Thursday, 13 June 2013

< TESTIMONI > DULU 72KG SEKARANG 49KG !


< TESTIMONI >


" Saya pernah gemuk 72kg... da tu jadi 49kg. Pinggang 34inci jadi 27inci~~Apa yang saya nak simpulkan..

1. Saya manusia biasa.. suka makan, jadi saya ade 1 hari cheating day utk makan makanan yang saya suka dengan banyaknya..
2. tapi!! saya pastikan 6ari yang lain saya makan dengan pengambilan kalori yang betul.
3. Saya tak rajin bersenam, jadi lebih baik saya wat aktiviti fizikal lain spt berjalan kaki dan menaiki tangga instead naik lif. pagi2 pon bangun tdo saya terus wat sit up 30x. xde ari2 pon.. 3 kali je seminggu.
4. saya tak rajin minum air~~ jadi saya akan bawak botol air g keje dan g soping..saiko diri sendri utk minum air 3 botol sehari (botol tu 1liter)
5. saya nak diet tapi saya taknak lapar.. jadi saya memang makan on time dan selalunya saya memang ikut menu yang saya tampal di bilik..
6. saya memang kurgkan kalori pada mknn bergula dan minuman bergula.. no air minuman dlm tin.. sambal manis mmg xmkn..
7. saya suka mcd dan kfc.. yess!! hehe.. sy xmakan kulit.. sy buang.. tp klu tringin sgt, y garing tu sy makan gak segigit comeyyy..
8. kadang2 saya tringin makan keny rogers... siap de 3 sides dish tu. total kalori 600kalori. so kalu ari tu saya da lebey kalori, saya gi la joging. tapi mmg kentang goreng sy xmakan...

Kentang goreng = 600kalori = sepinggan nasi goreng = 2 pinggan nasi biasa = 40/50minit joging tanpa henti.. (kalo rajin berjoging sila~~makan kentang goreng banyak2 pon boleyyy)

sedikit perkongsian dr saya..."

-PUAN LOVELY FAIZAH-





Nak ramping seperti beliau??haaa selain amalkan supplement slimming dari Shaklee..u olls kena disiplin dan rajin tau..nak cantik kenalah usaha,tak gitu??


SLIMMING SET SHAKLEE :

1) LECITHIN
2) ALFALFA

INFO & ORDER :
Shaklee Independent Distributor
ID 892528
Sms/whatsapp 0136950675
Continue Reading

Friday, 7 June 2013

< INFO > GASTRIK DAN APA PUNCANYA ??

GASTRIK!!







SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis. 


Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut. 


"Sebelum menganggap diri diserang gastrik, individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius," katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang.


"Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia.


"Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut," katanya. 


Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman.


Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori. 




FAKTA :

Simptom gastrik 

* Kesakitan semakin berkurangan atau bertambah apabila makan. 

* Pedih pada ulu hati atau bahagian atas perut. 

* Terasa loya. 

* Berat badan turun. 

* Terasa pedih, sakit seperti sengal atau lapar yang teruk pada perut antara satu hingga tiga jam selepas makan atau tengah malam. 

* Najis kehitaman atau berdarah (menunjukkan ulser sudah berdarah). 

* Kerap sendawa.




Penyakit lain berkaitan sakit perut 


  • Pedih ulu hati - Masalah pedih ulu hati disebabkan beberapa faktor sama ada daripada ulser gastrik (perut) atau ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis peptik. Ulser duodenum yang boleh dikategorikan kepada jenis ulser peptik. Selain itu, refluks esofigitis atau keadaan apabila pesakit terasa asid naik ke belakang mulut (kepanasan) juga membuatkan seseorang terasa loya, payau, sesak nafas dan batuk. Batu dalam pundi hempedu - Boleh menyebabkan seseorang pedih padabahagian ulu hati. Punca hanya boleh diperoleh menerusi ujian ultra bunyi (Ultrasound) di perut, endoskopi, ujian darah dan pernafasan. Sakit semakin teruk apabila mengambil makanan berlemak kerana ia menyebabkan hempedu mengecut seterusnya menjadi kejang. Hampir 30 peratus menghidap batu hempedu tidak berasa sakit. 

