi lelaki).
Thursday, 13 June 2013
< TIPS > Cara Mendidik Anak Dalam Islam
Jom baca tips-tips mendidik anak dalam islam yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW yang ramai antara kita sudah melupakannya..
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas.
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
Oleh itu,kita kenalah banyak bersabar dengan kerenah anak-anak..iyelah,,budak kecik..kalau boleh semua benda mereka nak buatkan?Tanpa kenal mana yang elok mana yang tak,mane yang bahaya dan tak..sebab itu kita sebagai ibu bapa yang kena pandai mencorakkan anak kita..In shaa ALLAH..eyda percaya..ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana adalah ibu bapa yang hebat dalam mendidik anak-anak kecil yang seiring dengan ajaran Islam..
INFO & ORDER :
FB : Eyda Sukiman
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 0136950675
< TESTIMONI > DULU 72KG SEKARANG 49KG !
< TESTIMONI >
" Saya pernah gemuk 72kg... da tu jadi 49kg. Pinggang 34inci jadi 27inci~~Apa yang saya nak simpulkan..
1. Saya manusia biasa.. suka makan, jadi saya ade 1 hari cheating day utk makan makanan yang saya suka dengan banyaknya..
2. tapi!! saya pastikan 6ari yang lain saya makan dengan pengambilan kalori yang betul.
3. Saya tak rajin bersenam, jadi lebih baik saya wat aktiviti fizikal lain spt berjalan kaki dan menaiki tangga instead naik lif. pagi2 pon bangun tdo saya terus wat sit up 30x. xde ari2 pon.. 3 kali je seminggu.
4. saya tak rajin minum air~~ jadi saya akan bawak botol air g keje dan g soping..saiko diri sendri utk minum air 3 botol sehari (botol tu 1liter)
5. saya nak diet tapi saya taknak lapar.. jadi saya memang makan on time dan selalunya saya memang ikut menu yang saya tampal di bilik..
6. saya memang kurgkan kalori pada mknn bergula dan minuman bergula.. no air minuman dlm tin.. sambal manis mmg xmkn..
7. saya suka mcd dan kfc.. yess!! hehe.. sy xmakan kulit.. sy buang.. tp klu tringin sgt, y garing tu sy makan gak segigit comeyyy..
8. kadang2 saya tringin makan keny rogers... siap de 3 sides dish tu. total kalori 600kalori. so kalu ari tu saya da lebey kalori, saya gi la joging. tapi mmg kentang goreng sy xmakan...
Kentang goreng = 600kalori = sepinggan nasi goreng = 2 pinggan nasi biasa = 40/50minit joging tanpa henti.. (kalo rajin berjoging sila~~makan kentang goreng banyak2 pon boleyyy)
sedikit perkongsian dr saya..."
-PUAN LOVELY FAIZAH-
Nak ramping seperti beliau??haaa selain amalkan supplement slimming dari Shaklee..u olls kena disiplin dan rajin tau..nak cantik kenalah usaha,tak gitu??
SLIMMING SET SHAKLEE :
1) LECITHIN
2) ALFALFA
INFO & ORDER :
FB : Eyda Sukiman
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 0136950675
Friday, 7 June 2013
< INFO > GASTRIK DAN APA PUNCANYA ??
GASTRIK!!
SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis.
Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.
"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang.
"Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.
"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya.
Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.
Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori.
FAKTA :
Simptom gastrik
* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan.
* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut.
* Terasa loya.
* Berat badan turun.
* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam.
* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah).
* Kerap sendawa.
Penyakit lain berkaitan sakit perut
- Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk. Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit.
- Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak.
- Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 892528
Email: mummyhealthyvitastore@gmail.com
SMS/Whatsapp: 0136950675
Thursday, 6 June 2013
< CADANGAN > Variasi resipi cara bancuh ESP
Assalamualaikum semua..petang ni Eyda nak kongsikan cara campuran minuman dengan ESP..Kalau macam Eyda,sangat suka ESP + NESTLE BLISS (strawberry / blueberry) .Subhanallah sangat sedap tau..Nanti u all boleh cuba okey.Yang pasti,anda tak boleh mix kan ESP dengan air panas tau sebab nanti kandungan protein di dalam ESP akan hilang :)
Memandangkan ESP ni one of our best seller.. maka dibawah ni disenaraikan cadangan beberapa contoh resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..
- ESP + Air suam
- ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
- ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
- ESP + Susu Anmum
- ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
- ESP + Nesvita 3in1
- ESP + jus twister tropicana
- ESP + Ribena
- ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
- ESP + Milo/Horlicks
- ESP + sirap bandung
- ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
- ESP + KOKO + OAT
- ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL
- ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend)
- ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend
- ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP.
- ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais)
- ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang
- ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!!
Dan ini pula resipi smoothies
Bahan2:
- Segelas fresh milk
- 1-2sudu besar natural plain yogurt
- fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar)
- Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha)
- 1 sudu kecik madu
- Serbuk koko (optional)
Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm
Wahh..bestkan??Banyak sangat cara nak menikmati ESP..Tapi bagi eyda,eyda paling suka NESTLE BLISS + ESP @ HORLICKS SEJUK + ESP..sangat sedap!!Dan semestinya kenyang sentiasa :)
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 892528
Email: mummyhealthyvitastore@gmail.com
SMS/Whatsapp: 0136950675
< INFO > Fahami Proses Kelahiran Bayi
Berapa lamakah proses kelahiran yang normal?
Ia sebenarnya soalan yang subjektif. Mungkin ada yang mengira proses kelahiran dari masa kami merasakan kontraksi pertama, atau air ketuban pecah.
Tetapi doktor menghitung tempoh proses kelahiran dari masa pembukaan serviks berukuran tiga hingga empat sentimeter. Ini dikira sebagai permulaan "fasa aktif" atau "mantap" dalam proses kelahiran.
Ketika ini, bakal ibu mula mengalami rasa kontraksi yang agak sakit untuk beberapa jam. Mungkin anda sudah terjaga sepanjang malam.
Bagi kelahiran pertama kali biasanya ia mengambil masa agak lama. Jumlah masa purata proses kelahiran bagi bayi pertama ialah lapan jam, jadi ia boleh mengambil jangka masa lebih atau kurang dari itu, tetapi kemungkinan amat kecil yang proses kelahiran pertama anda akan mengambil masa lebih daripada 18 jam.
Sementara wanita yang pernah bersalin sebelum itu selalunya mengalami proses kelahiran yang lebih pendek daripada wanita yang bersalin untuk pertama kali, tetapi keadaan berbeza antara indvidu. Jika ini bukan bayi pertama anda, masa purata bagi fasa aktif ialah lima jam. Kemungkinan ia akan mengambil lebih daripada 12 jam adalah sangat kecil.
Sebenarnya ia bukanlah perkara yang lebih baik bagi anda dan bayi jika proses kelahiran itu bergerak cepat. Proses kelahiran yang terlalu pantas boleh meletihkan secara fizikal dan emosi kepada ibu.
Doktor atau bidan patutnya memeriksa anda setiap empat jam dan bukan setiap satu atau dua jam. Ini telah dibuktikan boleh mengurangkan jumlah pembedahan caesarean yang tidak benar-benar diperlukan.
Namun begitu, jika serviks anda tidak mengembang pada kadar sekurang-kurangnya setengah sentimeter setiap jam dalam jangkamasa empat jam, bidan anda mungkin akan memanggil doktor untuk membincangkan kaedah mempercepatkan proses kelahiran.
Mengapa proses kelahiran menjadi lambat?
Setiap individu adalah berbeza, jadi ia adalah perkara normal jika seseorang wanita mengalami proses kelahiran yang cepat dan seorang lagi, lambat. Adakala proses kelahiran berjalan lambat sebab ibu itu terasa amat tegang. Perasaan takut boleh membuat hormon kelahiran kacau-bilau.
Antara punca yang dikenal pasti membuatkan proses bersalin mungkin lambat kerana:
*Posisi bayi
*Kontraksi tidak berapa kuat
*Pelvis ibu bukan mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai
*Satu per empat wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang lebih mirip pelvis lelaki (pelvis android), yang menyebabkan bayi lebih cenderung mengambil posisi belakang-ke-belakang. Kombinasi ini boleh melambatkan dan menyusahkan proses kelahiran.
Namun biasanya, proses kelahiran mungkin lambat tanpa sebarang sebab.
Perlu diketahui bahawa masa yang lebih lama diperlukan untuk pembukaan serviks seluas lima sentimeter pertama dan menjadi lebih cepat untuk lima sentimeter kedua. Ini disebabkan, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, ia memudahkan pembukaan serviks dengan lebih cepat.
5 cara pendekkan proses bersalin
1. Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses bersalin berlangsung menggalakkan bayi ‘turun’ ke saluran peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks untuk merangsang ia meregang dengan lebih cepat.
2. Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses kelahiran.
3. Kekalkan tenaga. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus buah-buahan segar.
4. Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat bermula.
5. Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.
Sumber: Pa&Ma
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 892528
Email: mummyhealthyvitastore@gmail.com
SMS/Whatsapp: 0136950675



.jpg)