  • Radang pankreas - Kesakitan pada bahagian ini boleh dianggap serius kerana ia memberi makna pankreas sudah rosak berikutan keracunan. Terlalu banyak alkohol antara punca yang membuatkan bahagian ini tersumbat atau rosak. 


  • Ulser perut - Terdapat tanda kemerah-merahan atau luka pada dindingmukoza. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera, luka sedia ada menjadi bertambah teruk. Gejala ini juga boleh berlaku di bahagian usus kecil.

Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892528
Email: mummyhealthyvitastore@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 0136950675


Continue Reading

Thursday, 6 June 2013

< CADANGAN > Variasi resipi cara bancuh ESP

Assalamualaikum semua..petang ni Eyda nak kongsikan cara campuran minuman dengan ESP..Kalau macam Eyda,sangat suka ESP + NESTLE BLISS (strawberry / blueberry) .Subhanallah sangat sedap tau..Nanti u all boleh cuba okey.Yang pasti,anda tak boleh mix kan ESP dengan air panas tau sebab nanti kandungan protein di dalam ESP akan hilang :)





Memandangkan ESP ni  one of our best seller.. maka dibawah ni disenaraikan cadangan beberapa contoh resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..


  1. ESP + Air suam 
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung) 
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP) 
  4. ESP + Susu Anmum 
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee 
  6. ESP + Nesvita 3in1 
  7. ESP + jus twister tropicana 
  8. ESP + Ribena 
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga) 
  10. ESP + Milo/Horlicks 
  11. ESP + sirap bandung 
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada) 
  13. ESP + KOKO + OAT 
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. ESP + kurma + oat+ susu tepung + madu + air msk (blend) 
  16. ESP + kurma + kismis + badam + fresh milk <<<<-- blend 
  17. ESP + meal shakes + MILO<<<<--- sejukkan SEDAP. 
  18. ESP + Nestle Bliss (sejuk2 dari peti ais) 
  19. ESP + Kurma + nestum (bukan 3 in 1) + mealshakes + susu tepung <-- blend, pastu letak ketul ais, sedap n kenyang 
  20. ESP + kurma + badam + avocado + ais(blend sekali) -->hasil? sgt mengujakan!! 


Dan ini pula resipi smoothies

Bahan2:

  • Segelas fresh milk 
  • 1-2sudu besar natural plain yogurt 
  • fresh fruits (saya guna banana pagi ni... potong kecik2.. then frozenkan sebentar) 
  • Suplemen (sy add sesudu ESP, sesudu Mealshake dan sepeket Collagen powder.. sbb tu resipi namanya awet muda kekal langsing.. haha) 
  • 1 sudu kecik madu 
  • Serbuk koko (optional) 

Cara2 : Blend semua bahan2 di atas ....kemudian apa lagi.. minummmm


Wahh..bestkan??Banyak sangat cara nak menikmati ESP..Tapi bagi eyda,eyda paling suka NESTLE BLISS + ESP @ HORLICKS SEJUK + ESP..sangat sedap!!Dan semestinya kenyang sentiasa :)


Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892528
Email: mummyhealthyvitastore@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 0136950675

Continue Reading

< INFO > Fahami Proses Kelahiran Bayi



Berapa lamakah proses kelahiran yang normal?

Ia sebenarnya soalan yang subjektif. Mungkin ada yang mengira proses kelahiran dari masa kami merasakan kontraksi pertama, atau air ketuban pecah.

Tetapi doktor menghitung tempoh proses kelahiran dari masa pembukaan serviks berukuran tiga hingga empat sentimeter. Ini dikira sebagai permulaan "fasa aktif" atau "mantap" dalam proses kelahiran.

Ketika ini, bakal ibu mula mengalami rasa kontraksi yang agak sakit untuk beberapa jam. Mungkin anda sudah terjaga sepanjang malam.

Bagi kelahiran pertama kali biasanya ia mengambil masa agak lama. Jumlah masa purata proses kelahiran bagi bayi pertama ialah lapan jam, jadi ia boleh mengambil jangka masa lebih atau kurang dari itu, tetapi kemungkinan amat kecil yang proses kelahiran pertama anda akan mengambil masa lebih daripada 18 jam.

Sementara wanita yang pernah bersalin sebelum itu selalunya mengalami proses kelahiran yang lebih pendek daripada wanita yang bersalin untuk pertama kali, tetapi keadaan berbeza antara indvidu. Jika ini bukan bayi pertama anda, masa purata bagi fasa aktif ialah lima jam. Kemungkinan ia akan mengambil lebih daripada 12 jam adalah sangat kecil.

Sebenarnya ia bukanlah perkara yang lebih baik bagi anda dan bayi jika proses kelahiran itu bergerak cepat. Proses kelahiran yang terlalu pantas boleh meletihkan secara fizikal dan emosi kepada ibu.

Doktor atau bidan patutnya memeriksa anda setiap empat jam dan bukan setiap satu atau dua jam. Ini telah dibuktikan boleh mengurangkan jumlah pembedahan caesarean yang tidak benar-benar diperlukan.

Namun begitu, jika serviks anda tidak mengembang pada kadar sekurang-kurangnya setengah sentimeter setiap jam dalam jangkamasa empat jam, bidan anda mungkin akan memanggil doktor untuk membincangkan kaedah mempercepatkan proses kelahiran.


Mengapa proses kelahiran menjadi lambat?

Setiap individu adalah berbeza, jadi ia adalah perkara normal jika seseorang wanita mengalami proses kelahiran yang cepat dan seorang lagi, lambat. Adakala proses kelahiran berjalan lambat sebab ibu itu terasa amat tegang. Perasaan takut boleh membuat hormon kelahiran kacau-bilau.

Antara punca yang dikenal pasti membuatkan proses bersalin mungkin lambat kerana:

*Posisi bayi

*Kontraksi tidak berapa kuat

*Pelvis ibu bukan mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai

*Satu per empat wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang lebih mirip pelvis lelaki (pelvis android), yang menyebabkan bayi lebih cenderung mengambil posisi belakang-ke-belakang. Kombinasi ini boleh melambatkan dan menyusahkan proses kelahiran.

Namun biasanya, proses kelahiran mungkin lambat tanpa sebarang sebab.

Perlu diketahui bahawa masa yang lebih lama diperlukan untuk pembukaan serviks seluas lima sentimeter pertama dan menjadi lebih cepat untuk lima sentimeter kedua. Ini disebabkan, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, ia memudahkan pembukaan serviks dengan lebih cepat.

5 cara pendekkan proses bersalin

1. Jauhkan diri dari katil. Berdiri atau melutut ketika proses bersalin berlangsung menggalakkan bayi ‘turun’ ke saluran peranakan. Perbuatan ini menambah tekanan kepada serviks untuk merangsang ia meregang dengan lebih cepat.

2. Elakkan epidural. Tahukah anda bahawa epidural sebenarnya hanya memanjangkan lagi tempoh proses kelahiran.

3. Kekalkan tenaga. Hal ini dapat anda lakukan dengan mengambil snek berkhasiat yang kaya karbohidrat dan jus buah-buahan segar.

4. Tenangkan diri. Jika panik, proses kelahiran akan lambat bermula.

5. Berjalan-jalan. Jangan hanya berbaring di atas katil. Sebaliknya lakukan pergerakan dengan berjalan-jalan kerana ia boleh merangsang bayi bergerak ke saluran peranakan.



Sumber: Pa&Ma





Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892528
Email: mummyhealthyvitastore@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 0136950675
Continue Reading

Wednesday, 5 June 2013

Cadangan Gabungan ESP Bersama Vitamin/Supplement untuk Kesihatan Sejagat :)


✰✰✰ Jom nikmati ESP untuk pelbagai khasiat ✰✰✰



➀ ESP + Vita-E Complex : kulit cantik dan cerah/natural beauty tanpa perlu bermekap.






**********************************************************************************************************************************************************************

➁ ESP + OmegaGuard : kurangkan risiko keguguran @ bayi pra-matang.













**********************************************************************************************************************************************************************



➂ ESP + Vita-Lea Iron Formula : kesihatan optimum.









**********************************************************************************************************************************************************************


➃ ESP + Lecithin : mengembalikan bentuk badan selepas bersalin/kurus.











**********************************************************************************************************************************************************************


➄ ESP + Alfalfa : payudara anjal/milk booster.










**********************************************************************************************************************************************************************


➅ ESP + GLA Complex : ikhtiar untuk hamil/kesuburan/kulit cantik








**********************************************************************************************************************************************************************


➆ ESP + OsteMatrix : sakit kepala/kurangkan jaundis untuk bayi yang menyusu ibu.








**********************************************************************************************************************************************************************


➇ ESP + Zinc Complex : sembuhkan luka bersalin @ pembedahan.









**********************************************************************************************************************************************************************


➈ ESP + Performance Drink : kekal bertenaga ketika berpuasa.







Kenapa ESP SHAKLEE jadi protein soya pilihan ramai?


❏ Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi non-GMO (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. 



❏ Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.



❏ Setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama. 



❏ ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. 


❏ Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur – tua dan muda. 



❏ Menyediakan 14g protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk kesihatan jantung. 


❏ Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap diabetes. 



❏ Satu hidangan ESP bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, dan 12x ganda susu. 


❏ Ia rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid urik dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia dan tidak membebankan buah pinggang. 



❏ Setiap hidangan ESP membekalkan 50% daripada Nilai Harian Kalsium untuk menyokong tulang yang kuat. 



❏ Mempunyai kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menapous. 



❏ Mengekalkan tenaga dalam badan dan menahan rasa lapar kerana ESP membekalkan sumber tenaga berterusan ke dalam salur darah. 



❏ Tiada perasa, pewarna tiruan, pemanis, kafein, atau bahan tambahan selainnya. 



❏ ESP sesuai untuk vegetarian. 


Banyakkan variasi gabungan ESP ??Berminat?Boleh hubungi eyda di :


INFO & ORDER :
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 892528
SMS/Whatsapp: 0136950675
Continue Reading

Monday, 3 June 2013

< Testimonial > MealShakes: Anak Sudah Bebas Dari Food Allergies, Asthma Semakin Pulih



"Sedikit pengalaman yang ingin dikongsi. 

Anak saya "bongsu" saya sejak lahir punya masalah dgn kulit juga ada Asthma. Dia terpaksa guna product gluten-free, segala sabun mandi, sabun basuh baju semua kena pakai yang khas. Payah. Dia amat sukakan susu, cheese dan makanan laut, udang especially. Malangnya tu semua jadi musuh buat dia.

Sekali ambil, maka bersiap sedialah saya dengan inhaler dan segala jenis antihistamine ubat. Terpaksalah standby utk Emergency Leave atau MC atau habiskan cuti tahunan. 

Kemudian saya dikenalkan produk best ni oleh sahabat lama yang merupakan pengguna tegar SHAKLEE. Dengan hati berdebar-debar, saya cuba produk ni. Kesannnya sebulan selepas ambil, saya tengok kulit beliau semakin lembap dan berminyak. 

Cubaan pertama, saya beli cheese dan udang untuk diberikan pada anak. Alhamdullilah! Ilman tak gatal, Astma pun tak ada. Saya tak perlu standby chamber untuk inhaler dia. Rasa macam..WOW! Syukur sangat. Dan dia boleh habiskan satu paket cheese dengan jayanya. 

Dan katanya, "Umi, I want udang and cheese and milk and kacang"
(bear in mind: dia memang akan semput kalau makan kacang). 

Mealshakes ni juga saya guna untuk buat cake dan waffle sebagai gantian kepada susu tepung. Rasanya sedap bangat.

Jadinya hari ni dengan hati berbunga-bunga, ucapan terima kasih saya tuju pada Norhazimah Che Hassan sebab kenalkan saya pada SHAKLEE dan Ilman juga disahkan bebas dari food allergic. Gluten dah boleh ambil. Yeay. Alhamdullilah."- Puan Rosmaniza Rahim


Seorang ibu akan mengorbankan masanya untuk menjaga anak yang sakit. Jika bekerja, terpaksalah ambil Emergency Leave (EL), MC, atau habiskan cuti tahunan kerana kesihatan anak adalah lebih utama. Tetapi jika kita dapat mengelakkan semua ini, alangkah baiknya, bukan?

SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545


Continue Reading

Testimonials - Mealshakes menyelesaikan Masalah Sembelit Anak Eyda

Alhamdulillah..masih diberi peluang untuk mengupdate blog kesayangan ini :) ..Bangun pagi ni dengan penuh teruja & semangat sebab apa?Bulan ni adalah promosi untuk MEALSHAKES..Subhanallah..sangat-sangat rugi kepada sesiapa yang tidak mahu mencuba Meal Shakes ini..Sesuai untuk semua peringkat umur..bermula dari kanak-kanak berumur 1 tahun sehinggalah warga tua.


Anak eyda pun consume Meal Shakes ni tau..Alhamdulillah selama 3 bulan consume Meal Shakes ni anak eyda tak pernah demam lagi setakat ini,sembelit dah hilang,selera makan bertambah dan yang paling penting,antibodinye semakin kuat & nampak perubahan yang positif dalam dirinya (Lebih suke membaca,menulis,main puzzle,lebih fokus dalam sesuatu).Syukur..semuanya dengan izin ALLAH SWT juga :)


Kepada ibu bapa yang nak mencuba Meal Shakes ni untuk diri sendiri atau untuk si manja anda,bolehla dapatkan segera Meal Shakes sementara tengah promosi ni ye..Harga eyda jamin,memang sangat berbaloi..Beli 6 Percuma 1 tau..1 canister tahan dalam 2bulan..Selain tu juga dengan setiap pembelian 6 botol percuma 1 ni..anda akan di invite oleh eyda ke dalam EXCLUSIVE GROUP untuk customer-customer yang purchased produk Shaklee ye.Tak nak beli 6 botol pun takpe,,beli sebotol pun boleh..eyda akan bagi harga yang spesial kepada anda. :) 

Wan Qayyim Fahim duta kecil Ibu untuk MealShakes :)

Disini Eyda ceritakan serba sedikit mengenai Meal Shakes ini : 

  • Meal Shake merupakan minuman bernutrisi yang menyediakan hidangan lengkap dan asid amino serta nutrisinya mudah diserap untuk kegunaan harian.

  • Ia diperbuat daripada bahan semulajadi - buah-buahan, sayur-sayuran, kacang soya, lactalbumin (sejenis susu) dan lain-lain.


** Lactalbumin adalah bahan yang terbaik dan mengandungi organisma protein yang sangat berkualiti dan mudah diserap ke dalam sistem tubuh dari peringkat bayi hinggalah ke peringkat orang dewasa. Ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti immunoglobulin, lactoferrin, bacteriolysin dan sebagainya.



Siapakah patut ambil Meal Shake ini?


Meal Shake Shaklee dihasilkan untuk semua golongan - bayi, pelajar, kanak-kanak sedang membesar, ibu mengandung, para atlet, vegetarian, orang sakit, orang sibuk bekerja dan orang yang selalu mengambil makanan segera (makan tidak tentu).Jika anda mencari sarapan pagi yang penuh khasiat, Meal Shake Shaklee adalah pilihan yang tepat sekali!









Jom kita tengok manfaat utama Meal Shake Shaklee ini:

1. Nutrisi Lengkap
~mengandungi 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan pengambilan zat akan menyebabkan menyukarkan kadar penyerapan vitamin dan mineral oleh tubuh kita. ia turut mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak

2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh
~kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa), membantu pembinaan sel kulit, kuku, rambut, darah, organ, imun dan lain-lain

3. Membantu tumbesaran
~mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel untuk proses pembesaran tubuh badan

4. Anti oksida
~Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan agen anti oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.

5. Mengembalikan seri wajah
~mengandungi vitamin B yang lengkap, zat besi dan kuprum yang cukup untuk membina sel-sel darah yang sihat, sekaligus memberi kompleksi wajah yang lebih cantik

6. Detokfikasi
~kaya dengan serat larut untuk membanu membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari perut dan usus

7. Kelazatan rasanya
~ minuman yang lazat untuk diambil bersama fruktosa semulajadi, penggantian segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan juga tenaga. tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan.






SID 892528
Sms/Whatsapp 01112909545




Continue Reading